PERTAMA
Ini entri ke 100.
Dalam tidak sedar aku telah menulis sehingga 100 entri.
Dahulu ketika mula-mula menulis entri ini, aku terus memilih kata ganti diri AKU berbanding saya di blog lama.
Disebabkan blog ini dibangunkan dengan hati yang berdarah kena tarah maka kata ganti diri aku melambangkan diri yang keakuan dan tegas lah kononnya. Berbanding dengan pengunaan kata ganti diri saya yang lemah-lembut-gemalai. Dahulu aku sekadar berkata, aku akan kembali menggunakan kata ganti diri saya dalam penulisan blog selepas 100 entri. Hanya selepas itu.
Dan ini adalah entri yang ke 100. (Berapa banyak kali 100 daaa..)
Blog ini sudah berusia lebih setahun dan kalau luka berdarah pun sudah kering dan berkuping pun. Aku bertanya kembali dan membuat timbang tara lagi, apakah molek aku kembali menggunakan kata ganti diri saya dalam penulisan blog ini atau mengekalkan gaya penulisan yang sedia ada?
Aku terasa aku patut buat undian atau poll . Setuju?
KEDUA
Apabila aku langkau blog ke blog, aku mula menimbal-nimbal apakah konsep blog aku? Ada blog yang membuat kritikan terhadap sastera. Ada yang buat mengenai makan-makan, ada yang buat jual-jual dan selepas blog menjadi satu trend, melimpah ruah blog mengenai diri sendiri. Lalu sukar bagi aku mencari blog yang betul-betul bagus untuk dibaca dan dikomen. Aku juga menilai, duduk letaknya blog aku. Konsepnya bagaimana? Nama birungu tetapi tiba-tiba jadi nyanyian hujan. Tagline pula saya datang, saya lihat, saya takluk. Huh. Macam macam tidak selari pula. Satu menyimpang ke daksina, satu ke paksina dan satu tidak tahu ke mana.
Kalau menulis tentang diri sendiri, blog ini bukan tatapan umum kawan-kawan. Blog ini macam tetingkap yang taboo untuk kawan-kawan alam realiti aku baca. Pernah ada seorang terbuka blog aku dan mereka kata, aku di dalam blog dan hidup realiti berbeza. Macam dua personaliti yang berbeza. Itu kata kawan aku lah. Jadi kalau menulis kehidupan seharian ini macam suatu yang sterotaip, biasa-biasa. Ah bosan.
Kalau menulis mengenai kritikan sastera atau komen buku, aku rasa entri itu paling irit sekali di baca orang dan dikomen. Mungkin aku bukan komentar yang bagus dan point-point yang aku beri semuanya tidak kuat. Mungkin.
Aku terfikir juga, aku mahu menulis mengenai makan-makan. Wah ini sememangnya aku suka sekali. Makan dan makan. Pergi suatu tempat, makan dan komen di blog. Wah Nampak macam hebat. Malangnya, aku asyik terperuk di kampus dan pengangkutan merupakan isu yang paling menyampah untuk disuarakan di tempat ini. Lalu bagaimana aku hendak pergi sana-sini, makan-makan dan menulis komen di sini?
Ah. Pilihan mudah. Aku tulis apa yang aku suka, dan dibaca dengan kawan-kawan yang aku suka. Begitu?
KETIGA
Selamat Tahun Baru Cina kepada kawan-kawan dan seluruh rakyat Malaysia.
Tapi aku sedih lah. Kenapa aku tidak dapat limau pun sejak semalam ni?
~
marila datang rumah, limau ada lagi 3 kotak
LikeLike
fakyew ; huhu, tak nak la. nanti aku jadi cam kau. kena batu karang
neway, kau dah okey ke belum?
LikeLike
Aku sokong kalau teruskan dengan AKU.
pasal konsep tu , no comment, suka hati sendiri lah.
LikeLike
Adi : owh. begitu ya.. baik.. aku akan timbang-timbangkan..
LikeLike
selamat entri ke-100.
moga istiqamah berblog. heh.
🙂
LikeLike
selamat ulang tahun nyanyian hujan yg ke 100.
write from your heart. 🙂
LikeLike
nak kata ok tak jugak. bole la
LikeLike
apa kata tulis je apa yang kau suka. bila kau dah tak suka apa yang kau tulis tu, delete je entri tu..haha
LikeLike
Kelambu : InsyaAllah. akan terus menulis dan menulis. doakan semoga berjaya ya..
Fazleena : KAk Adeq, saya akan cuba praktikkan tulis daripada jiwa. konsep sesuai, tulis apa yng kita suka dibaca oleh kawan-kawan yang kita suka. kan?
Fakyew : jaga diri wei. jgn mkana limau je..
Zuriaf : huhu.. aku setuju dgn idea bernas itu..
LikeLike
salam…
kunjungan dari junior MPR..
cantik blog ni..
LikeLike
Faisal : terima kasih kerana berkunjung di sini
saya akan berkunjung di sana pula
LikeLike
saya rasa perkara utama yang perlu difikirkan setiap penulis blog ialah kita sebenarnya menulis untuk siapa..
kalau untuk pembaca di luar sana, mungkin kita perlu mencari topik-topik yang kebanyakan pembaca suka baca..
tapi kalau menulis untuk diri sendiri,saya rasa tulis saja apa yang kita suka asalkan kita yang puas hati..
yang penting, kamu menulis dari hati.
tahniah untuk entri ke-100.
keep it up!
LikeLike
sue : terima kasih sue, saya kana cuba menulis sampai entri ke 200 pula ya..
doakan..
saya akan cuba menulis dari dalam diri dan hati.. sungguh!
LikeLike