Benih yang baik kalau campak ke laut menjadi pulau, kalau campak ke tanah menjadi?….


Apa perasan bila nama anda disebut di dada akhbar. Rasa berdebar-debar dan peluh menitis satu-satu di dahi? Atau membusung megah kerana nama anda disebut di antara yang ramai?

Jawapannya tiada satu pun di atas. Apa yang tertinggal adalah rasa takut dengan tanggungjawab untuk membawa legasi nama tersebut yang diangkat bersama-sama dengan nama MPR. Walaupun Kak Nisah hanya berkata sekadar menyebut beberapa nama (termasuk nama aku) tetapi aku rasa beban tanggungjawan dalam bunga-bunga gembira. Jadi kawan-kawan, mari tolong aku merafak semangat supaya lebih banyak karya tembus media… ya

(Sumber Berita Harian, 22 Januari 2009) dipetik dari http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sastera/20090122031610/Article/index_html

Bakat penulis muda besar

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim rashiqah@bharian.com.my

 


 

SEBAHAGIAN daripada peserta Diskusi Karya MPR khusyuk mengikuti perbincangan.

Mereka mungkin mampu jadi pewaris karyawan ternama Negara

DISKUSI Karya Majlis Penulis Remaja (MPR) tampak terlalu biasa apabila panel bersikap terlalu berhati-hati dalam pemilihan perkataan bagi menghurai keupayaan penulis muda yang menerima bimbingan dalam program kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehingga kelemahan yang ingin diperkatakan menjadi sebaliknya. Justeru tidak menghairankan apabila ketiga-tiga panel diskusi yang membicarakan puisi, cerpen dan novel terlebih ‘memuji’ penulis muda MPR hebat dalam menyampaikan mesej tersirat melalui karya dan melayakkan kelompok terbabit menjadi pewaris kehebatan karyawan ternama negara.

Pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Madya Rahman Shaari, ketika melapah aspek bahasa secara perbandingan dalam puisi penulis muda tempatan, turut mendedah keupayaan kelompok terbabit mengajak pembaca menghayati nilai murni. Pensyarah Jabatan Pengajian Media (JPM), Universiti Malaya (UM), Prof Madya Rahman Shaari, berkata kehebatan penulis muda dalam menyampaikan mesej tersirat melalui penghasilan puisi berjaya mengetengahkan beberapa nilai murni yang dapat mengajak masyarakat menghayati maksudnya.


“Sajak Merdekakan Hatimu karya Ainunl Muaiyanah Sulaiman dan Doa Yang Bungkam (Nissa’ Yusof) menggunakan beberapa bahasa perbandingan yang menarik dalam usaha penyajak mencantikkan puisi mereka,” katanya pada diskusi anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berlangsung di Dewan Seminar DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini.  

Rahman yang terkenal dengan teknik deklamasi puisi secara mestamu (mendeklamasi tanpa muzik) turut mengangkat karya penulis mempunyai keunikan meskipun dalam masa sama turut menimbulkan beberapa persoalan daripada aspek logik kreatif. Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Dr Mawar Shafei, melalui pengamatannya terhadap 11 cerpen MPR, menganggap ia mampu memperagakan jurus warna kesusasteraan Melayu dengan karya yang hebat. “Membaca hasil kreativiti penulis muda yang menjalani proses latihan mengarang secara intensif, ternyata menemukan saya dengan beberapa perkara menarik dan mengujakan. Bagaimanapun ada beberapa keanehan dalam beberapa karya yang boleh dibaiki,” jelasnya.

Tambahnya, penulis muda perlu lebih mengambil perhatian terhadap beberapa aspek seperti logik kreatif, bahan cerita bersifat tempelan, kritikan sosial mengenai keanehan sikap manusia serta memastikan watak yang ditampilkan mempunyai fungsinya sendiri.  

Seorang lagi Pensyarah PPBKKM, Prof Madya Dr Rosnah Baharudin, berbangga dengan novel Bukan Yang Pertama oleh Salina Ibrahim dan dianggap wajar mendapat tempat di hati pembaca kerana penulis berkenaan tidak pernah melupakan aspek agama dalam setiap hasil penulisannya.

“Walaupun plot yang ditampilkan penulis bersifat sederhana dan mudah dijangka pembaca, tetapi nilai agama, hubungan kekeluargaan dan semangat watak utama berjaya tampil sebagai tokoh penting dalam menjadikan karya berkenaan lain daripada lain. Baginya, novel terbabit mempunyai keunikan apabila menonjolkan senario hidup graduan yang menganggur, tetapi masih berjiwa kental dalam mengharungi liku hidup penuh konflik sebelum bergelar usahawan cemerlang.

7 thoughts on “Benih yang baik kalau campak ke laut menjadi pulau, kalau campak ke tanah menjadi?….”

  1. hahaha..ainunl..i know dat feelings!baca nama sendiri berulang kali. takut ejaan nama salah. nak message semua org. nak jerit. bagitau semua org. betapa hepiiinya..kan…kan..kan..

    hehehe..congrats sis!!so proud to know u…heeee!

    p/s: knp tak suka org utara. awat cek. kami ni baik2 tau. kalau mai aloq staq. kami tak putaq haih.

    Like

  2. Fuzama : haha. lebih kurang la. mesti fuzah rasa benda yang sama kan.. kan?

    insyaAllah nak hasilkan karya yang lebih berkualiti. lebih diterima..

    p/s : bukan tak suka, masa tu belajar sekitar selangor, jadi nak berkenalan dgn org utara tu jauh sgt. jadi segan dan takut-takut tetapi lepas beljar kat perak, jadi terlebih suka pula dgn orang utara yang ramah tu..

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s