Iklan : Mari kita memenuhi hujung minggu dengan aktiviti yang berfaedah


Kawan-kawan, kalau punya masa lapang hujung minggu depan, masukkan program santai ini didalam senarai aktiviti lepak-lepak anda.

(sumber blog rasmi MPR)

Majlis Diskusi Karya Mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) kembali lagi. Majlis kali ini akan diadakan dengan kerjasama Alumni Minggu Penulis Remaja dan Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pihak Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) dengan sukacitanya menjemput semua ahli kelab alumni, para penulis, pembaca, penelaah, pemerhati, peminat dan pencinta ilmu sastera tanah air untuk menghadiri majlis ini.

Tarikh: 17 Januari 2009 (Sabtu)
Jam: 8.30pagi – 12.30tghari
Tempat: Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP

Tema Pakaian Mantan : MERAH


Sesi 1 (Karya Eceran & Novel)

Diskusi puisi eceran dibicarakan oleh Professor Rahman Shaari

Karya-karya yang akan didiskusikan:
1. SESUMPAH – FIRDHAUS HASSAN (Tunas Cipta April 2008)
2. DI TEDUHAN SEBUAH POHON KEMERDEKAAN – NISSA’ YUSOF (Mingguan Malaysia)
3. DOA YANG BUNGKAM – AZREE ARIFFIN (Mingguan Malaysia)
4. GURINDAM DAMBAAN INSANI – NOR AFIQAH BINTI MOHD SIDEK (Berita Minggu)
5. PELANGI INDAH DI LANGIT BIRUMU – FARAHANA HUSSEIN (Al-Islam)
6. PENOMAD CINTA – NURUL ‘IZZAH ZAINOL (Berita Minggu)
7. HUJAN PAHALA II – ZAKI JOHARI ( Berita Harian)
8. MERINDUIMU – ODE (Berita Minggu)
9. MARSUM RALAT DARIPADA AL-AZIZ – NASRIAH ABDUL SALAM (Mingguan Malaysia)
10. MERDEKAKAN HATIMU – AINUNL MUAIYANAH SULAIMAN (Tunas Cipta Disember 08)

Diskusi cerpen eceran dibicarakan oleh Dr Mawar Shafie

Karya-karya yang akan didiskusikan:
1. GERAI PISANG GORENG ABAH – AINUNL MUAIYANAH SULAIMAN (Tunas Cipta Oktober 07)
2. KERETA PUNYA ANGKARA – AIDIL KHALID (Tunas Cipta)
3. MAHAKARYA SEORANG PIDANA – ZULFAZLAN JUMRAH (Tunas Cipta)
4. SRENGENGE – NAI BOON MEE SARARAKS (Tunas Cipta)
5. INFILTRASI GALAKSI – M.F KENCANA (Tunas Cipta)
6. KERANA AKU BUKAN RABIATUL ADAWIYAH – SAYIDAH MU’IZZAH KAMARUL SHUKRI (Tunas Cipta)
7. SKIZOFRENIA – AZREE HANIFIAH (Tunas Cipta)
8. TUAH DAN KUCING PUTIH – MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR (Tunas Cipta)
9. TENGGELAM DALAM KEREDHAAN – NABIHA M. MASHUT (Tunas Cipta)
10. TERIMA KASIH UNTUKMU – HANI SALWAH YAAKUP (Tunas Cipta)
11. BEZA DUA WAJAH – SAPIAH BT DERAHMAN (Antologi Palestin)

Novel BUKAN YANG PERTAMA karya Salina Ibrahim
dibicarakan oleh Dr Rosnah Baharudin

Sesi 2 (Kumpulan/Antologi Cerpen)

Antologi cerpen KACAK JELITA dibicarakan oleh Encik S.M.Zakir

Kumpulan cerpen ESPRIT DE CORPS karya Nimoiz T.Y
dibicarakan oleh
 Dr Amida Abd Hamid

Kumpulan cerpen UJANA RINDU karya Mohd Ashadi Saiman & Siti Hajar Mohd Zaki
dibicarakan oleh Dr Kamariah Kamaruddin 

   
 

   
 

Kawan-kawan, ada dua karya aku akan didiskusikan. Satu cerpen dan satu puisi. Kalau ada permintaan ramai, aku akan muncul dalam program itu. Malah aku sanggup terbang dari negeri pesisir air ini menuju Kuala Lumpur tetapi kalau kurang sambutan biarlah aku diam-diam menghadap laut ini. Hihi.

Mahu tahu satu fakta. Prof Rahman Shaari itu pernah komen cerpen Mencari Qudwah aku di dalam Dewan Siswa dan Dr Mawar Shafie pun pernah memberi komentar untuk cerpen Rahsia Hatimu di majalah yang sama. Wah aku rasa mahu melompat takut.