Kali terakhir merasa berada di Malaysia.


Yeesang.. ketika sambutan tahun baru. Tangan saya tu, yang berbaju ungu

Aku rasa sudah terlalu lama. Semenjak aku meninggalkan sekolah harian dan berpindah ke asrama.

 

DAHULU

Aku ada teman akrab namanya Mehala, bangsa India dan beragama Hindu. Duduk sebelah menyebelah saat kawan-kawan aku yang lain seronok memilih kaum serumpun. Aku memilih dia dan kami duduk di barisan hadapan, betul-betul depan papan hijau itu. Ketika kelas Pendidikan Agama Islam, dia memilih untuk tinggal di kelas bersama aku dan kawan-kawan berbanding mengikuti kelas Pendidikan Moral dan dia masih lagi score dengan cemerlang mata pelajaran Pendidikan Moral dengan cemerlang , gemilang dan terbilang mengalahkan kawan-kawannya yang tidak pernah ponteng kelas langsung.

Ada ketika dia meminta aku mengajarnya menulis jawi. Ketika itu tulisan jawi aku boleh tahan dan aku boleh baca jawi sangat baik (hasil didikan matapelajaran Khat). Dia pernah menduduki peperiksaan Agama Islam dan mendapat markah yang boleh tahan. Lulus dan mendapat B. Ketika itu kami seronok amat.

Paling aku suka ketika Deepavali. Maruku yang dibuat sangat sedap. Bapanya seorang guru besar dan akan menempah catering dari orang melayu untuk memasakkan makanan khas untuk kami yang beragama muslim. Aku merupakan manusia setia yang akan pergi ke rumahnya setiap kali Deepavali sehingga satu keluarganya masih kenal aku kalau selisih di mana-mana.

Dia sering kata, bagaimana aku boleh menyembah Tuhanku sedangkan aku tidak nampak walhal dia yang nampak setiap hari pun terasa culas mahu menyembahnya. Dia bertanya bukan bertujuan untuk membangkitkan isu perkauman atau agama. Sekadar mahu tahu dan harus ingat ketika itu kami di sekolah rendah dan dia bertanya ketika kami di darjah 5.

Ketika itu aku cetek dalam soal agama dan aku sekadar jawab menggunakan perbandingan.

“Bagaimana Mehala rasa air dalam botol ini?” aku hulur botol mineral penuh padanya.

Dia rasa dan dia jawab, tiada rasa apa-apa. Tawar.

“Kalau aku tambahkan air gula dan bagi kau rasa?”

“Tentulah rasanya manis.”

“Tapi kau tidak nampak pun gula itu dan kau rasa rasanya manis. Begitulah aku rasa ketika menyembah Allah.”

Itu jawapan aku pada dia. Dia senyum dan tidak bertanya apa-apa lagi.

 

TIDAK LAMA DAHULU

Aku pergi ke sekolah menengah kebangsaan dahulu sebelum dapat tawaran sekolah asrama. Di situ Mehala masih ada dan aku berkenalan dengan seorang berbangsa Cina,namanya Chong Poh She. Aku selalu ingat dia itu watak POOH, rancangan tivi yang aku paling suka sekali.

Kami bagaikan 3 rangkai yang tidak terpisah. Aku di kelas RPK dan mereka berdua di kelas lain. Apabila waktu rehat, sememangnya kami akan makan bersama. Sebenarnya Chong Poh She dan Mehala tidak serasi tetapi apa yang membuatkan mereka menerima antara satu sama lain adalah AKU. Mereka bersabar dengan kerenah antara satu sama lain kerana aku. Mereka tidak sanggup lihat aku bersedih kalau mereka bergaduh (Aku tahu perkara ini setelah aku bertukar sekolah) . Aneh bukan?

Dan perkara yang paling aku suka tentunya sambutan Tahun Baru Cina. Aku mengajak kawan satu kelas menyambutnya di rumah Chong Poh She. Setelah parents Chong tahu perkara ini, mereka menempah catering orang Melayu dan siap pinggan mangkuk sekali. Mereka khuatir kami tidak mahu makan atas dasar was-was. Makanan waktu itu lazat dan aku menambunkan diri dengan menambah sewenang-wenangnya. Untuk pertama kalinya, aku mendapat AngPow.

Aku masih lagi ke rumahnya walaupun aku sudah berpindah sekolah dan mengunjungi dia di kedainya kalau berkelapangan.

Ketika aku mahu berpindah sekolah, mereka menangis dan menghadiahkan aku sesuatu. Chong buatkan aku calendar yang tertulis nama aku menggunakan computer dan Mehala memberi aku cawan yang tertulis perkataaan FRIEND.

Aku tahu selepas aku berpindah , mereka terus dengan hala tuju hidup masing-masing dan tidak akrab lagi.

 

SEKARANG

Bertahun-tahun aku di asrama dan di matrik , aku terasa tidak berada di Malaysia.

Nasib baik ketika di universiti, aku merasa kembali di Negara Malaysia.

Tahun pertama, aku sangat rapat dengan kaum Cina dan India. Aku tidak menjadikan mereka entiti asing dan komuniti kecil. Pedulikan orang lain yang memandang aku asing kerana boleh bergurau dan bertepuk tampar dengan mereka.

Hasilnya, aku mudah meminta kerjasama daripada pihak mereka kalau ingin melakukan program.

Ya.

Aku tahu secara harfiahnya Malaysia ini milik Melayu sebab sejarah membuktikannya begitu

Tetapi

Mereka tetap bukan komuniti asing dan mereka Rakyat Malaysia juga bukan?

 

Selamat Tahun Baru Cina kepada Chong Poh She dan kawan-kawan yang lain.

 

 

Notakakitangan : Aku rasa entri ini patut dipos ketika Bulan Merdeka lah. Setuju?


 


8 thoughts on “Kali terakhir merasa berada di Malaysia.”

  1. wah..bagusnya jawpan awak pasal agama tu..walupun baru darjah 5..alhamdulillah..sejuk perut ibu mengandung..hee

    fuzah masuk u baru dapat kawan dgn indian & chinese..rumate dgn indian dan kakak angkat dgn chinese..yes..I LOVE Malaysia!

    Like

    1. Fuzama : saya dgr ceramah dan ceduk sahaja. saya masa tu baru sahaja darjah 5

      kita kena mencintai malaysia yang pelbagai barulah boleh menerima kehadiran yang berbilang bangsa itu kan?

      Adi : Sebab ramai org baru nak tulis artikel berbau kemerdekaan masa bulan merdeka. macam ikut-ikutan.

      Ayat terakhir itu satu unsur sinikal.

      Like

  2. sebalik tabir : tiada jawapan khusus.
    mungkin sebab lelah lihat bangsa kita bercakaran untuk kuasa

    atau mungkin sakit hati tengok mereka tiada peribadi sendiri..

    semua jawapan itu ada dalam diri setiap individu yang bergelar melayu

    itu teori sahaj lah

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s