Kalau ada orang bertanya aku bagaimana menulis puisi, jujur aku katakan aku tidak tahu.
Tetapi
Aku boleh ajarkan satu tips
Belajar membenci sesuatu. Kebencian bagaikan roh lain yang akan merasuk kamu dan membuatkan kamu boleh menyusun ayat yang indah. Ayat yang membunuh.
Sebaliknya, kesukaan dan kesedihan akan membuatkan kau tidak berpijak pada realiti. Bahasa kau menjadi longgar dan kaku. Kamu akan mengulang-ulang ayat yang sama, nada yang sama tanpa rasa jemu kerana kau dibius oleh kegembiraan dan kesedihan.
Ingat, tidak payah sedih-sedih. Terus sahaja benci. Kebencian boleh melahirkan kata-kata nan indah.
Kalau kau memilih kesedihan, nanti tidak semena-mena ada yang menyapa kau dengan panggilan EMO atau EMOSIONAL.
Notakakitangan : Oh, ini tips mengarut. Aku hilang mood menulis. Rasanya perlu bertapa di Gua Cha dahulu.
oh, saya memang seorg pembenci..
tapi masih tak pandai menulis puisi..
camana tuh?
he he 😛
LikeLike
Sue : Kalau begitu, kenalah merujuk kamus dewan. kumpul segala perbendaharaan kata mengenai kebencian. susun semua perkataan yang ditemui, kamu sudah bejaya cipta satu puisi yang berbentuk 3v. hehe
p/s : ini 1 lagi tips mengarut. hehe
LikeLike
Atau Yana tengah bencikan sesuatu hingga terpaksa bertapa nih??? hehehe
LikeLike
ha..ha..ha..
bagus tips dari kamu…
tapi dari dulu hingga kini..
aku tak pernah berjaya untuk melakar satu ranggkap puisi pun..
semuanya bagi aku selalu berterabur..dan hancur…
he..he…
tapi aku akan cb belajar dari kamu….
LikeLike
Sebaliktabir : eh tak ada tak ada. haha. Rasanya tulisan dalam blog ini sudah semakin membosankan lah. jadi kena bertapa cari ilmu baru. hehe
Orang lidi : Ala, blog awak itu pun sudah seperti rangkaian puisi, cuma awak ni terlalu berlirih-lirih sahaja. Jadi kentalkan semangat. Benci semua kesedihan dan tulislah serangkap puisi. insyaAllah berjaya. hahaha.;)
LikeLike
Ya ainunl muaiyanah..pasti kau sedang siapkan tesis..aduh..berusaha..kau boleh..hihi..saja singgah..esok dan lusa aku ada ujian..huhu..tiga semuanya..waaaaaaaaaaaaaa..
LikeLike
love to hate = hate to love
ini asas yang paling empirikal dalam jiwa aku .
aku tak tahu kamu tafsir ayat tu jadi apa.
tapi aku lihat hate(benci) itu lebih dominan dari perkataan love (cinta).
Tapi Yana, kalau tulis puisi cinta pun tak kisah asalkan kreatif. Sedap juga baca.
Entahlah terserahlah pada individu.
LikeLike
assalamualaikum w.b.t.
ainunl muaiyanah…
mungkin benar katamu… saya sedang cumba menanam rasa benci yang mendalam agar kata-kata yang bakal saya pilih nanti akan ‘membunuh’ dia… akan ‘membunuh’ pembaca… akan membuatkan saya menjadi ‘pembunuh’ secara tidak sengaja… benar, saya sedang mencari rasa kebencian itu… saya ingin tuai hasilnya satu hari nanti, insyaAllah… maaf lama tidak berkunjung… awak tau apa yang berlaku pada saya kan?
LikeLike
Syahidah : aish.. mana kau tahu ni. hukhuk. Kau pun kena usaha gak. jangan malas2. test test test
Adi : Aku setuju!
Menulis puisi cinta? oh itu bukan kepakaran aku. Aku pandai tulis yang ada darah-darah, yang warna merah je. hehe.. Yang mengambarkan kecintaan dalam bentuk kebencian. heh~
Aku akan cuba belajar menulis puisi. Setiap hari tanpa jemu
LikeLike
Ilham.hafiz : Oh, hafiz, ciptalah satu puisi yang membolehkan saya terbunuh membacanya. Tapi, kebencian ini dihimpun untuk menulis puisi, bukan betul-betul mahu benci pada dia..
Kan tidak baik kalau kita membenci orang selamanya. Biarlah kita mengalah untuk menang.
🙂
LikeLike
Kau tipu Yana,
kau tulis tentang darah sikit aja,
yang banyaknya cuma emo.
😆
LikeLike
Adi : ces. Sengaja lah tu cemburu dengan aku.
Dasar pendengki. Huh!
Mana yang emo tu.
Sila highlight di sini.
LikeLike
Aku memilih untuk setia
Di Perkuburan cinta ini
😆
puas aku cari,
yang ni puisi kau yang sendiri kan?
Budak emo memang suka menangis atas kubur ni.
Emo+gothic
Hahaha
LikeLike
Adi : amboi serangan balas nampak. Adi lihat betul-betul keseluruhan rangkap puisi ni tau. main ambil sikit-sikit memang boleh timbulkan salah faham.
Aku mana ada menangis atas kubur. Tidak semestinya memilih untuk setia dikuburan maknanya aku ni lemah jiwa+emo dan menangis huh~ dan satu lagi aku tak gothic ok~
Aku memilih untuk setia menunjukkan aku manusia yang paling tabah. Memilih kekuatan. Mengambus janji-janji palsu dalam tanah. Dalam kubur.
Aish~ tak habis-habis mahu kata aku ni emo+gothic.
Tidak ada langsung padanan kalau digandingkan dengan nama aku. Tiada kolerasi. Hehe. Macam mengandingkan nama ADI si mamat bunga. Sungguh! Janggal!
hehe
p/s : Tapi kan, mana tahu dalam sejarah kau pernah jadi mamat bunga.
LikeLike
assalamualaikum w.b.t.
ainunl muaiyanah…
ya, benar. biarlah kita mengalah untuk menang… dan saya harap kemenangan itu nanti dapat dikongsikan bersama. bukan membenci dia, cuma mungkin dengan secuit rasa benci akan membuatkan kita lebih bahagia… entahlah… insyaAllah, saya akan cuba menulis puisi ‘membunuh’ tersebut… masih dalam proses kenal diri… kekuatan ada, cuma belum dizahirkan dengan kata-kata… apalah daya, saya hanya seorang penyair ‘buta’…
LikeLike
ilham.hafiz : Mana ada awak ni penyair buta. Jika nama pun penyair, tidaklah dia buta.
Jangan risau, perjalanan masih panjang. Jika tidak menjadi penyair, menjadi pencinta sastera pun sudah lebih dari baik
LikeLike
salam…
ainunl muaiyanah…
insyaAllah, saya akan terus menjadi pencinta sastera kiranya satu hari nanti saya kehabisan tinta untuk berkarya… hahaha…
LikeLike
Ilham.HAfiz : Itulah semangat yang kita mhu. hehe
LikeLike
Ilhamhafiz : itulah semangat yang kita mahu. Tidak apa tiada idea menulis asalkan sentiasa mencintai bahan bacaan dan dunia sastera
LikeLike
it’s oke. makin semangat melahirkan puisi-puisi baru.
LikeLike
Selamat menulis puisi latifah 🙂
LikeLike