Khabar di pagi hari : Puisi Berdarah


Pagi-pagi, Zulfazlan Jumrah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada aku.

Terkejut. Darah terasa menyimbah ke muka.

Dalam hati berkocak “Betul ke?.”

Aku gegas turun ke bawah dan membeli Berita Harian.

Nah!


Benarlah, Zulfazlan tidak berbohong dan mataku tidak menipu. Ini puisi kedua tersiar dan yang pertama di akhbar.

Wah! Aku tidak percaya juga kerana baru sedikit waktu aku cipta puisi berdarah itu. Masih terlalu baru dan telah tersiar.

Dahulu aku rasa aku paling tidak berbakat dalam penulisan puisi sebab puisi aku tidak ekonomik dan seperti cerpen. Orang yang sering menerima puisi aku juga mengakuinya dan aku tidak pernah punya kekuatan untuk menghantar pada mana-mana editor.

Tetapi

Kini aku punya kekuatan untuk memberanikan diri untuk terus menghantar puisi aku yang sekian banyak.

Sekarang masa untuk menyerang media cetak. Seranggggggg (Macam cerita perang pula jadinya).

Kawan-kawan,

Aku masih mahu mengucapkan perkataan ini untuk sekian kalinya, Syukur dan Alhamdulillah.

Dan terima kasih pada yang tidak putus menyokong. Ada masa aku belanja teh tarik kat kedai mamak eh.

Heh!


26 thoughts on “Khabar di pagi hari : Puisi Berdarah

  1. TAHNIAH!!!
    Puisi itu memang sangat best.
    Tak sabar nak tgk karya2 kamu yg lain lagi.

    p/s: tak nak teh tarik.nak teh o ais boleh? 😛

    Like

  2. fuzama : tgh istiqamah menulis.
    en an tu pula apa kes tak hantar apa-apa lagi. asyik edit karya org je.

    paksa abang kamu tu menulis… hehe

    Syahidah : Puisi Palestin? kau nak mana-mana puisi yang pasal palestin atau puisi yang aku tulis sendiri?

    aku tak pandai tulis puisi perang la.. hehe

    Fakyew : Apa yang post cam biskut?
    huhu
    tak faham

    wah tapi ayat kau tu benar membuatkan aku terfikir…

    Sue : nak teh o ais.. boleh~
    apa-apa jenis teh pun boleh.
    tapi jangan kamu minta teh dari cameroon highland. tak larat saya nak pi petik.. hehe

    Adi : baik. aku akan terus-terus menulis.
    lagi satu.
    kau bila lagi nak hantar cerita-cerita panas kau?
    jangan takut la kalau satu kg tahu eh..

    atau Dude dan MAtJAi tak nak baca blog kau lagi..

    tau..
    kau hantar je
    hehe

    Like

  3. ainunl, tahniah.

    aku telah kehabisan kata untuk memberitahu bahawa aku cemburu.

    tapi cemburu aku itu tidak pernah menyebabkan aku untuk berubah – menjadi seperti kau.

    tahnaih sekali lagi 🙂

    Like

  4. wahh tahniah!

    rasa-rasanya puisi tu mesti bermula masa sesi berpuisi sambil iron baju kita kat puspanita dulu, betul tak?
    hehe

    hari ini bajuku merah
    dari luka yang kautarah

    Like

  5. Koboi : Memulakan sesuatu yang baru dari yang lama bukanlah sesuatu yang mudah. namun bukannya mustahil.
    kan?

    Syahidah : Ok. aku cuba tulis. tapi awal2 aku cakap, puisi perang iraq sememangnya bukan lapangan aku.
    tapi aku cuba ya

    Filzah : sebenarnya bahasa kau tu lebih halus dari aku. lebih berjiwa tetapi mungkin kau memilih untuk tidak kembangkan kot..

    tak pe. kalau kau tidak menjadi produktif cukuplah kalau sentiasa menyokong aku seperti dahulu.

    itu sudah lebih dari cukup.

    Nissa : haha . semestinya. dari idea-idea kosong yang penuh humor, saya dah tukar kepada yang serius pula..

    apa-apa pun terima kasih kerana turut bercanda semasa di puspanita hari tu.

    tahniah untuk karya awak juga ya..

    Kaksu : Terima kasih tidak putus terus memberi semangat untuk menulis. nak lawan kaksu la lepas ni..
    nak siapkan satu novel setahun..
    huhu..
    apa-apa pun panggil aku dahlia itu sangat best..

    Napisah : Arghhh…. macam mana kau boleh jumpa blog ini. punyalah aku sorok-sorok…

    aish~ seganlah..

    hehe…

    Zaki Johari : Terima kasih. tahniah pada awak juga. puisi pernah tersiar di berita harian

    Like

  6. wah!!! puisinya hebat!!
    ingin membacanya hingga habis..
    benar ya?? takut kucng?? saya berdoa agar kucing slalu menjauh dan tak mencakar wajahmu lagi..

    salam kenal yah!!

    lihat blogku yang di blogspot aja, kalau di wordpress banyak kucingnya lah.. :))

    neh alamat blognya —> http://matahari-siank.blogspot.com

    Like

  7. assalamualaikum w.b.t.

    tahniah, yana!!! semoga terus berkarya dan terus berjaya… ilham akan sentiasa mendoakan kejayaan kita semua… dalam menembusi media cetak dsbnya… ilham pun tengah mencari titik mula berkarya semula… harapnya penuh dengan keakuan dan ketegasan juga seperti puisi berdarahmu itu… ha3…

    Like

  8. Dhe kucing kabur : Terima kasih. saya kan terus menghasilkan puisi selepas ini. insyaAllah.

    Aha. takut kucing. trauma itu.
    saya cuba link blog kamu di blog saya..
    salam kenal. seronok mengenali rakan dari seberang tetapis erumpun.

    Ilham.Hafiz : kita sama-sama menulis. semarakkan dunia sastera dgn karya-karya yang berilmu .

    Amboi.. asyik guna tagline tu je.. huh! mari saya mencabar awak buat puisi yang lebih berdarah dari saya. haha

    Like

    1. MatJAi : Aish~ apasal kau boleh terlewat ni?
      tertinggal kapal terbang?

      Kalau aku letak gambar dalam blog itu, tentulah mahu makan 1 muka penuh. tak pasal2 kena bayar yuran pengiklanan. isk2

      Like

  9. Cinta…cinta ini adalah indah,x kira cinta jauh atau dekat.
    Cinta ini juga adalah ubat,hanya penawa-penawa kepada yang terpikat pada seseoarg.
    Cinta juga datang dari hati,x boleh di pakse.jika di paksa.maka cinta x kan hadir dalam hidup seseorang.
    Cinta juga banyak bentuk dan segi nya,
    Antara cinta yang ada cinta lah pada agama,cinta lah pada tuhan.cinta lah pada keluarga,cinta lah kepada alama,dan cinta lah kepada kekasih.
    Semua cinta ini ada batas nya.x kira lelaki.perpuan.tua muda,misti ada batas dalam semua ni.
    Cinta kepada agama,jaga lah agama kita.
    Cinta kepada allah,ikut lah perintahnya.
    Cinta kepada keluarga,hormat lah kepada nya.
    Cinta kepada alam,jaga lah alam kita.
    Cinta kepada kekasih,jaga lah batas nya,jika islam,ikut lah ajarannya.jika bukan islam.ikut lah agama nya yang tersendiri.

    Sekian terima kasih

    Jadi kan cinta anda,adalah cinta suci.

    Like

  10. memang best puisi berdarah ni,,,rasa seperti darah menyimbah ke muka bila menghayati puisi ni,,tahniah untuk anda dan teruskan penulisan yang kreatif ini,,

    Like

Tinggalkan komen