Ini poster MASKARA 5. Aku pergi ke acara ini satu tahun setengah yang lalu. Ketika itu cuti semester dan aku rasa musim itu musim yang menggembirakan. Menghadiri malam penutup MPR07,esoknya ke Maskara 5 (Malam untuk Perempuan) dan seterusnya ke majlis seorang kawan yang aku sudah lupa namanya.
Sekarang acara ini sudah sampai MASKARA 13. Aku cuma mampu hadir ke MASKARA 5 sahaja tetapi sampai sekarang aku paling ingat satu perkara.
Aku disihir oleh satu puisi yang dibacakan oleh ADI. Aku tidak tahu siapa dia. Aku sekadar tahu dia kawan kepada salah seorang pembaca puisi pada malam itu juga namanya MAWK. Info yang aku dapat, dia sekarang sudah terbang ke Berlin untuk menyambung pengajian dalam kesusateraan Inggeris
Puisinya ringkas tetapi pemilihan katanya membuatkan maknanya sangat dalam. Pertama kali bila ADI meluncurkan suaranya, aku sudah disihir sehingga aku terlupa untuk merakam persembahannya. Aku terdiam sehingga bait kata terakhirnya. Bagaimana dia boleh menukangi puisi yang sederhana tetapi maknanya besar itu. Tajuk puisi itu ialah SYUKUR.
Aku cari puisinya itu di mana-mana blog yang menulis ulasan MASKARA 5 tetapi hampa. Oleh itu sesiapa yang membaca entri ini, dan tahu siapa ADI yang aku maksudkan dan tahu puisinya atau menyimpan rakaman video pada malam MASKARA 5, silalah hubungi aku ya. Minta tolong sungguh-sungguh ini.
Aish~ adakah aku perlu menunggu 7 tahun lagi untuk membaca kembali puisinya atau bertemu dengannya?
Ini ADI
P/S : tiba-tiba blog aku menjadi blog menjejak kasih pula. Hehe.
Kredit gambar : Blog Lanraga
nak cari adi?
tanya adi(os).
LikeLike
adi : mula-aku ingat adios tu adi tetapi bukan sama sekali.
Ala, kalau tanya adi bukan dia tahu pun.
Urm
LikeLike
ler..
ingatkan cari aku..
rupanya kau cari adi yang lain.
LikeLike
Adi : la. kalau cari kau, aku cari sahaj di facebook.
atau terus di temerloh. lala
LikeLike
diantara orang orang yang duduk pada sebuah kerusi panjang di sebuah rumah sakit….
saya masih di berlin dan akan selamanya disini…
kalau ada rezeki mungkin akan datang berkunjung lagi ke kuala lumpur.
pekerjachinta@gmail.com
adi khalif
LikeLike
Adi : wah wah wah wah wah… Akhinya mimpi mengucup saya.. Aduhai, tuannya sendiri datang berkunjung ni.. aduhai…
nanti datang berkunjung di KL, beritahulah saya ya.. 🙂
LikeLike
he he he he
LikeLike
Wahyudi ; nanti aku tulis mencari WAHYUDI MASKARA.. haha
LikeLike