8 jam


Dahulu,

8 jam aku belajar menahan sakit, menghimpun kekuatan dan mereka segala macam kemungkinan dan situasi yang wujud.

Terasa bagai minit-minit yang berlalu itu menarah-hati hati aku yang sedia terluka. 8 jam aku terasa macam berbulan-bulan.

Mataku tidak terlelap walaupun sepicing. Jikalau aku terlelap aku dihantui mimpi buruk dan aku kira lebih baik aku berjaga menghadapi realiti.

8 jam itu, aku terasa aku tidak dihormati, perasaan aku dicabar dengan keadaan, hatiku dicalar.

Aku bina kekuatan yang bukan sedikit, aku balut luka-luka di hati dengan selendang merah darah. Aku ingin menjadi manusia lain, yang tanpa hati dan perasaan.

Manusia yang boleh menyatakan kenyataan paling kejam yang orang lain tidak terfikir aku akan lakukan.

8 jam masa berlalu. Aku berjaya membina benteng ego aku, mengisytiharkan perang dalam diam, membiarkan orang fikir aku alah dalam perang walaupun sebenarnya aku menang.

Ingat, aku ingat kata-kata itu “MENGALAH UNTUK MENANG”

Tetapi aku tidak menjadi manusia lain, manusia tanpa hati dan perasaan kerana bagi aku jika emosi mengatasi rasional, bermakna aku akan kalah dalam peperangan ini.

Dan sekarang aku melalui kembali 8 jam itu,

Dalam sepicing mata, aku sudah tiba. Oh 8 jam itu bukanlah apa-apa bagi aku sekarang.

Ingat, bukan apa-apa pun.

10 thoughts on “8 jam”

    1. Sebaliktabir : boleh kalau kita bahagikan masa betul2. rasanya

      Adi : aku tahu kau buat apa 8 jam terakhir ini.
      kau hadap facebook, kau hadap ym. tak pun kau tulis lirik lagu tu..
      wei ingat tu amanah kawan-kawan yang percaya kau tak tulis bulan dan bintang lirik kau. heh~

      Like

  1. ainunl…insyallah.fuzah ke UMT malam esok. kempen pengharaman bekas makanan polisterina atau ‘The White Coffin’..boleh jumpatak??

    Like

    1. Adi : Wah ada fotografik memori. macam dalam cerita detective Q , penyiasat remaja pula..
      Jadi adi, selamat berusaha la.. hehe

      Koboi : Ya , sedalanya bertukar menjadi tenang. kalau emosi mengatasi logika, bukankah aku yang kalah?

      dan aku masih senyum sampai sekarang..

      Orang lidi : 8 jam ini satu metafora sahaja. kesakitan bukan diukur dgn masa, biarpun sedikit kalau namanya kesakitan tetap menyakitkan..

      Fuzama : Nak.. nak .. nak jumpa… Nanti bolehlah tidur kat bilik.. wah~
      bestnya. boleh bertukar cerita ni. seronoknya..
      nanti dah sampai bagitau la

      Like

  2. Oh…8 jam aku pada waktu lapang sudah hilang. Entah pegi mana…Kadang-kadang 8 jam yang ada ni macam sgt tak cukup.

    isk kena curi masa ke?

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s