Roti bakar+majerin+gula


Di hadapan aku ada Honey Pickled Twister KFC. Aku beli semasa temankan kawan aku membeli-belah keperluan ke tanah penghujung Asia.

Aku jamah sedikit tetapi aku rasa mual. Mungkin kerana lidah aku tak serasi dengan mayonis atau mungkin kerana twister itu sudah sejuk.

Lalu, aku ambil roti sekeping dan kemudian aku tukar jadi roti bakar+majerin+gula. Sedapnya. Masa itu aku rasa makanan itu lebih lazat dari segala benda yang ada di dunia ini.

Oh ya. Kadang-kadang kita akan lebih suka makanan yang ringkas berbanding makanan yang berat seperti twister itu.


Seperti kita suka sesuatu yang sederhana daripada sesuatu yang hebat.


Kadang-kadang sederhana itu lebih baik kan?


16 thoughts on “Roti bakar+majerin+gula

  1. Alamak! Tak sedar air luir meleleh…. 🙂
    Biarpun ringkas, tetap membuka selera.
    Wasotiah sememangnya perkara yang memudahkan dan ringkas
    Tak gitu?

    Like

  2. Bukan pasal sederhana atau apa. Tapi sebab lapar agaknya.

    Tapi akak lebih percaya pada serasi atau tidak. Sebab waktu itu kita serasi dengan roti buasa, maka ia menyentuh selera. Itu yang dinamakan memilih sesuatu sesuai dengan TEMPAT dan MASA.

    Like

  3. assalamualaikum w.b.t.

    ainunl muaiyanah…
    Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mengamalkan sikap kesederhanaan. maka, alhamdulillah, sekiranya kita juga mampu mengamalkan kesederhanaan itu. tidak terlalu mewah, tidak terlalu daif. walau apapun, saya rasa awak lebih tahu apa yang terbaik untuk awak kan? ;p

    salam dari jauh…
    ilham.hafiz
    06-03-2009
    ampang.

    Like

  4. Ye betul tu yana.
    Sederhana tu lebih baik, tapi perlu diingat jangan terlalu bersederhana!
    Nanti kita ketinggalan..haha…nonsense

    Oh, roti margerin tu aku suka jugak, twister pun aku suka. Tapi aku akan suruh diorang jangan letak mayonis.

    Like

  5. assalamualaikum w.b.t.

    ainunl muaiyanah…
    Pertama sekali saya bersetuju dengan pendapat adi. Tapi Roti bakar mejerin gula memang sedap. Walaupun begitu aku lebih suka makan roti bakar dengan susu pekat manis. Betul kata bayan itu sebenarnya kau tak makan twister tu sebab tak kena pada waktunya.

    salam dari jauh…
    matjai yang mulia
    06-03-2009
    Kampung Cekenit.

    Like

  6. hohoho sederhana itu memang best.
    kalo sedikit, tak cukup.
    berlebihan, memudaratkan.
    lagi best kalo yg sederhana itu dikongsi beramai-ramai. lagi terasa nikmatnya.

    salam dari jauh dipeta dekat di IT…
    koboi yg serba sederhana
    06-03-09
    dari padang pasir. hahahaha

    Like

  7. ye la, ko ni memang sederhana habis la!.

    abis!..
    ko buat apa ngan honey pickled twister KFC tu?! … ko buang ke?
    jangaaan!! membajir tuh!
    kalau aku ada kat situ kan best!
    hu hu..

    Like

  8. Adi : Huh! Ya aku sememangnya orang kampung yang hidup dalam serba kesederhanaan. Yang aku pelik kan adi, mula-mula kau kata ada orang selera sederhana, ada orang selera tajam tiba-tiba aku jadi selera kekampungan. Hey, tak ada dalam senarai pilihan sungguh!

    Sebaliktabir : Sememangnya sedap. Saya sempat makan 2 keping masa itu dan minum secawan kopi. Ketika itu saya rasa tiada makanan yang lebih lazat daripada itu. 🙂

    Bayan : Mungkin betul juga ketika itu lidah saya tidak serasi hendak makan makanan berat-berat. Mungkin ketika itu saya mahu makanan untuk mengunyah sahaja bukan untuk mengeyangkan. Tetapi saya rasa bukan sebab lapar kerana masa itu ada twister yang sepatutnya lebih menyelerakan.

    Ilham.hafiz : Jauhnya salam awak itu. Benarlah kita perlu sederhana dalam banyak hal. Hehe. Tetapi kadang-kadang kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kadang-kala lah.

    Azuwan : Ada masa kita perlu memilih untuk sederhana. Kalau terlebih nanti orang mengata apa pula.
    Eh~ Kita boleh minta tidak letak mayonis ke? Tidak tahu pun. Kalau begitu lain kali tidak mahu mayonis lah. Rasanya saya tidak ada selera itu sebab mayonis kot.

    MatJai : Luculah baca komen kau ni. Seperti bukan diri kau yang sebenar pula. Usah pura-pura lah. Benarlah seperti kata adi ” Tak ada novelty langsung”. Hehe. Makan roti bakar letak susu pun sedap juga. Tetapi di sini tiada peti ais nak simpan susu.

    Koboi : Kau sudah dijangkiti penyakit MatJai ya. Penyakit tiada novelty langsung <—- Menurut kata Adi. Mesti masa kau belajar dahulu kau selalu berkongsi makanan dengan rakan-rakan kan. Baiknya~ ataupun kawan-kawan yang berkongsi makanan dengan kau? 😉

    Khairuddin : Saya tidak berapa suka sangat telur setengah masak. Ada sesetangahnya saya sukalah yang setengah suku masak. Tetapi versi yang awak cakap ini versi sarapan pagi di kedai kopitam kan?

    Like

  9. Auzi : Saya tidak buang. Saya beri pada kawan. ;).

    Mahu jadi kawan saya? Boleh saya beri pada kamu. hehe. Terima kasih berkunjung di blog saya tetapi kamu ini siapa ya? Link blog pun tiada.

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada azuaries Batal balasan