Zubir Ali : Satu Kehilangan


Semasa aku ke tanah penghujung benua, aku mendapat khabar bahawa Zubir Ali telah meninggal dunia. Zubir Ali antara penyanyi lagu puisi yang paling aku senangi selain daripada kumpulan Kopratasa di Malaysia.

Aku pernah bertentang mata, berbual dan bergambar dengannya beberapa tahun dahulu semasa aku belajar di Universiti Malaya. Semasa itu aku pergi menonton UMSO in Concert, An Evening at Poetry and Music. Ketika bertemu dengannya, aku menyatakan rasa kagumku pada lagu puisinya. Antara lagu yang paling aku ingat ialah lagu Penantian dan malam itu aku bertuah apabila aku mendapat peluang mendengarnya mendendangkan lagu tersebut.

Marilah kita menyedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Zubir Ali. Semoga usaha beliau mengangkat puisi dalam lagunya meninggalkan inspirasi pada kita.

 


 

ZUBIR ALI – PENANTIAN

Berapa lama mesti kutunggu

Sinar cahaya matamu

Gemerlap bagai bintang

Menghiasi malam

Malam yang menutup diriku

 

Berapa lama perlu kutunggu

Lontaran suara dari bibirmu

Memecah hening taman

Taman syurgawi

Pada sebuah yang hati yang sepi

 

Penantian suatu siksa yang tidak tertanggung

Oleeh tubuhku yang kering dan layu

Kepastian suatu penawar dalam suka dan duka

Yang meniti hidupku