Kita cipta sejarah baru


( Ini tulisan dari fakir bahasa dan sejarah)

Sejarah pernah berbicara, katanya bahasa Melayu bahasa penyatuan bangsa Malaysia.

Ketika Negara sedang racau dengan konflik perkauman , bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi dan bahasa pertuturan seluruh rakyat Malaysia ketika itu.

Semua orang seperti mengiakan dan mengakui. Ingat, sejarah tidak boleh berbohong, tetapi orang boleh berbohong tentang sejarah.

Sekarang, aku buka TV, baca blog, buka akhbar, aku lihat kita berdikit-dikit mahu cipta sejarah baru.

Kamu mahu tahu drama-drama kegemaran aku. Drama-drama kegemaran aku dari produksi Red Film. Dramanya bersifat urban dan lebih mendekati realiti berbanding segelintir drama TV yang seperti kiambang, akarnya tidak jejak bumi, pucuknya tidak mengapai awan.

Ya, drama dan filem dari produksi ini menyajikan kita manusia urban yang cakap bahasa rojak dan bahasa Inggeris tetapi itulah gambaran Malaysia yang sebenar. Masih adakah golongan yang bertutur bahasa baku atau menggunakan laras bahasa klasik ataupun menggunakan struktur ayat yang tersusun rapi bagaikan baru keluar dari hospital Dewan Bahasa dan Pustaka? Kalau ada segelintir amat dan yang segelintir itu tidaklah mewakili rakyat Malaysia secara amnya. Yang berlambak adalah mereka yang berbahasa rojak, setia dengan loghat negeri, berbahasa Manglish dan sebagainya dan berlambah itulah yang mewakili warna rakyat Malaysia (menurut hukum statistik)

Kalau mengikut hukum IUCN , spesies rakyat Malaysia yang berbahasa baku adalah spesies yang hampir pupus dan perlu diselamatkan seperti spesies Panda. Tahu?

Kini, apa yang aku katakan, kita mahu cipta sejarah baru? Kita mahu mengangkat bahasa lain sebagai bahasa perpaduan, bukan bahasa Melayu.

Kini Bahasa Inggeris di angkat sebagai bahasa perpaduan. Kalau tidak pintar berbahasa Inggeris maka anda berada di strata yang lebih rendah sedikit. Anda mahu membangkang kenyataan ini? Atau dalam diamnya anda menyokong? Tidak perlu dicanang bukti, buka sahaja media cetak dan media elektronik dan lihatlah bergunung-ganang bukti.

Jangan rasa terkejut pula kalau suatu hari nanti , anak kita ditanya “Apakah bahasa perpaduan rakyat Malaysia?” dan anak anda dengan muka manis menjawab “English, Mom.”

Ketika itu, identiti kita dimana?

 

 

Notakakitangan : Tiba-tiba tulisan aku semakin serius. Tidak huha huha. Aish~

Advertisements

9 thoughts on “Kita cipta sejarah baru”

  1. realiti mmg begitu. realiti juga membuktikan bhasa melayu ialah bhasa paling mesra digunakan. pada mana-mana keadaan pun. cma penghormatan padanya yang kurang. rendah tinggi bhasa melayu terletak pada kita. tp mmg menyedihkan..

    Like

  2. kelambu : mungkin ada sesetgh pihak yang rasa kalau guna bahasa melayu ini hanya org 2nd class.
    walhal bahasa melayu itu indah. dan lebih indahnya itu lah roh bangsa kita..

    kata org kalau mahu kenali sesuatu bangsa, kenali bahasanya. kalau bahasa pun tiad jati diri, bagaimana pula mahu tahu bangsanya..

    Adi : ya, aku ada dgr2 juga pahang ada pelbagai loghat..

    nak dgr juga longat temerloh macam mana..

    Like

  3. lama tak bagi komen di sini. sempat tengok, tak sempat baca/komen. lani byk sgt blog kawan2 yg menarik. masa pulak suntuk.

    tak kisahlah Ainun(l) terus berkarya/berjuang. Jgn putus asa. Pejuang-pejuang era sblm merdeka dulu bukan setakat tidak dihargai malah dianggap berhaluan kiri dan di’ISA’kan. Tapi hasilnya, (dlm diam) diiktiraf sebagai sumbangan ke arah kemerdekaan cth. perjuangan Dr Burhanuddin Helmi dan PAS (bukan UMNO saja berjasa). Samalah pejuang-pejuang bahasa, walaupun usahanya macam tak dapat sambutan, tp sebenarnya ada. Cth saya suka bahasa Melayu walaupun belajar bahasa komputer… 🙂

    p/s:
    saya suka nih – ‘… yang seperti kiambang, akarnya tidak jejak bumi, pucuknya tidak mengapai awan.’. Salin ya? (karam singh walia pun mesti suka. ‘… seperti kiambang tumbuh selepas hujan – akarnya tidak jejak bumi, pucuknya tidak mengapai awan. Karam Singh Walia melaporkan bla,bla,bla’) 🙂

    Like

    1. lelucon : lama juga tak tgk lelucon beri komen.
      mmg. sekarang ni pun tgh berjuang juga. menajamkan tulisan dan bahasa

      saya tak tahulah kalau en karam singh tu suka aytau tak. tapi banyak juga peribahasa baru yang dia buat. boleh di bukukan tau..

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s