Earth Hour


Kawan-kawan,

Boleh aku pinjam sedikit waktu?

Untuk kamu menyisipkan ingatan ini dalam jadual harian kamu

Atau mungkin untuk kamu menjadi manusia pengingat.


Kawan, ini acara tiap tahun. Namun mungkin kamu tidak tahu. Tidak mengapa. Nasib baik tahun ini acara ini dapat sokongan media. Hebahan dibuat dari corong ke corong dan sekarang seolah-olah satu Malaysia tahu hal ini bukan?

Ini bumi kita tempat tinggal kita. Sungguhpun kita bersikap tidak peduli tetapi kita peduli juga dalam tidak sedar. Bila kita merungut panas, bila kita merungut musim yang tidak menentu sebenarnya kita menjadi peduli. Lalu, aku dengan rasa rendah hati menyeru pembaca blog ini dan kawan-kawan diluar sana agar menyokong kempen Earth Hour.

Caranya sangat enteng.

Pada 28 Mac, tepat 8 malam, di mana sahaja anda berada sila padamkan lampu dan kalau boleh setiap penggunaan suis elektrik (jangan pula suis peti sejuk dimatikan). Kita bergelap selama sejam. Hanya sejam sahaja kawan. Kita sokong kempen ini. Usaha ini biarpun kecil pada kita, ada kemungkinan besar maknanya untuk orang lain diluar sana.

Walupun baru memasuki tahun ke 3, namun kempen ini sudah dikira berjaya. Tahun lepas aku padamkan lampu dan menyendiri dalam gelap dan aku seorang sahaja yang buat begitu dalam rumah aku.Tahun ini ramai kawan-kawan aku mahu menjayakan kempen ini bersama.

Kamu pula bagaimana?

Kalau pintu kesedaran sudah terbuka, jangan segan-segan mahu klik di sini dan mendaftar sebagai tanda sokongan kamu semua.

10 thoughts on “Earth Hour”

  1. aku sokong kempen ni.
    sebab aku cuba nak sayang bumi aku.
    sebab aku tak mampu nak tinggal di planet lain.
    tapi mungkin tak semua lampu akan dimatikan di rumah aku. takde pilihan. rumah keluarga. kecil besar semua ada.

    Like

  2. Ok ni cam masalah.
    aku tak suka gelap…huh

    Eh, apa2 pun aku akan join. Tutup lampu bilik aku, then kuar lepak bilik kawan.
    Hah, bgs tak idea ni?

    Like

  3. Aku tak nak bergelap. macam tak membantu je menyelamatkan bumi.
    kalau tutup peti ais selama 1 bulan.ada juga faedahnya untuk ozon.

    koboi-
    jangan takut..
    saintis dah berjanji, sebelum planet bumi musnah .. mereka akan cari jalan untuk memindahkan manusia beramai-ramai ke planet marikh.. tu sebab mereka tengah bertungkus lumus mengkaji planet tu.

    Like

  4. Koboi : Tidak apa tidak dapat memadamkan semua lampu. asalkan kurangkan pengunaan lampu. Kita sokong walaupun sedikit.
    kalau tidak dapat ajak orang lain, kita buat untuk diri sendiri jadilah. kan?

    Azuaries : Ehem~ idea bernas juga. Haha, kira bukan salah kau. salah kawan kau tak menyokong la tu. bernas. bernas~

    Adi : Ait~ Inilah masalah yang dihadapi oleh ahli konservasi macam aku apabila berdepan dengan manusia dengan kesedaran begini macam kau.

    Ok. Sejak bila pula kau percaya pada saintis ni?

    Like

  5. Koboi-
    mereka dah lama jumpa jalan ke Marikh.
    Dah pernah hantar robot berkamera pun.
    Sekarang mereka tengah kaji kesesuaian species manusia untuk tinggal kat sana. Mereka tengah buat kajian tengok kalau ada sumber air kat planet tu.💡 dont giving up hope

    Yana-
    Bila masa pula aku kata aku tak percayakan saintis.
    sesetengah saintis berdiri atas teori,
    dan sesetengah lagi telah mengubah teori menjadi fakta.
    Fakta adalah kebenaran. Aku sukakan kebenaran.

    Sama macam golongan agama,
    golongan saintis pun tahu bumi akan hancur satu hari nanti.
    jadi apa salahnya kalau mereka cuba sediakan payung sebelum hujan.

    Zaman batu dulu tak ada siapa yang percaya bumi ini bulat.
    Tapi hari ini, tak ada siapa lagi percaya bumi ini empat segi sebab semua orang pernah tengok foto bumi bulat yang diambil dari satelit.🙂

    Tak kisahlah kau tak suka pendapat aku,
    tapi aku suka berfikiran berbeza. Yeahhh !!
    Aku nak mimpi pergi Marikh. Hehehehe

    Like

  6. Koboi : Tengok adi dah buat serangan balas dengan hujah-hujah yang memberansangkan.

    Adi : Ok, sejak bila pula aku cakap aku tak percaya cakap kau. Ini auta ni. hehe.
    Ya, betul. ada sesetengah saintis kemukakan teori mengarut tapi ramai pula orang percaya. nama pun teori kan.
    Aku harap aku cepat-cepat dapat keluar dari golongan ini. hahahaha.

    Kau mimpi pergi marikh? Naik apa? wau bulan? heh~

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s