Ada Apa Dengan Kita?


Menonton filem Ada Apa Dengan Cinta kembali. Semuanya selepas aku dan kawan aku berkaraoke lagu Ada Apa Dengan Cinta.

Aku tertangkap dengan kata-kata watak Cikgu Taufik Bagastoro ketika mengumumkan pemenang Lumba Puisi.

“Anak-anak, tujuan Lumba Puisi yang setiap tahun kita adakan adalah agar kita tetap sadar bahawa kita memiliki satu kekayaan yang tidak ternilai harganya iaitu bahasa Indonesia.”

Lalu, aku terkesan. Filem ini mengangkat puisi-puisi Chairil Anwar yang membuatkan ada antara penonton filem itu mencari buku Aku karya Sumanjo ketika terbang ke Indonesia atau gerai buku Indonesia ketika Pesta Buku.

Malah filem AADC menggunakan medium puisi sebagai penggerak cerita serta menganggungkan khazanah terbesar mereka iaitu Bahasa Indonesia. Ayat ini dilayangkan di gegendang telinga semua penonton termasuk kita di Malaysia.

Lalu Ada Apa Dengan Kita? Adakah kita ada filem-filem kita menyatakan kekayaan terbesar kita ialah Bahasa Melayu. Malah kalau mahu berbicara bahasa melayu pun kadang-kadang kita malu sebab tidak standard berbanding dengan fasih berbahasa Inggeris. (aku tidak menolak kepentingan BI di sini). Kalau ada pun sekadar selingan sahaja atau anekdot menambah tawa.

Ada Apa Dengan Kita? Bila kita rasa mahu mewah dengan bahasa kita sendiri? Bila ada filem kita benar-benar mengangkat keindahan bahasa dalam acuan moden? Dahulu aku ada tonton filem Kad Cinta yang membacakan puisi JM Aziz, berkolek bersajak tetapi lewat dewasa ini, sangat jarang. Apa yang aku lihat cerita-cerita biasa yang diberi kosmetik dengan indah.

Aku sering lihat, pertandingan deklamasi puisi sekadar menonjolkan pemenang-pemenang atau deklamator sahaja walaupun sebenarnya sayembara tersebut bertujuan untuk mengangkat keindahan bahasa dan makna puisi tersebut. Kalau kita bertanya pada deklamator-deklamator puisi , apakah mereka benar-benar tahu makna implisif dalam puisi itu dan roh dalamnya? Apakah mereka mengenali tampang si penulis puisi itu? Berapa ramai yang boleh menjawab dengan baik? Aku yakin boleh dikira dengan jari. Ramai deklamator yang memilih untuk membacakan puisi kerana sesuai dengan tone suara atau puisi itu mudah digayakan bukan kerana mesej puisi itu. Kita terlalu dikosmetikkan dengan kemenangan dan rasa mahsyur sehingga kita lupa perkara yang penting di situ iaitu bahasa melayu.

Cukup, aku si Fakir Bahasa yang sekadar cinta pada keindahan bahasa kita, Bahasa Melayu.

Kawan-kawan,

Aku tetap suka penamat AADC kerana konflik itu dileraikan dengan puisi yang ditulis oleh Rangga.

 

Perempuan datang atas nama cinta

Bonda pergi kerna cinta

Digenangi racun jingga dalam wajahmu

Seperti bulan telah tidur dalam hatimu

Yang berdiri kelam dan kedinginan

Ada apa dengannya

Meninggalkan hati untuk dicaci

Lalu kali ini aku lihat dari syurga dalam mata seorang hawa

Ada apa dengan cinta

Tapi aku pasti akan kembali dalam satu purnama

Kerna aku ingin kamu

Itu sahaja

 

 

NotaKakiTangan ; Aku masih berhutang resensi Album Dewangga Sakti. Aish~

Advertisements

19 thoughts on “Ada Apa Dengan Kita?”

  1. sedih….dengan keadaan Bahasa Melayu kita..dulu ke-4 di dunia…sekarang tak tau la…orang kita melayukan bahasanya sendiri…mungkin…

    Like

  2. AADC adalah filem remaja paling sempurna dari alam Melayu.

    Belum ada filem yang begitu sensasi sehingga boleh menarik semua lapisan remaja. Dari undeground sehingga ke arus perdana. Dari peminat budaya Pop sehingga peminat puisi.

    Pada sesiapa yang pernah tengok filem ’10 things i hate about you’ mesti perasan persamaan dua filem ini. Petembungan jiwa memberontak dan budaya Pop yang mengungkapkan cinta melalui puisi.

    Aku ulang tengok kedua-dua filem tu berpuluh-puluh kali.

    Rebel + Pop + Puisi = Luarbiasa sempurna

    Like

  3. Mahu komen sikit saja.

    Bahasa Indonesia sebenarnya cuma satu standard sahaja, berbual pun begitu, menulis pun begitu, membaca pun begitu, berpuisi pun begitu. Kalau ada pun yang lain sikit slanga-nya, nahu tetap tidak banyak berubah. Jadi mereka menerima secara total satu bahasa Indonesia itu.

    Tetapi bahasa Melayu di Malaysia tidak begitu. Bahasa percakapan lain gaya santainya, bahasa surat khabar lain pula gayanya, bahasa puisi lebihlah lainnya. Ada puisi yang gunakan bahasa ringan, tetapi tidak bahasa Melayu rendah.

    Sejak kecil anak-anak melayu Malaysia terdidik dengan perbualan bahasa Melayu rendah. Yang menguasai bahasa Melayu tinggi cuma sekelumit daripada sekelompok yang cemerlang subjek bahasa waktu SPM. Lebih teruk, datang pula bahana anasir SMS dan chatting yang memperkuatkan dominasi bahasa rancu dalam mentaliti masyarakat melayu.

    Bagi yang (mendakwa) jiwanya jiwa santai dengan bahasa santai, puisi dan segala jenis sastera berat tidak masuk dengan jiwanya. Timbul perkataan yang tidak biasa guna, walaupun ada dalam kamus, terus hilang minat mahu baca.

    Lebih teruk kelompok yang melabelkan ini dunia sastera, dan orang yang tidak berjiwa sastera tak perlu terlibat (sebab bagi mereka sastera itu membosankan). Mana tidak bosan, kalau dari dalam jiwa bahasa Melayu cuma ada bahasa basahan guna buat bercakap hari-hari dan buat beli petai di pasar sahaja.

    Ini belum masuk yang gagal sama sekali menulis dengan ejaan betul, apatah lagi tatabahasanya. Lebih hebat, ramai juga yang melabel penulisan bahasa secara betul itu skema dan terlalu formal. Tak malu pula mengaku, ‘BM saya memang fail sikit’.

    Ada yang lagi hebat, menulis dalam bahasa Inggeris cukup lengkap dan teratur tetapi tidak tergerak untuk buat perkara yang sama bila masuk bahasa Melayu. Entah kenapa tak sanggup di-SMS-kan bahasa Inggeris, tapi tak sanggup juga gunakan ejaan penuh dan tepat dalam bahasa Melayu. Menulis secara betul dan guna ejaan penuh dalam bahasa Inggeris, tak pula dikatakan skema.

    Oh, ini bukan komen yang sikit. Maaf, sila abaikan baris pertama di atas.

    Like

  4. Sebaliktabir : Susah nak kata pasal perubahan kedudukan kepentingan bahasa di dunia tu.. Kalaulah orang besar negara kita mengerti tentang kepentingan bahasa dengan sebenar-benar erti~

    Adi : Aku suka filem ini sebelum filem ini masuk malaysia lagi. aku sudah tonton sebelum masuk panggung di malaysia.

    Aku suka jalan ceritanya. Pengarang berjaya mencipta jalan cerita yang tidak mebosankan walaupun mengangkat kecintaan pada puisi.

    Aku dah tgk cerita 10 things i hate about u. cerita itu pun best. tetapi aku rasa aadc lebih baik kot.

    Bilalah aku dapat tonton filem malaysia yang begitu. mengangkat intelektual pelajar bukannya seperti dalam kuliah cinta itu..

    Indrasakty : oh tidak mengapa. komen pendek mahupun panjang, saya terima dengan senang hati.

    Seingat saya, ketika pemerintahan seorang presidennya, dia telah menyelaraskan semua penduduk indonesia harus tunduk pada satu bahasa yang standard sahaja iaitu bahasa indonesia. mereka tidak boleh mengutamakan bahasa lain. tapi saya tak ingat serigid-rigid faktanya.

    Seharusnya, kita lakukan penyelarasan bahasa dan pemerintah harus gunakan kuasanya untuk perkara itu. Malangnya pemerintah lebih gemar gunakan kuasanya untuk naikkan taraf Bi. kisah ini umpama kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

    Sukar ya kita kenang nasib bahasa kita sendiri?

    Like

  5. Aku dh tak ingat jalan citer ni…

    beto kata adios, ramai je golongan yang minat cter ni..smpai dpt hafal lagu

    tapi tak tau la diorg dapat tak ini pati cter ni..heh

    Like

  6. Azuaries : aku pun kena tengok balik dan ingat. bila kita tengok banyak kali, bari kita nampak apa yang kita da tertinggal.

    ceritanya menarik tetapi aku tak tahu mereka suka cerita bab hero atau heroin atau mereka dapat belajar tentang sesuatu yang lebih penting dari itu.

    yang itu kita tepuk dada tanya la selera

    Like

  7. bagusnya aadc kerana filem tu buatkan kita terbuai-buai. kesan selepas menontonnya panjang. teringat-ingat. kita boleh ikut sama simpati dan berdoa supaya pengakhirannya melegakan.

    aadc dari indonesia macam masakan ibu. sentiasa teringat-ingat. tapi naskhah cinta kita banyak seperti popcorn. manis ketika panas. bila sejuk rasa lemau.

    Like

    1. Kelambu : Lalu bagaimana kita mahu hasilkan filem sebegitu? bila kita mahu hentikan hasilkan lagi-lagi filem sampah?

      Bukan kita nak kata filem kita tak bagus. tan sri p ramlee tu boleh hasilkan filem yang menarik dan berkali-kali buat kita menonton tanpa jemu, tapi kita sekarang ni kata buat filem ikut kehendak remaja dan zaman sekarang konon, tapi tak ada pun sampai box office macam aadc, maknanya tidaklah mengikut kehendak sangat. kan?

      Like

  8. Saya suka dengan pendapat saudari berkenaan pertandingan puisi yang “bersepah” diadakan kini.

    Saya mengharapkan pemimpin politik yang menginjakkan bahasa Melayu tersungkur dihukum oleh rakyat.

    Like

    1. Anuarmanshor : saya melihat deklamator yang membawa puisi ke pertandingan bukanlah benar2 menghayati puisi. tak lebih daripada ingin menang.

      Cuba kita bertanya soalan pada mereka, siapa penulis puisi ini, anda kenal ke? kenapa pilih puisi ini bukan puisi yang lain?
      mesti rata-rata susah nak jawab dengan baik

      Saya pun berharap pemimpin sedar kenyataan bahawa bahasa yang terbaik untuk dipelajari bangsa sendiri ialah bahasa melayu. tidak apa tarikh dasar, ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya

      Like

  9. Di Indonesia..saya sampai 2 kali nonton AADC di bioskop (cinema) dan filem itu menjadi titik bangkit perfileman Indonesia stelah lama mati suri ditelan Sintetron (saya benci sekali dengan sinetron). Sekarang dari lima atau enam studio di cinema Indonesia..tiga atau empat merupakan filem Indonesia…amazing..bahkan Laskar Pelangi telah ditonton oleh 4,2juta orang di Indonesia.

    Betul kata Indra..saya agak bingung dengan Bahasa Malaysia karena ketika menyanyi dengan berbicara sehari-hari sangat berlainan gayanya…lain dengan Bahasa Indonesia.antara menyanyi dengan berbicara sehari hampir sama (menurut pendapat saya)…

    Like

  10. Daoes : ya, saya ada baca juga bahawa AADC merupakan titik tolak kebangkitan filem Indonesia. Namun saya sedikit kecewa juga lewat kebelakangan ini filem-filem negara kita mengalami nasib yang sama, iaitu berlakunya lambakan filem-filem horror dan sex comedy.

    Filem kita seakan-akan memandang filem Hollywood sebagai kiblatnya

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s