Lagu tanpa Roh Lirik


Aku sepatutnya menulis tesis tetapi semakin aku dekat dengan tesis semakin aku berserabut dan jadi kacau.

Jiwa jadi tidak tenteram dan hati makin sakit.

Namun, aku sudah hilang keterujaan menulis entri. Kalau aku dihasut dengan nafsu menulis ini aku boleh menghantar entri hampir setiap hari.

Jadi aku harus bermeditasi . Kembali ke pangkal jalan. Mencari diri aku yang hilang.

Semasa aku berjalan-jalan di blog Adi, aku tersagat dengan keperitan dia menulis lirik. Ya, aku fikir penulisan lirik sesebuah lagu biarpun didokong oleh aliran muzik yang bawah tanah atau atas tanah haruslah ada erti dan ada jiwa. Tidak kisah mahu mengangkat lagu puisi, punk, rock & roll mahupun balada dan etnik kreatif sekalipun, liriklah yang mencerminkan roh sebenar lagu tersebut.

Lewat kebelakangan ini, aku dengar banyak lagu-lagu popular tetapi liriknya kosong. Tidak perlu disebutkan beberapa tajuk lagu disini, aku kira pendenagr yang baik boleh menilai lagu yang baik. Kebiasaannya aku akan mudah jatuh cinta dengan lirik sesebuah lagu barulah lagunya. Oleh kerana itu, aku cenderung menyukai lagu puisi seperti Kopratasa, Ebiet G. Ade dan terbaru Sapardi Djoko Damono. Aku pernah membaca ahli kumpulan Kopratasa berkata, lagu puisi haruslah sederhana, tidak boleh berlebihan sehingga lagu menutup makna puisi tersebut. Malangnya lagu-lagu sekarang banyak mengutamakan irama dan muzik tanpa ada jiwa pada liriknya.

Oleh itu kepada Adi, aku harap kau akan dapat menulis 5 lirik lagu itu ya. Semoga berjaya membuang ayat bulan, bintang angin dan awan dalam lirik kau!

Oh ya, ini puisi yang aku tulis bertahun dahulu. Daripada bersawang di dalam laptop, moleklah kiranya aku letakkan di blog sebagai entri baru. Sebetulnya aku tidak tahu dimana mahu hantar sajak sebegini. Di Mastika boleh tak?

BUKAN SI JALANG MALAM


Bukan si jalang malam merenggut tenang

Di carik halus dengan jemari lurus panjang

Satu-satu tenang terbang di arak awan hitam


Tetap bukan si jalang malam

Menghembus nafas puaka dari lurah darah

Himpun sorot dendam paling dalam


Si jalang malam bukan penghimpun dosa

Biarpun namanya terkandung noda

Semuanya ialah tukang topeng-topeng kebinatangan

Ghairah menukangi kisut-kisut calar di wajah

Dengan solek tebal penipuan


AinunL Muaiyanah Sulaiman

5 thoughts on “Lagu tanpa Roh Lirik”

  1. 💡
    terima kasih , sebab tulis entri yang ada sebut pasal aku.
    Yay, sukanya😆

    Aku suka puisi ni, orang lain tak tahu la..
    tapi kasihan, tak ada tempat nak hantar.

    Cuba sesiapa ajar aku sikit macam mana nak menghayati puisi.
    kadang-kadang , aku langsung tak tahu apa yang cuba diceritakan.
    blank… kosong.
    Aku tak puas hati, bila ada puisi yang korang semua kata hebat, tapi aku nampak macam biasa je.

    biasanya kalau baca puisi,
    aku cari jenis macam kau tulis kat atas tu..
    sebab bahasanya jahat sikit.

    selain tu,
    aku suka tengok mesejnya ,
    sama macam lagu rock, mesej mereka ni kadang-kadang jenis rebel juga.

    Tapi setiap kali , jumpa puisi, aku suka bunga bahasa yang luarbiasa.

    permainan bahasa yang melampau-lampau kreatif.
    sampai yang boleh melekat dalam kepala otak aku sampai bila2.
    contoh macam yang kat bawah ni..

    Inilah first time aku jumpa puisi gempak.
    terpukau rasanya..
    Jalaludin Rumi memang gempak,
    kalau aku tak pernah baca puisi ni,
    mesti aku selak laju-laju setiap kali aku jumpa halaman puisi dalam surat khabar.

    ➡ betul ke cara aku baca puisi ni ????

    Like

  2. arggghh peninggg !!!

    eh mana puisi yang aku taip tadi??? dah hilang..??? jadi kotak??
    ni puisi gempak Rumi yang aku cerita tu…

    Tahukah engkau arti nama, jika tanpa hakikat? Pernahkan engkau memetik mawar
    dari sederetan M, A, W, A, R ?
    Engkau telah menyebutkan nama itu: pergi, carilah sesuatu yang diberi nama.
    Bulan itu di langit, bukan di air. Itu hanya bayangannya.

    Like

  3. Adi : sebagai kawan yang baik aku kena bagi sokongan pada kau. huhu.

    kawan aku cakap, kebelakangan ini puisi aku banyak ada darah, puisi aku jadi puisi yang kejam. Tah, aku pun kurang pasti, sebab aku menulis berdasarkan apa yang aku fikir waktu itu.

    Jamaluddin rumi itu seorang pemikir, dia membuatkan kita memikirkan apa yang dia tulis, dia meyembunyikan fikirannya dengan ayat dan katanya.

    Jadi aku bagi cadangan, kau tulis apa yang kau fikir bukan kerana kau ingin menyuruh mereka yang mendengar sama dengan apa yang kau fikir. bahasa itu sifatnya arbitari. orang boleh mentafsir pelbagai makna dari satu baris ayat.

    okey?

    jadi

    terima ucapan selamat berjaya dari aku

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s