Tidak Senafas Kata


Maaf~

Aku di daksina dan kau di paksina

Kau memilih menjadi Sang Pawaka dan aku memilih menjadi Sang Pawana

Nyata kita sudah berbeza.

Lalu..

Mengapa membiarkan kompas menari-nari mencari aku?

Biarkan aku meligas-ligas bebas atas pilihanku dan aku biarkan kau menjulang-julang dengan caramu.

Benar,

Kita melihat bulan yang sama tetapi ingatlah bulan tidak melihat kita dengan wajah yang sama. Lagi…

 

 

 

Kau mengerti?

 

Ini bahasa alam yang kau ciptakan padaku dalam diammu dahulu.


Advertisements

11 thoughts on “Tidak Senafas Kata”

  1. salamz…

    hai yana…
    indah sungguh kata2mu… menusuk tusuk jantungku…
    entah mengapa, aku masih belum mampu menulis bait-bait kata sepertimu…
    erm, aku? yang penuh keakuan dan ketegasan… hahaha…

    Like

  2. Ini versi merajuk hati?

    Kalau sang pawaka itu sudi, pasti ia sanggup mengalah mati dihembus pawana. Dan, jangankan daksina boleh bertemu paksina, hujung dunia pun mungkin sampai dijejaki.

    Like

  3. a faham bait2 kata yg ko tulis. tp tidak jelas

    ‘ada 2 insan jauh berbeza. satu mengejar, satu cuba lari’

    em..puisi itu indah penyair muda.

    Like

    1. Koboi : kalau kau makan panadol jangan lebih dose sudah.. hehe

      Ilham.Hafiz : awak ni saja je eh..
      penuh tegas dan keakuanlah sangat..
      saya rasa kalau hati awak penuh dengan perasaan itu, awak menulis pun akan lebih baik..
      mungkin…

      Indrasakty : Ini bukan versi merajuk hati. Ini versi kata dua. versi menegaskan tiada apa-apa lagi yang tertinggal..

      Ya, adakalanya pawaka boleh bertambah marak bila dihembus pawana.. tidak mahu mengalah.. mahu menjulang-julang membakar..

      lalu bagaimana?

      Azuaries : insan-insan tu tak jauh berbeza cuma memilih untuk haluan yang berbeza. dulu mereka sehaluan sekarang tidak sehaluan..
      begitulah..

      aduhai azuwan, ini bukan puisi. sekadar coretan kata sahaja..
      sungguh~

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s