Puisi di Malam Keramaian di Pasar Cinta – Merangkul Bahagia


Hari ini hari kasih sayang. Sebetulnya aku tidak pernah hirau tarikh ini. Aku cuma hirau tarikh sebulan dari sekarang. Itu sahaja. Tetapi seorang kawan aku bermuram durja. Dia berlirih-lirih mengajak aku keluar bercanda malam semalam. Aku pun jadi hairan. Mingggu ini musim hormon progesteron sedang mencanak-canak naik ke?

Aku buat penyelidikan serba sedikit dan baru aku tahu rupanya semalam adalah malam hari kasih sayang.

Aneh~ Mengapa mahu merasa tersish dan dipinggirkan. Hari kasih sayang bukanlah apa-apa kalau kamu tidak berteman. Aku rasa, hari kasih sayang tidak perlu ditonjolkan secara berlebihan sehingga yang tidak ada pasangan pun terasa kurang kasih sayang. Aku pun tidak ada pasangan dan aku tidak rasa kurang sebab aku penuhkan dengan kasih sayang dari teman sebilik, kawan-kawan satu kursus yang bisa buat aku ketawa atau aku buat mereka tertawa. Kawan-kawan, single is not crime.

Kawan-kawan,

Jangan terpengaruh dengan provokasi murahan ini atau doktrin yang bertahun-tahun menjarah pemikiran kita. Aku kira media massa harus mengurangkan liputan tentang isu ini, cuba-cuba lah menukarkan tarikh hari kasih sayang ini menjadi satu fenomena yang lain, yang lebih mengikut acuan kita. Buatlah tarikh itu jadi hari memberi coklat seMalaysia ke? Aku rasa kalau pengaruh media itu benar punya kuasa, mereka boleh menyebarkan perkara baru dan dakyah baru sehingga satu negara boleh jatuh percaya. Namun, kalau orang media masih terikut-ikut dengan acuan luar, bukanlah mereka yang menguasai media tetapi medialah yang menguasai mereka.

Jadi, marilah kita merangkul bahagia dengan cara kita.

17 thoughts on “Puisi di Malam Keramaian di Pasar Cinta – Merangkul Bahagia”

  1. Salam,

    Salahnya masyarakat kita kini adalah melihat kasih sayang itu harus dan perlu wujud pada tarikh 14 Februari itu sahaja. Padahal,itukan bukan cara Melayu malah Islam. Sepatutnya, apa kata kasih sayang, kebahagiaan dan cinta itu disemai setiap masa. Barulah kita akan menyedari keindahan dan menghargai nilai sebuah kasih itu sendiri.

    Wasalam.

    Like

    1. Kak Hanie : semenangnya masyarakat kita mudah obses dengan budaya lain. bila banyak sangat propaganda semua pun terpengaruh.

      walhal kasih sayang itu bukan nilainya sehari. setiap hari pun sayang (baca ala-ala iklan fair and lovely)

      Like

    1. Adi : sebab itu kdg2 aku tak faham mengapa ramai orang fikir valentine day tu penting..

      adus~
      ada yang cakap dia rasa lonely malam valentine, aku faham part lonely tu. tapi aku faham part di malam valentine..
      Aish~

      bagus juga sarat benci. sebab benci adakalanya mengajar kita menjadi kuat. menentang perkara yang dibenci.

      tetapi kata hamka cinta itu tidak mengajr kita untuk jadi lemah

      Like

  2. kekasih jesus monica belluci?? keh3
    anyway, aku tak pernah sambut hari valentine pun.
    bukan sebab tak punya kekasih.
    bukan juga sebab tak berduit.
    lagi bukan sebab kedekut.
    tetapi sebab hari2 aku dikelilingi oleh kasih syg. aku tak perlukan hari khas untuk itu.

    Like

    1. fakyew : eh bila pula kau dapat info mengarut ni?

      Koboi : aku setuju dgn kau. mengapa perlu wujud tarikh khas kononnya meraikan hari kasih sayang..

      Seolah kalau tak raikan hari itu, maka orang itu tidak disayangi..

      aish~

      Like

  3. Valentine turut dikatakan sebagai nama seorang paderi..Valentine Day tiada kaitan dengan agama Kristian namun yang meraikannya ialah mereka yang bukan Islam ini..diceritakan oleh seorang guru aku bahawa sambutan Hari Valentine dibuat bagi memperingati Valentine yang sangat mereka sanjungi yang telah mati..Pelbagai cerita wujudnya Valentine Day dikaitkan..boleh cuba di wikipedia..aku sungguh tak setuju umat Islam meraikan perayaan ini..Perlukah wujud Hari Kekasih..malam 14 Februari ramai anak bangsa Melayu kita duduk berdua-duaan di sepanjang pantai berdekatan …suasana gelap bersama yang bukan muhrim..Inikah yang Islam ajar kita?..tidak sama sekali..mereka ini ada yang masih belasan tahun..oh apa nak jadi kawan?

    Like

    1. Syahidah : sebab itulah aku rasa peranan media penting. jangan lah sogok rakyat dengan indahnya hari itu. ini tak, tiba2 je aku dapat msg macam nu

      “Anda rasa sepi malam pada valentine. hapuskan rasa sepi anda dengan taipkan on cinta.”

      Apa kes?
      Aish~

      Like

  4. Aku pun baca asal-usul Hari Valentine sama seperti yang ditulis Syahidah.

    Valentine cuma hari cinta yang tak berkaitan dengan amalan mana-mana agama.Tiada penyembahan berhala untuk menyambut hari tersebut.

    Sekadar hari orang bercinta menunjukkan kasih sayang kepada kekasih mereka. Dan aku tak pandang ‘cinta’ itu sebagai sesuatu yang jahat.

    Valentine itu kekasih Jesus <—- ➡ ayat hebat yang aku jumpa dalam puisi orang lain, penulis itu memburukkan hari valentine sebab dia tak ada kekasih seperti dalam pengakuannya sendiri pada penghujung puisi😆

    Like

  5. Adi : Bagi aku yang salahnya, orang sering dianggap loser kalau tidak ada partner pada malam valentine. mana boleh begitu. lagipun aku tgk media macam terlalu melebih-lebihkan hari ini macam satu tarikh yang perlu diletakkan dalam kalender setiap orang.

    Siapa yang tulis puisi itu.
    aku nak baca la~

    Syahidah : aha, aku dpt msg itu, bukan aku sahaja yang dapat, malah teman sebilik pun sama juga.

    kami berdua terus buang dari kotak memori telefon. mencemar duli sahaja

    Like

  6. Kalau tak ada pasangan pada malam Valentine dianggap loser,

    Bagi sesetengah orang yang lain pula, memberi bunga pada pasangan pada hari valentine pula dianggap POYO ( mat bunga ).

    Lebih baik abaikan semua tanggapan orang lain.

    Like

    1. Adi : betul juga. Pedulikan apa orang fikir.

      Bagi sesetengah orang yang lain pula, memberi bunga pada pasangan pada hari valentine pula dianggap POYO ( mat bunga )<———- ni mesti ayat kau dan kawan-kawan kau pada orang lain kan? hehe

      tapi kadang-kala dalam hidup ini kita kena pertimbangkan juga apa yang orang katakan.
      Kadang kadang la

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s