Kalau kau menjadi gf aku?


Suatu petang, seorang kawan lelaki bertanya pada aku dengan wajah serius

“Yana, kalau suatu hari ditakdirkan kau jadi gf aku, kita mahu dating di mana?.”

Aku ketawa sungguh-sungguh. Aku dan dia? Huh!

” Aku serius bertanya ni.”wajahnya sudah cemberut.

Aku tarik nafas. Aku mula bergebang. Membuka cerita hati.

Kalau kau mahu ajak aku bercanda cinta, bawa sahaja aku pergi ke mana-mana persembahan teater dan bangsawan. Itu sudah cukup buat aku gembira. Kalau mahu menjadikan lebih bermakna hadiahkan kita berdua tiket menonton teater atau apa-apa persembahan di Istana Budaya. Aku sudah lebih dari rasa gembira

Kalau kau tidak minat teater, boleh sahaja jemput aku ke persembahan muzikal atau muzik seperti di Dewan Filharmonik Petronas. Lagi mendamaikan hati aku kalau itu merupakan persembahan muzik tradisional dan tambah kredit kalau ada gamelan.

Baik, kalau kamu mahu kita menghabiskan masa untuk berbual dan berjalan , aku boleh cadangkan kita pergi mana-mana pameran kesenian ataupun muzium-muzium serata Malaysia. Kamu boleh ajar aku menikmati palit-palit warna pada kanvas dan aku boleh ajar kamu bagaimana menghargai sejarah melalui artifak-artifak yang bersisa.

Kalau kau tidak mahu mengeluarkan belanja atau ketika itu wang tidak begitu mesra dengan kantung kita, bawa sahaja aku ke kedai buku seperti MPH, Borders. Biar kita hanyut bersama bau buku baru dan kita boleh bertukar citarasa yang berbeza terhadap buku-buku yang kita baca dan minat. Lebih aku suka kalau kau dapat mencari kedai buku terpakai di Kuala Lumpur dan kita meneroka khazanah dan mencari koleksi lama yang kian menjadi ‘purba’. Kalau mahu sedikit santai, bawalah aku ke kedai muzik dan hidangkan aku dengan genre muzik yang kau minat dan aku akan menunjukkan lagu-lagu yang aku suka. Kita hayati dunia bunyi-bunyian bersama-sama. Aku boleh biarkan waktu berlalu tanpa kita sedar.

Setuju?

Habis aku menghambur tempat-tempat romantiK untuk bercanda cinta. Dia ketawa bergulir-gulir. Lama.

Kenapa? Aku ada salah cakap ke?

Notakakitangan : Sampai kini, kami tidak pernah terjadi apa-apa dan aku tahu dia tidak pernah serius bertanya walaupun aku serius menjawab. TiTiK.

Advertisements

31 thoughts on “Kalau kau menjadi gf aku?”

  1. salamz…

    kalau aku menjadi lelaki itu
    aku akan terus menemanimu
    dalam setiap langkahku, hanya ada kamu
    dalam setiap desah nafasmu, hanya ada aku…

    kalau aku menjadi lelaki itu
    akan ku setia di sisimu
    kotakan apa dikata
    kelak nanti merasa bahagia…

    Like

  2. Diana : Aku ingat dia tanya untuk bergurau sebab kami berdua ni mmg suka temberang antara satu sama lain.
    bila dia cakap serius, aku pun serius.
    rupanya temberang je.. ciS~

    Anuar Manshor : itu kalau dia tanya, apakah hadiah yang berharga untuk saya dari seorang bf?. saya akan jawab begtu juga..
    haha..

    tapi dia tanya tempat dating? terpaksa jawab ikut skema jawapan.

    Sue : dia gelak sebab jawapan saya pelik kot.
    selalunya orang akan jawab “Bawalah saya ke tempat paling romantis di dunia. Paris kota cinta”
    tapi saya jawab merapu-rapu. pi istana budaya la, kedai buku la, kedai muzik la, pameran kesenianlah. mana dia tak gelak gulir-gulir..

    Ilham : hahaha…

    Like

  3. Teater, bangsawan , muzik klasik , muzik tradisional,
    Kedai buku import, kedai buku terpakai ?

    Kecuali kedai buku terpakai,
    selera kau sama dengan citarasa lelaki veteran.
    50 tahun ke atas

    😆
    hehehehe

    Like

    1. Fakyew : yeke kot.

      Adi : Ces! kau mmg! sebenarnya kau dengki dgn selera aku yang rare kan? kan?
      Nak kata aku punya taste laki 50 tahun ke atas la tu… tidak mungkin okey~
      aku masih waras.
      At least aku tak jawab macam blog fakyew tu.. huh!

      aku tau kenapa kau kecualikan pasal kedai buku terpakai tu.
      sebab kau pun minat pergi sana kan..
      kan?

      MatJAi : heh.. sokong adi eh.

      aku tetap kata ini bukan sinetron indonesia. kau jgn terpengaruh dgn kata-kata fakyew walaupun dia dalam proses buat video dia berevolusi daripada beruang panda tu

      haha

      Like

  4. ainunl, nampaknya awak kena tunggu sasterawan negara la … 🙂

    tp ok apa…ada 1 ketika saya pergi ke kedai buku, terserempak satu keluarga Melayu. Dok pok-pot sembang pasal buku. Anaknya yg ~5 tahun (speaking!) pun dok pok-pet pasal ilmu juga. Menarik la mcm tu 1 keluarga kongsi minat yg sama. Mujur baby yg dlm stroller tak join bersembang jugak! 🙂

    Like

  5. lelucon : tak payah sasterawan negara pun tak apa.. orang biasa pun boleh.

    saya bosan tgk kwn-kawan saya dating, balik-balik shopping complex atau tgk wayang atau main bowling.
    cuba lah buat sesuatu yang lain sikit dan tak banyak pakai duit. hehe

    tu yang bagus. sembang-sembang satu keluarga ada ilmu. seronok dgr.

    Mari kita cuba sesuatu yang berbeza..

    Like

  6. Salam…tumpang lalu,
    Lelaki itu tergelak kerana sangka kau bersandiwara…
    Tapi sebenarnya kau serius dalam mendambakan cinta…
    Bukan semua lelaki itu lelaki…. hehehehe 🙂

    Like

  7. Ainunl, kita sama. Jangan bimbang pasti ada lelaki untuk kamu. Walaupun dia tidak meminati dan berkehendak apa yang kamu impikan, dia tetap akan menemani kamu dalam apa jua yang kamu inginkan.

    Maknanya, tuhan akan temukan kita dengan pasangan saling beza arah. Untuk melengkapi ruang hidup. Mungkin.

    “Jika kita tidak punya wang, kita berjanji temu di dalam perpustakaan universiti sahajalah.” Bisik saya kepadanya petang itu, ketika kami sama-sama terperangkap di dewan fakulti. Hujan masih turun, seperti petang ini.

    Like

  8. patut la fakyew meracau perkara yang pelik2 hari ni. dari sini rupanya ia datang. takpe, aku tak salahkan selera ko. ada beberapa perkara yang aku pun suka. melepak di muzium contohnya. tapi takde la sampai tahap nak berdating kat situ. hahaha

    Like

  9. ahaks!aku mampu gelak je..demand la ainunl..aduh..tak kisah la..y penting..kau boleh pergi tak kenduri kahwin kakak wiyah bulan mac nanti..huhu..???..Taiping..Taiping..hehe..maaf keluar topik..

    Like

  10. Sebalik tabir : padahal dia yang cakap serius mula-mula. saya pun jadi serius. kalau tahu dia mahu temberang, saya nak je cakap
    “kita makan malam paling romantik di restoran berputar menara kuala lumpur yang ditanggung sepenuhnya oleh kau.”

    Indrasakty : penafian peribadi? hehe. apa yang saya nafikan ya..?;)

    Bayan : itulah, kadang-kadang kalau dating tidak perlu pakai banyak wang. pergi sahaja dating tempat-tempat macam tu. murah sahaj belanja. seronok pun dapat juga..

    haha..

    tapi sekarang masih boleh bertemu orang yang mahu menenani ‘kegilaan’ saya ini.

    Koboi : heh! ada ke patut fakyew tiru idea aku. tak tak ada originaliti langsung..
    ala, apa salahnya kalau kau dating tempat-tempat cam tu. okey apa?

    Syahidah : huh demand ke? hehe.. nasib baik aku tak cakap ” meh la kita dating di bawah pohon cemara di bawah lampu kelip-kelip.”

    aku tak tahu lah. time tu birthday aku okey~
    tapi kalau wiyah nak support aku okey gak.. haha

    Like

  11. wiyah support?..cadangan bernas lagi tepat..tapi sudikah beliau?..persoalan ini timbul..cuma ketika itu saat-saat untuk aku menghantar tesis sangat hampir..perlu siapkan awal-awal nampaknya..

    Like

    1. Q detective : kenapa kata escapism pula? saya atau kawan lelaki saya?

      Ilham.hafiz : InsyaAllah. ada ramai tapi semuanya ajak dating kat tepi pantai. saya nak pi persembahan teater. bukan tepi pantai..
      haha..

      Syahidah : pula tu, aku punya final presentation next week. susah sikit kot. tapi tak tahulah.
      kalau siap awal aku pi, kalau tak siap susah sikit..

      at least aku gi masa kakak dia tunang.. ngenge

      Like

  12. ya….?
    jom kita dating….tgk kensert alam mnasir..
    tapi tiket beli sendiri lar…

    >susah nak jumpa perempuan awak…
    saya punya minat sama..kecuali bab teater bangsawan tu…

    Like

    1. Amerzaman : mahu2. saya nak sangat tgk. tapi saya di terengganu. belajar di sini. sedihlah..
      kalau konsert m nasir tak ditunda, mesti saya boleh pergi masa hari itu…
      sedih la~ M nasir salah seorang penyanyi kegemaran saya..

      ya? susah nak jumpa ya. tapi orang selalu kata saya pelik.. urm~

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s