20 thoughts on “Puisi : Tanpa Tajuk II

  1. assalamualaikum w.b.t.

    ainunl muaiyanah…
    awak apa khabar? kiranya ‘mati’ itu menjadi pilihan, saya juga ingin ‘mati’. namun, apa daya, saya perlu hidup. saya perlu melangkah dan teruskan perjuangan. saya tak nak mengalah sekiranya mengalah itu bukan untuk menang. semoga awak sendiri tabah dan teruskan perjuangan menulis tesis awak… saya yakin awak boleh buat yang terbaik… ;p

    Like

  2. hehe. tu je mampu luahkan koboi ? puisi pendek dan er.. terlampau pendek. banyak maksud mati. mati yang mana satu untuk puisi tu ?

    ikat mati ?

    jalan mati ?

    mati (meninggal dunia)

    mati-matian(bersungguh-sungguh)

    cinta mati ( cinta utuh )

    offtopic : awak apa khabar koboi?

    offtopic : Takyah buat tesis tu. Lepak facebook buat kuiz lagik bes. Aku baru menyedarinya. hehe

    Like

  3. Ilhamhafiz : Tapi saya tak mahu memilih untuk mati sebab dalam hidup ini banyak lagi yang kita perlu lalui. Banyak yang kita tidak tahu. walaupun dalam filem gie menukilkan begini ” NAsib terbaik adalah tidak pernah dilahirkan, kedua dilahirkan tetapi mati muda dan yang paling celaka adalah yang berumur panjang”, namun diberi peluang untuk hidup adalah anugerahnya yang paling indah~

    Lelucon : Susah juga mahu menulis puisi yang abstak. ringkas san beri makna.

    Koboi : aaa? Teringat puisi seorang penyair perempuan di Malaysia. puisinya paling ringkas dan ayatnya cuma AH!

    MatJAi : Ikut pembaca mahu tafsirkan bagaimana. mengikut situasi dan keadaan. biarlah situasi sebenar penulis sendiri simpan diam-diam . hehe. Lama ke tak berhubung dengan koboi? Sampaikan bertegur sapa disini. hehe. Tidak apa. Hidup mesti terus. jadi kenalah rajin-rajin menulis tesis

    Syahidah : Ini puisi ke? Komen ke? Ayat ke? Saya kurang mengerti. Sila jelaskan komen diatas dalam karangan satu muka surat~ hehe

    Wahyudi : Wahyudi, kalau saya meneliti, di indonesia lebih gemar sajak-sajak mini seperti Sapardi. Ramai penulis sajak dimalaysia lebih cenderung menulis sajak yang sederhana. tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Sajak ini rangkumi banyak perkara dalam hidup. Lalu dipadatkan menjadi mini begini.

    Like

  4. Ya,SDD memang terkenal dengan sajak2 pendeknya.saya juga suka sebutkan di sini Joko Pinurbo yg menghasilkan banyak puisi mini yg cukup mengesankan.
    Tapi penyair malaysia apa kurangnya,mohd haji salleh misalny,banyak menghasilkan puisi mini yg cukup mengesankan.

    🙂

    Like

  5. salam…

    ainunl muaiyanah…
    sememangnya mati itu tidak menjadi pilihan utama saya kini… kerana banyak lagi yang perlu saya hadapi dan ingin dicapai. semoga kita sentiasa dilindungi olehNya… Allah yubarik fik, ukhti…

    Like

  6. Wahyudi my : Jono Pinurbo? Saya pernah baca puisinya dan baca blognya. puisinya ringkas dan mengesan.
    Ya penyair malaysia juga mempunyai kekuatannya sendiri.

    Pernah dengar puisi pertemuan oleh Talib Alias. Boleh lihatnya di sini

    T Alias Taib – Pertemuan

    Saya juga senang hati membaca puisi-puisi saudara

    Ilham.Hafiz : Semoga awak berjaya mencapai apa yang dirancangkan

    Like

  7. Salam kenal..
    Pertama kali baca puisi2 ini agak abstrak atau memang abstrak?? 😉

    Jika engkau mati
    Tanpa mati pun aku merasa mati
    Tapi aku tak mau mati

    Puisi yang di buat kamu: mengesankan
    karena saya sendiri kadang membuat puisi abstrak yang di ketahui maksudnya oleh penulis itu sendiri dan saya masih banyak belajar ;>

    Like

  8. Inadwiana : Terima kasih. Jadi Inadwiana adalah seorang penulis puisi juga? saya senang sekali kalau dapat membaca nukilan inadwiana. Apakah kamu berasal dari tanah Jawa?

    Kadang-kala kalau saya menulis puisi, saya kedekut sekali mahu berkongsi cerita sebenar tetapi saya mahu meluahkannya. Maka puisi itu akan jadi puisi yang abstrak. yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai sudut pelbagai makna pelbagai cerita.

    Dalam lapangan menulis puisi, kita sebenarnya sentiasa belajar. Belajar bagaimana menyusun perasaan dan membungkusnya dalam bentuk kata

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada ilham.hafiz Batal balasan