(Suara dari perkuburan cinta)
Warna kurungku merah darah
Disimbah dari hati yang kau tarah
Selendangku berbiku tajam
Ditenun dari janji yang kau rejam
Kerudungku bertenun benang rasa
Disulam dari kenangan yang bersisa
Aku hadir berwajah manis
Seluruh rasa telah ku sita
Kau menghulur bunga kemboja
Dari perkuburan cinta
Bunga itu ku kambus bersama talkin
Bisik cinta yang kau himpun untuknya
Aku memilih untuk setia
Di Perkuburan cinta ini
Ainunl Muaiyanah Sulaiman
17 Januari 09
Advertisements
bravo3(clapping)…cayalah…really love it! 🙂
LikeLike
Ku tahu kurung merah bersimbah darah itu…bukankah kau sarungkan ke tubuh tika kita bersama dahulu…disuatu tempat bernama rindu…dan dibalut rasa syahdu?
Hahaha
LikeLike
Fuzama : terima kasih. awak suka puisi ini sebab ada kena mengena dgn awak ke.. hahaha
Haniesalwah : syyyy.. jgn bagitau orang lain mengenai baju kurung merah darah itu. kang terbongkar rahsia.. haha
tiba-tiba dapat idea di pagi kita mahu bercanda bersama..
LikeLike
awek itu memang cantik bercheongsam kebaya moden.
LikeLike
fakyew : kau ni mmg suka komen out of topic la..
huh!
tapi aku setuju, baju perempuan tu mmg cantik
LikeLike
Fakyew tu sama macam aku jugak,
bukan reti baca puisi pun.
Suka baca novel dan cerpen je.
Bila nak tulis novel pulak.
LikeLike
Adi : haha..
tapi kau suka amat ya puisi bersatulah pelacur-pelacur kota jakarta itu
kalau aku tulis novel kau kena beli. beli pos dari aku. nanti aku balut cantik-cantik sebagai tanda mata.
boleh kau bagi gf kau baca.. hehe
LikeLike
Kalau kau malas ainun, kau kumpul stuff yang kau penah tulis. buku kan. Pastu bagi free kat kawan-kawan.
LikeLike
mohdJai : wah. bagus gak idea tu.. kau sponsor la.. boleh?
klau boleh aku on je..
nanti kau bagi duit guna internet banking eh~
haha
LikeLike
apa lagi matjai..
on je lah ..
hehehe
LikeLike
adi : terima kasih sokong aku. kau pujuk la matjai tu. kalau kau pujuk aku rasa mesti berkesan la..
hehe..
jgn risau, kau cuma labur duit, urusan nak dpt no pendaftaran buku dan cetakan itu biar serah pada aku..
okey?
heh
LikeLike
sangat suka puisi ini..
ada rasa sakit yang menusuk tatkala membacanya..
kamu memang berbakat cik ainunl.. 🙂
LikeLike
sue : mmg sakit juga ketika menulis puisi ini..
sue, agak-agak puisi ini boleh untuk kamu beri pada ex bf kamu tu tak?..
haha..
LikeLike
i love it darling..suka puisi2 kamu..ajar saya tulis puisi boleh? saya selalu baca sorok2blog kamu .. 🙂
p/s : entah bila nak bg kamu kapal kertas..jahatkan saya..tak pos2 lagi…turun KL, contact akak la yang…
LikeLike
fazleena : Kak adeq, minggu lalu baru je balik kL. jumpa hazwan. tapi masa balik tu gesa-gesa juga, tak sempat buat banyak benda.
insyaAllah, bulan 4 ni abes, doakan ya. boleh balik kl, boleh dapat kapal kertas dan filem pendek kak adeq yang baru. hehe..
kak adeq, mana lah tahu puisi ini boleh jadi inspirasi untuk filem pendek yang terbaru ke.. kan?
LikeLike
ha ? aku pulak kena balik. cis.
LikeLike
MatJai : hehe.. cdgn bernas kenalah dgn ongkosnya, bukan cakap kosong.. haha..
Adi : Terima kasih kerana beri sokongan tak berbelah bagi..
terharu.. haha
LikeLike
kena apa matjai,
kan fyew cakap parking iklan 3x ganda harga blog chedet.
takkan tak boleh kot.
hehehe
LikeLike
salam ziarah kak =)
saya suka puisi ini…teruatamanya part ‘kau menghulur bunga kemboja;. hehe =)
LikeLike
Shukri : Haha.. ya ya. sama dengan puisi kamu itu ya :). terima kasih menyenangi puisi ini
LikeLike