Cemerlang bukan penentu segalanya


Apa yang membezakan pelajar terbaik SPM pada tahun ini dengan tahun-tahun yang sudah?

Keputusannya?

Bukankah tahun ini masih berkurangan satu A berbanding dengan pelajar cemerlang tahun sudah?

Lalu apa?

Pelajar cemerlang SPM tahun-tahun sudah biasanya terdiri daripada keluarga yang serba lengkap untuk menyediakan kemudahan tuisyen, buku rujukan yang berlambak., kemudahan internet dan sebagainya.

Malah bila ditanya apakah cita-cita Nik Nur Madihah? Maka jawabnya dia mahu menjadi seorang ahli fizik bukannya menjadi doktor seperti kata pelajar-pelajar cemerlang yang lain. Maka tidaklah semuanya memikir kalau dapat keputusan terbaik dan cemerlang terus mahu mohon ambil bidang perubatan.

Maka Nik Nur Madihah membawa legasi baru pelajar cemerlang yang bukan didokong dengan kelas tambahan atau buku rujukan yang berjela. Bukan melayar igau mahu menjadi doktor sahaja.

Adik-adik,

Keputusan SPM hanya sejarah untuk 3 bulan. Setelah kamu dapat kemasukan ke mana-mana, keputusan SPM itu tinggal di atas kertas. Tidak peduli lagi dan tidak diendah. Yang penting adalah keputusan pengajian kamu selepas itu. Sama ada kamu di matrik, di INTEC dan sebagainya. Kemudian kalau kamu sudah dapat keputusan matrik dan

Lalu adik-adik yang cemerlang, jangan selalu di alam mimpi ya dan kepada adik-adikku jika kamu tiba-tiba mendapat keputusan yang tidak terduga. Hidup ini bukanlah hanya SPM sahaja ya. Perjalanan masih panjang, jauh dan kita bukan punya kuasa melihat masa depan.

7 thoughts on “Cemerlang bukan penentu segalanya

  1. ya, perjalanan masih panjang. jangan sesekali fikir bahawa setelah tamat belajar secara formal maka tamatlah segalanya. jangan difikir sijil-sijil yang bergulung-gulung adalah tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.
    hidup ini panjang pada mereka yang mensia-siakan, dan pendek kepada mereka yang menghargainya.
    yang penting: hargai nyawa. ingatlah orang yang tersayang. pakailah tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang.

    Like

  2. koboi : Betul, saya rasa saya setuju. RAmai yang kecewa kalau tak cemerlang semasa SPM. Ramai yang kata kalau tak cemerlang di univeristi susah dapat kerja. perlu lengkap itu ini dan sebagainya

    benarkah?

    =)

    Skomitmen : Jadi awak sedang letak sijil tu bawah katillah? Sekarang awak sedang tonton dunia ya?

    OooOo

    baru saya faham =)

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s