Cerpen Hati Milik Nur di Mingguan Wanita


Sebelum ke hujung benua, ada seseorang ucapkan tahniah. Aku pelik, tahniah untuk apa? Rupanya Cerpen Hati Milik Nur disiarkan di Mingguan Wanita. Gambar depannya Tini, DJ Hot Fm dan juga suaminya.

Cerpen itu aku siapkan 3 tahun lalu. Cerpen itu sudah terlalu lama diperam dan aku fikir buat apa lagi diperamkan. Lebih baik aku hantar sahaja ke mana-mana majalah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Lalu aku untung kapal terapung. Hehe.

Apa-apa pun, tahun ini sudah 1 puisi dan 1 cerpen tersiar di media cetak. Sekarang baru bulan 3. Aku harap tahun ini, aku lebih giat berkarya dan tidak culas menghantar ke mana-mana penerbitan.

Kawan aku yang membaca cerpen ini bertanya bila lagi aku mahu menulis novel. Wah~ cerpen pun tersiar tenggelam timbul. Lagi mahu tulis novel. Aku aminkan sahaja. Mana tahu hujung tahun ini aku boleh siapkan satu novel? Jadi kawan-kawan pun aminkan juga ya.


37 thoughts on “Cerpen Hati Milik Nur di Mingguan Wanita

  1. Adalah tak masuk akal kalau aku beli majalah ni semata-mata nak baca cerpen tulisan kau sebab terpampang besar perkataan WANITA.
    Akan hilanglah rupa paras aku yang kacak ini, kalau menjinjing majalah semacam itu keluar dari kedai mamak.

    No way.
    Itu tak akan berlaku.

    Semoga impian kau mahu menjadi penulis yang produktif itu akan termakbul.

    Like

  2. adi : huh, tak ada semangat kawan langsung. Tapi aku rasa cerpen ini tak sesuai dengan jiwa kau. Cerpen mabuk buku itu lebih sesuai. Aku takut bila kau baca cerpen ini jaiwa kau rasa tidak tenteram.. hehe. Tetapi adi, kalau kau mahu juga baca cerpen ini, aku boleh bagi dalm bentuk notepad pada kau.Mahu?

    Like

  3. Selamat Yana..
    Boleh tidak saya dikirimkan salinan cerpennya? Dalam bentuk word or softcopy yang lain juga tidak apa-apa..kirim ke e-mail saya ya…
    saya ingin baca..

    Tetap terus menulis..
    Saya doakan yana jadi penulis besar nantinya
    Amin ya Robbal Alamin..

    Like

  4. ouh, saya ada nampak majalah ini hari itu.
    tergerak mahu beli tapi ditangguh2..
    kali ini pasti beli!

    tahniah cik ainun!
    teruskan berkarya..
    moga2 dapat keluar novel pula nanti..aminn..=)

    Like

  5. Tahniah! Biarpun lama tidak menjengah majalah itu kerana sudah lama terpisah dari kakak-kakak…hehehe Tahniah!!!

    Like

  6. Koboi : Terima kasih

    FirdausAmyar : Boleh sahaja saya kirimkan melalui email kepada Firdaus. Tetapi saya fikir lebih baik saya hantar pada minggu hadapan kerana mematuhi pemegang hak cipta Majalah Wanita.
    Namun, jangan menjangka yang lebih-lebih daripada cerpen saya kerana cerpen ini sangatlah biasa.

    HanieSalwah : Terima kasih Kak Hanie. Harap-harap saya dapat menghasilkan banyak karya lagi dalam tahun ini

    Sue : Beli jangan tak beli. Biar jualan majalah wanita mencanak naik minggu ini. Nanti selepas baca, jangan lupa komen ya.

    SebalikTabir : Jadi Mahfuz memang membaca majalah tersebut? Harap dapat membaca cerpen itu dan memberi komen kepada saya ya

    Like

  7. congrats ainunl!~ may Allah make things easy for u – days, weeks, months and years ahead! teruskan berkarya.. insyaAllah aku akn try dapatkan majalah tuh.. 🙂

    Like

  8. salam…

    ainunl muaiyanah…
    tahniah atas cerpen awak yang tersiar di mingguan wanita. saya dah baca dan cerpen tersebut sangat menarik. semoga terus berkarya dan berjaya.

    Like

  9. Salam,
    Jue nak tahu lah you hantar cerpen tu ke alamat ape eh?
    Appreciate if you could give me the address.
    Maybe you can email it to me?
    Thanks

    Like

  10. Salam ainun.Tahniah atas kejayaan awak dalam berkarya ni.Saya pun ada niat untuk menghantar cerpen ke mingguan wanita.Memang dari belum kahwin sehinggalah sekarang tak putus lagi beli mingguan wanita.Boleh tak bgtau saya macamana nak hantar karya ke mingguan wanita?Harap ainun tolong ya.tq

    Like

  11. salam..
    CikAinun..
    em.. jika tak keberatan..boleh tak Cik Ainun emailkan Cerpen Hati Milik Nur di Mingguan Wanita tu pada saya? saya berminat nak baca..
    lg satu..boleh tak saya nak tau..macammana nak hantar karya di Mingguan Wanita?

    Lastly..
    u are the great writer..
    Tahniah..
    Nway..
    saya dah tgk novel awk..tapi xkesempatan nk beli lg..
    tp akan di beli..
    karya awak memang bagus..Tahniah!

    Like

    1. Cyida : waalikumsalam,
      Cik syidah boleh baca cerpen itu di blog ini. ada pautan yang bertajuk cerpen hati milik nur itu.
      berkenaan penghantaran cerpen ke mingguan malaysia, bolehlah email. saya akan kirimkan alamatnya melalui email.

      terima kasih untuk pujian itu ya. cuma saya belum lagi menulis novel. mungkin orang lain. namun insyaAllah, akan saya hasilkan novel kalau diberi kesempatan oleh tuhan.

      Like

  12. ainul…tahniah yer…walaupun dah terlambat…boleh ke saya nak alamat email tu jgk…bleh jgk cuba2 jgk hantar karya ker kan…:)

    Like

  13. saya teringin nak jadi macam kamu! boleh tak emelkan alamat emel untuk siarkan karya cerpen dalam majalah wanita.

    Like

  14. salam cik ainul, terima kasih atas perkongsian email mw pada saya. sebelum ini saya berhasrat untuk menjadi seperti cik ainul.. namun sehingga skrg cerpen sy gagal diterima. ada x alamat email lain untuk mw? perlukah sertakan surat iringan dan biodata?
    apa maklumat yang perlu disertakan dlm biodata?

    Like

    1. Cik Dalilanasir : Rasanya itu sahaja emel yang saya gunakan untuk menghantar karya ke Mingguan Wanita. lagipun sudah lama saya tidak menghantar karya ke sana. Rasanya masih menggunakan emel yang saya berikan itu. Jika tidak, tolong rujuk emel editor, apa-apa karya dihantar sama ada kepada editor atau penolong editornya 🙂

      setiap karya yang dihantar haruslah disertakan biodata, karya hendaklah bertaip double spacing menggunakan font arial dalam 6-8 muka surat. Ya surat iringan sekadar catatan ringkas sahaja.

      selamat mencuba ya

      Like

  15. Salam akak.. Boleh emeilkan alamat majalah untuk hantar cerpen? dan syarat-syarat untuk hantar cerpen tu macam mana..

    Like

Tinggalkan komen