Panda perlu belajar teori evolusi


Tahu apa haiwan yang menjadi maskot untuk WWF?

Namanya Panda atau nama saintifiknya Ailuropoda melanoleuca.

Tahukah haiwan itu makin diancam kepupusan?

Sebab masalah kekurangan makanan.

Panda hanya memakan buluh dari genera Fargesia spp sahaja dan dia perlu mengunyah sekurang-kurangnya 18 kg daun dan stem buluh itu setiap hari.

Panda harus mengunyah dan makan buluh tersebut dalam jumlah yang besar kerana sistem tubuh panda hanya akan mencerna 17% daripada buluh yang dimakan. Cuba bayangkan kalau dia hanya makan 1kg buluh, dia hanya mencerna 170g sahaja dan selebihnya akan dibuang sebagai sisa

Menambahkan malang kepada spesies ini, jenis buluh ini akan berbunga, berbiji benih dan mati semuanya pada masa yang sama. Sudahlah itu, kitaran untuk berbunga bagi spesies buluh itu mengambil masa 40 hingga 120 tahun. Oleh sebab itu panda semakin mengalami kepupusan di sebabkan masalah kekurangan makanan dan Negara China mengambil langkah yang serius untuk memulihara spesies ini daripada pupus.

Oleh itu kita harusnya menyokong kempen WWF untuk menyelamatkan banyak haiwan yang kian diancam pupus. Klik di sini


Notakakitangan : Tetapi aku percaya, panda akan survive kalau dia berevolusi secara perlahan-lahan dan aku dengar-dengar ada seekor panda sudah berevolusi menjadi seseorang. Dia kini tidak makan Fargesia spp lagi. Dia sudah cuba jenis buluh lain. Kalau tidak percaya tanya pada Adi atau Fakyew. Kan?

14 thoughts on “Panda perlu belajar teori evolusi”

  1. Dari sudut positif, ia terlalu cekal menghadapi perubahan zaman tanpa perlu mengorbankan prinsip dan identiti….kalau aku??? hehehehe😀

    Like

    1. Koboi : ala aku tak maksudkan apa-apa pun. aku baru belajar sal benda ini kat kelas..
      kau rasa fakyew marah tak?
      urm~
      dia marah tak agak-agak?
      urm~

      Hazwan : huhu.. boleh.. bila kau mahu?

      Sebalik tabir : tapi kan, panda perlu berevoluisi sekurang-kurangnya kepada makanan dia.
      tetapi itu yang menjadikan panda unik sampai terpilih jadi maskot wwf

      Like

  2. Betui tu koboi. komfom tercetusnya perang sodara. haha. ya, aku juga sebagai pemerhati bebas.

    Antara kata-kata fakyew dari cybercafe kampungnya melalui Yahoo Mesengger. Seketika tadi:-

    Fakyewlah (2/7/2009 7:34:54 PM): ni apehei ainunl buat post pasal panda ni
    fakyewlah (2/7/2009 7:35:02 PM): kompang betul
    Sonic^Youth (2/7/2009 7:35:03 PM): hahaha
    Fakyewlah(2/7/2009 7:35:06 PM): kang koi kutuk nangis
    Fakyewlah (2/7/2009 7:36:28 PM): siap la adi ngn budok ter

    haha.

    Like

  3. WWF tu nama lama untuk WWE = world wrestling entertainment.

    evolusi dari seluar dalam beropol-ropol kepada sejenis beruang yang beruniform sama seperti tenuk.

    Fakyewlah (2/7/2009 7:36:28 PM): siap la adi ???
    Adios (2/7/2009 7:36:28 PM): bring it on.
    Adios (2/7/2009 7:36:28 PM): The coolest Panda is Kung Fu Panda.
    Adios (2/7/2009 7:36:28 PM): 😆

    Like

    1. MohdJAi : ala~
      Aku cuma nak wat kempen bagi fund kat wwf je..
      urm~ aku kan budak biology..
      kena sokong organisasi macam ni..
      ala…
      jgnlah fakyew terasa hati bukan2..
      kita kan kawan alam maya
      Kan?

      p/s : Wei takkan nak jadi pemerhati bebas. meh la sokong aku dari jauh.. huh!

      Adi : Diingatkan eh WWF adalah World Wide Fund okey~
      bukanlah seperti yang ditulis di atas..

      Aish~ nak wat perang ke?
      urm.. tak pe.. sok aku tarik balik entri ni

      (muka sedih sangat)

      Like

  4. ish, jangan ditarik entri ni. peperangan belum berlaku. takkan nak menyerah sebelum berperang. tiada la keseronokkan nanti. lagi pun aku rasa fakyew takde la marah mana. marah2 sayang je kot. dia kan berhati mulia lagi pengasih orangnye.hahahaha

    Like

    1. Koboi : huh! aku tanya betul2 ni koboi, kau nak side aku or atau menyokong aku..?
      tu je pilihan yang kau ada.. pemerhati bebas tak main lah.. tak ada keseronokan..

      Huh!

      Dimanakah jaminan fakyew marah-marah sayang?
      bagi surat tunjuk bukti..
      hahaha

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s