Sepucuk Surat Ungu I


Suatu hari,aku mengutuskan surat berwarna ungu dan sampulnya juga dari rona ungu lembut. Aku tulis serangkap pantun dengan segala perasaan tertahan. Dadaku membuncah dan perasaan aku terbancuh bersamanya.

Kalau bulan turun melabuh

Mengapa kapal dilambung ombak?

Kalau hujan merenyai jatuh

Mengapa tanah basahnya tidak?

 

Aku tatap surat tersebut dan aku lipat perlahan bagaikan menunggu masa menahan aku daripada mengutusnya. Semasa tukang pos mengambilnya dariku, ada perasaan yang hilang di situ. Aku kejar tukang pos dengan harap aku punya peluang untuk menahannya dari menghantar surat ungu itu. Namun hampa mendakap aku.

Saat itu aku tahu, takdir telah melukisnya untuk aku.

 

 


 

9 thoughts on “Sepucuk Surat Ungu I”

  1. Zulkifli : benarlah seperti yang dikata. KAlau dalam puisi penyair malaysia ramai yang kata ungu ini membawa warna yang luka, yang duka. Saya ingin melukiskan satu makna untuk warna ungu, warna cinta

    Adi : Mungkin bila menyedari ada perasaan yang hilang ketika surat itu dibawa dan berusaha mengejarkan untuk melihat apakah perasaan yang hilang itu, apakah rasa yang tertinggal.

    Atau mungkin ‘aku’ tidak mahu surat itu dikirimkan kerana takut kemungkinan akan datang?

    siapa tahu kan?

    Adi, ‘aku’ dalam cerita ini tidak semestinya adalah aku. Boleh jadi orang lain. Ini adalah cerita pendek. Cerita suka-suka

    Like

    1. Amerzaman : Ya.. kadang-kala kita hanya mahu bertanya. Untuk mengetahui jawapan. Bukanlah mahu apa-apa pun. Tetapi ada sahaja yang salah anggap.

      Jadi luahan rasa sering kali membunuh perhubungan. saya setuju

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s