Ukhuwah yang Absurd


Jalinan ukhuwah ini sangat absurd. Mungkin kita sangka kita tidak mungkin akan menjalinkan hubungan dengan seseorang kerana faktor demografi atau jarak. Mungkin ketika kita berhubung dengannya, kita tidak yakin bahawa puzzle-puzzle dalam hubungan itu akan menyatu dan bercantum dan akhirnya membentuk gambar yang indah.

Dahulu aku fikir begitu juga. Aku tidak yakin akan bertemu dengan rakan-rakan maya atau yang aku kenal melalui nama di dalam akhbar sebab jalan untuk berjumpa itu seakan kabur. Namun semakin aku dewasa, membesar serta mengembara negari-negeri di Malaysia, aku bertemu dengan watak-watak ini. Watak yang aku hanya kenali di alam maya atau mereka yang menyapa aku lewat blog. Internet menjadi pemudah cara. Telefon pula mendekatkan kita. Laman sosial mencanak-canak muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Semuanya menjadikan jarak beratus-ratus batu bagaikan terhapus begitu sahaja dan kita terasa begitu dekat antara satu sama lain. Benar?

Lalu, aku mengalami peristiwa ini lagi. Seseorang yang aku kenali lewat blog dan status dia sebagai adik kepada kenalan blog aku. Tidak pernah aku sangka bahawa aku akan berjumpa dengannya dan seterusnya membawanya kelintar satu bandar ini.

Aneh kan yang bernama ukhuwah ini?

Kamu tidak akan menjangka bila terjalin dan harapnya tidak akan terputus.

Lalu kini aku percaya jalinan ukhuwah ini sangat absurd seperti jalinan kawan dalan laman sosial itu.


p/s : Kepada Mahfuzah Othman, terima kasih kerana sudi bertemu dengan saya ya. Lain kali saya bawa kamu pusing-pusing lagi ya. Bawalah keluarga dan sanak saudara. Hehe.

Advertisements

17 thoughts on “Ukhuwah yang Absurd”

  1. salam…

    ainunl muaiyanah…
    betul apa yang awak cakapkan itu… jalinan persahabatan yang tidak terduga… sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui segala yang tidak diketahui oleh hamba-hambaNya… semoga jalinan persahabatan kita juga bertambah kukuh… amin.

    Like

  2. Yanna..itu juga yang terjadi dengan kita
    Teman maya..
    Siapa sangka..
    mungkin suatu saat nanti kita juga berjumpa
    entah kau yang datang..
    atau aku yang berkunjung..
    beribu meter jarak kita..
    tapi persahabatan tak terikat jarak..

    Pasti perjumpaan kau tadi begitu bermakna..
    Hingga tertuang dalam tulisan di atas..

    Like

  3. (ketawa girang)..terdetik juga di hati ingin menulis entry tentang sebuah ukhwah yang bermulanya maya dan pertengahannya nyata. akhirnya??hanya mati memisahkan kita.

    Maha Suci Allah yang mengizinkan dan memudahkan pertemuan itu. Insyallah. moga jalinan silaturrahim yang terjalin terus tersimpul mati dan mekar mewangi. walau apapun yang terjadi.

    p/s: Insyallah. Cik BiruUnggu pun kalau datang Kedah/Penang. bagitaula.boleh kita pi ronda-ronda satu utara.

    Like

    1. Orang Lidi : dari pagi kamu menunggu catatan saya? Aduhai, maaf. saya perlu idea untuk menulis. Tulis tidak boleh sebarangan lagi sekarang. InsyaAllah, saya tidak akan tinggalkan blog ini sehingga bersawang ya.

      terima kasih kerana terus sudi membaca.

      Ilham.Hafiz : amin.. saya doakan yang baik-baik untuk hubungan kita. semoga terus kekal tanpa sengketa ya.
      saya pun tidak sangka boleh berjumpa awak.

      Daoes : Benar. Kita berkenalan di alam maya. lewat kiriman dan komentar di blog. Mana tahu suatu hari nanti kita akan bertemu. Jarak beratus batu ini bisa terhapus.

      tidak apa boleh naik air asia ke makassar . sekarang everybody can fly. =)

      pertemuan itu bermakna pada saya sekurang-kurangnya.

      Adi : betul. aku setuju. cerita dongeng itu apa yang mampu difikirkan oleh manusia tetapi realiti itu apa yang diciptakan oleh sang Pencipta. tentulah lebih ganjil sifatnya

      Fuzama : teringat semasa berjumpa dengan awak. kelakar juga.
      Begitulah ukhuwah. Aneh. Kita boleh jalinkannya di mana-mana kan. sekarang jalinan ukhuwah makin melebar dengan adanya laman sosial dan blog.

      hehe. insyaAllah, kalau pi kedah dan penang, boleh menumpang teduh di rumah fuzah. cewah~

      Like

  4. Memang ukhuwah itu sesuatu yang tidak terduga… Nama saya Mahfuz…hehehehe..Cik Yana orang KT ker…lama tak ke sana…lama juga tidak melawat sepupu di sana…juga lama tidak ketemu keluarga angkat di sana..rindu pula nak gi “air buah gelas besar”…suatu hari nanti mungkin….

    Like

    1. SebalikTabir : Jadi selepas ini saya kena tukar nama awak menjadi Mahfuz si sebaliktabir la. Saya bukan orang KT. Kebetulan belajr di sini. Sebetulnya saya orang selangor. Air buah gelas besar itu masih kekal di situ tak berubah.

      Lelucon : Absurd bagi saya itu sesuatu yang tak terjangkau. Kadang-kadang bila kita jumpa orang yang tak disangka-sangka, kita cakap
      “Wah tak sangka boleh jumpa awak. Kecilnya dunia.”
      “Rupa-rupanya awak ini kawan si polan si polan”

      Absurd : mustahil, tidak masuk akal, bertenΒ­tangan dgn fikiran yg waras (Kamus Dewan Bahasa dan pustaka)

      Kak Hanie : benarlah kita bertemu dengan perkara yang sama. Tidak sangka akan kenal kak hani. mula-mula berhubung melalui YM sahaj, bila bertemu boleh jadi akrab pula

      Like

  5. Yanna: Thanks, tapi mungkin saya tak sekreatif yanna.sehingga tidak bisa post tulisan sesering yanna…kalo ada waktu luang baru saya bisa menulis..

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s