Cerpen Hati Milik Nur di Mingguan Wanita


Sebelum ke hujung benua, ada seseorang ucapkan tahniah. Aku pelik, tahniah untuk apa? Rupanya Cerpen Hati Milik Nur disiarkan di Mingguan Wanita. Gambar depannya Tini, DJ Hot Fm dan juga suaminya.

Cerpen itu aku siapkan 3 tahun lalu. Cerpen itu sudah terlalu lama diperam dan aku fikir buat apa lagi diperamkan. Lebih baik aku hantar sahaja ke mana-mana majalah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Lalu aku untung kapal terapung. Hehe.

Apa-apa pun, tahun ini sudah 1 puisi dan 1 cerpen tersiar di media cetak. Sekarang baru bulan 3. Aku harap tahun ini, aku lebih giat berkarya dan tidak culas menghantar ke mana-mana penerbitan.

Kawan aku yang membaca cerpen ini bertanya bila lagi aku mahu menulis novel. Wah~ cerpen pun tersiar tenggelam timbul. Lagi mahu tulis novel. Aku aminkan sahaja. Mana tahu hujung tahun ini aku boleh siapkan satu novel? Jadi kawan-kawan pun aminkan juga ya.