100


PERTAMA

Ini entri ke 100.

Dalam tidak sedar aku telah menulis sehingga 100 entri.

Dahulu ketika mula-mula menulis entri ini, aku terus memilih kata ganti diri AKU berbanding saya di blog lama.

Disebabkan blog ini dibangunkan dengan hati yang berdarah kena tarah maka kata ganti diri aku melambangkan diri yang keakuan dan tegas lah kononnya. Berbanding dengan pengunaan kata ganti diri saya yang lemah-lembut-gemalai. Dahulu aku sekadar berkata, aku akan kembali menggunakan kata ganti diri saya dalam penulisan blog selepas 100 entri. Hanya selepas itu.

Dan ini adalah entri yang ke 100. (Berapa banyak kali 100 daaa..)

Blog ini sudah berusia lebih setahun dan kalau luka berdarah pun sudah kering dan berkuping pun. Aku bertanya kembali dan membuat timbang tara lagi, apakah molek aku kembali menggunakan kata ganti diri saya dalam penulisan blog ini atau mengekalkan gaya penulisan yang sedia ada?

Aku terasa aku patut buat undian atau poll . Setuju?

KEDUA

Apabila aku langkau blog ke blog, aku mula menimbal-nimbal apakah konsep blog aku? Ada blog yang membuat kritikan terhadap sastera. Ada yang buat mengenai makan-makan, ada yang buat jual-jual dan selepas blog menjadi satu trend, melimpah ruah blog mengenai diri sendiri. Lalu sukar bagi aku mencari blog yang betul-betul bagus untuk dibaca dan dikomen. Aku juga menilai, duduk letaknya blog aku. Konsepnya bagaimana? Nama birungu tetapi tiba-tiba jadi nyanyian hujan. Tagline pula saya datang, saya lihat, saya takluk. Huh. Macam macam tidak selari pula. Satu menyimpang ke daksina, satu ke paksina dan satu tidak tahu ke mana.

Kalau menulis tentang diri sendiri, blog ini bukan tatapan umum kawan-kawan. Blog ini macam tetingkap yang taboo untuk kawan-kawan alam realiti aku baca. Pernah ada seorang terbuka blog aku dan mereka kata, aku di dalam blog dan hidup realiti berbeza. Macam dua personaliti yang berbeza. Itu kata kawan aku lah. Jadi kalau menulis kehidupan seharian ini macam suatu yang sterotaip, biasa-biasa. Ah bosan.

Kalau menulis mengenai kritikan sastera atau komen buku, aku rasa entri itu paling irit sekali di baca orang dan dikomen. Mungkin aku bukan komentar yang bagus dan point-point yang aku beri semuanya tidak kuat. Mungkin.

Aku terfikir juga, aku mahu menulis mengenai makan-makan. Wah ini sememangnya aku suka sekali. Makan dan makan. Pergi suatu tempat, makan dan komen di blog. Wah Nampak macam hebat. Malangnya, aku asyik terperuk di kampus dan pengangkutan merupakan isu yang paling menyampah untuk disuarakan di tempat ini. Lalu bagaimana aku hendak pergi sana-sini, makan-makan dan menulis komen di sini?

Ah. Pilihan mudah. Aku tulis apa yang aku suka, dan dibaca dengan kawan-kawan yang aku suka. Begitu?

KETIGA

Selamat Tahun Baru Cina kepada kawan-kawan dan seluruh rakyat Malaysia.

Tapi aku sedih lah. Kenapa aku tidak dapat limau pun sejak semalam ni?

~


 

13 thoughts on “100

    1. Kelambu : InsyaAllah. akan terus menulis dan menulis. doakan semoga berjaya ya..

      Fazleena : KAk Adeq, saya akan cuba praktikkan tulis daripada jiwa. konsep sesuai, tulis apa yng kita suka dibaca oleh kawan-kawan yang kita suka. kan?

      Fakyew : jaga diri wei. jgn mkana limau je..

      Zuriaf : huhu.. aku setuju dgn idea bernas itu..

      Like

  1. saya rasa perkara utama yang perlu difikirkan setiap penulis blog ialah kita sebenarnya menulis untuk siapa..
    kalau untuk pembaca di luar sana, mungkin kita perlu mencari topik-topik yang kebanyakan pembaca suka baca..
    tapi kalau menulis untuk diri sendiri,saya rasa tulis saja apa yang kita suka asalkan kita yang puas hati..

    yang penting, kamu menulis dari hati.

    tahniah untuk entri ke-100.
    keep it up!

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s