Hujan itu Aku dan Aku itu Hujan


Bagaimana untuk aku tidak jatuh cinta padanya? Menyihir aku dengan katanya tanpa sedar

 

Suatu hari, ada seseorang bertanya pada aku, ” Siapa penyair kegemaran Yana selain Pak Joko (Sapardi Djoko Damono), di Malaysia?”

Aku diam. Lama. Detik dan detik berlalu. Aku cuba menghirup kotak memori dan aku jumpa hanyalah kosong.

Dan aku sekadar menjawab Usman Awang kerana dalam kotak memori aku, aku suka amat pada bait sajaknya KEKASIH yang pernah dilagukan oleh Kopratasa. Selepas pertanyaan itu, aku baru sedar selama ini aku tidak berpaling pada penyair lain selain Pak Sapardi itu. Semenjak aku tahu namanya dari Kak Rai ketika MPR06.

Kenapa kamu suka amat Sapardi Djoko Damono , yana?

1

Puisinya menyihir aku tanpa niat dan tanpa sedar. Puisinya tidak memaksa aku mencintainya sebaliknya aku terbujuk mencintainya. Bagi aku sajak Pak Sapardi sangat ekonomi tetapi maksudnya tercapai. Abang Lutfi Ishak( mentor MPR aku) pernah kata ” kalau mahu mencipta puisi haruslah ditutup dengan ayat membunuh yang membuatkan pembaca tersentap dan tersihir.” Ada mula dan akhirnya. Macam pencuci mulut yang menyelerakan.

Sajak Kecil tentang Cinta

Sapardi Djoko Damono

 

mencintai angin

harus menjadi siut

mencintai air

harus menjadi ricik

mencintai

gunung

harus menjadi terjal

mencintai api

harus menjadi jilat

 

mencintai cakrawala

harus menebas jarak

 

mencintai-Mu

harus menjelma aku

 

2

Kebanyakan puisi Sapardi dijadikan lagu yang enak di dengar. Aku percaya ini salah satu sebab aku suka puisinya kerana aku boleh menikmatinya dengan 2 cara yang berbeza. Satu pada bait puisinya dan satu pada muziknya. Tiada mana-mana yang lebih. Lagu tidak menutup indahnya lirik dan liriknya tidak mencantas aku menikmati indahnya muziknya. Aku rasa penyair Malaysia harus juga berkoloborasi untuk menjadikan puisinya kepada bentuk lagu. Ini salah satu usaha mempromosikan puisi. Cinta di mulai dengan cambahnya. Jikalau muzik bisa menjadi cambah kepada mencintai puisi mengapa tidak boleh dilakukan. Contoh terdekat yang boleh kita lihat pada usaha Kopratasa dan kumpulan Harmoni ( Zubir Ali). Puisi Kekasih karya Usman Awang , aku enak menikmatinya sampai sekarang.

3

Hujan. Hujan dan Sapardi bagaikan satu. Cukuplah hanya 3 sebab.

 

 

Maaf. Bukan aku tidak patriotik. Bukan. Tetapi kecintaan bukan boleh dibataskan pada sempadan bukan? Dan cinta itu sebenarnya tidak perlukan sebab.


4 thoughts on “Hujan itu Aku dan Aku itu Hujan”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s