Cerpen Tanyalah Pada Jiwa di majalah FOKUS SPM


Baru semalam aku menulis menyatakan bahawa cerpen Hati Milik Nur tersiar di Mingguan Wanita. Namun hari ini ketika aku pergi kedai yang biasa menjual majalah di depan hostel, aku membelek majalah FOKUS SPM dan aku terlihat namaku di bahagian cerpen.

Wah karya yang aku hantar bulan lalu telah tersiar. Cerpen itu bertajuk Tanyalah Pada Jiwa. Cerpen ini juga antara cerpen yang terperap bertahun-tahun lamanya dalam simpanan. Cerpen ini sederhana sahaja. Kisah pelajar yang keliru dengan pilihannya. Itu sahaja. Aku tidak terlalu bermain dengan bahasa atau jalan cerita yang kompleks seperti Mencari Qudwah.

Terima kasih Puan Shahriza Sidin, editor majalah Fokus SPM kerana menyiarkan cerpen tersebut. Puan Shahriza ada mengirimkan email kepada aku dan mengatakan akan mempertimbangkan cerpen tersebut untuk disiarkan.

Tahun ini sudah ada 3 karya yang disiarkan. Matlamat aku pada tahun ini sekurang-kurangnya 5 karya. Tinggal lagi 2 sahaja. Alhamdulillah. Azam tahun ini yang mahu serang media sekurang-kurangnya tercapai juga.


Advertisements

24 thoughts on “Cerpen Tanyalah Pada Jiwa di majalah FOKUS SPM”

  1. Azuwan : Ada di fokus sahaja. Kalau online tak ada pula. Kalau mahu saya boleh hantar softcopy pada awak. Mahu ke? Cerpen ini sangat sederhana. JAngan jangka yang tinggi-tinggi untuk cerpen ini

    Like

    1. Napisah : πŸ™‚ Aku pun rasa gembira bila melihat kau gembira. HuHu. Perjalanan masih jauh kan. Tapi betulkah kau bergenang2 dengan air mata ni? Wah, aku bisa membuatkan kau mengenangkan air matakah sayang? hehe

      Like

  2. Adi : Kalau dengan kau aku minta RM100 tau. hehe.

    Nissa : Lawan taukeh nampak? Nissa, saya akan tulis komentar cerpen awak. Kita nantikan. jeng jeng…
    Apa-apa pun terima kasih. Terbakar semangat ni.

    Koboi : Aku pula tidak tahu mengucapkan apa lagi yang lebih besar selain TERIMA KASIH. πŸ™‚

    Firdaus Amyar : Ya, saya fikir begitu. Moga-moga tercapai. Tidak berani letakkan target tinggi-tinggi. 5 pun sudah cukup banyak.

    Kak HAnie Salwah : Terima kasih : Kak hanie, apa tunggu lagi. Bila mahu serang media ni?

    Lelucon : Mungkin juga. Satu klik ke semua karya-karya saya. Haha. Macam banyak sangat sahaja

    Like

    1. Zulaikha : Dahulu saya tidak mendapat apa-apa bayaran pun ketika cerpen disiarkan dalam fokus. Biasanya majalah selain dewan bahasa & pustaka serta utusan, jarang membayar cerpen yang disiarkan πŸ™‚

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s