Panda perlu belajar teori evolusi


Tahu apa haiwan yang menjadi maskot untuk WWF?

Namanya Panda atau nama saintifiknya Ailuropoda melanoleuca.

Tahukah haiwan itu makin diancam kepupusan?

Sebab masalah kekurangan makanan.

Panda hanya memakan buluh dari genera Fargesia spp sahaja dan dia perlu mengunyah sekurang-kurangnya 18 kg daun dan stem buluh itu setiap hari.

Panda harus mengunyah dan makan buluh tersebut dalam jumlah yang besar kerana sistem tubuh panda hanya akan mencerna 17% daripada buluh yang dimakan. Cuba bayangkan kalau dia hanya makan 1kg buluh, dia hanya mencerna 170g sahaja dan selebihnya akan dibuang sebagai sisa

Menambahkan malang kepada spesies ini, jenis buluh ini akan berbunga, berbiji benih dan mati semuanya pada masa yang sama. Sudahlah itu, kitaran untuk berbunga bagi spesies buluh itu mengambil masa 40 hingga 120 tahun. Oleh sebab itu panda semakin mengalami kepupusan di sebabkan masalah kekurangan makanan dan Negara China mengambil langkah yang serius untuk memulihara spesies ini daripada pupus.

Oleh itu kita harusnya menyokong kempen WWF untuk menyelamatkan banyak haiwan yang kian diancam pupus. Klik di sini


Notakakitangan : Tetapi aku percaya, panda akan survive kalau dia berevolusi secara perlahan-lahan dan aku dengar-dengar ada seekor panda sudah berevolusi menjadi seseorang. Dia kini tidak makan Fargesia spp lagi. Dia sudah cuba jenis buluh lain. Kalau tidak percaya tanya pada Adi atau Fakyew. Kan?