Suatu hari,aku mengutuskan surat berwarna ungu dan sampulnya juga dari rona ungu lembut. Aku tulis serangkap pantun dengan segala perasaan tertahan. Dadaku membuncah dan perasaan aku terbancuh bersamanya.
Kalau bulan turun melabuh
Mengapa kapal dilambung ombak?
Kalau hujan merenyai jatuh
Mengapa tanah basahnya tidak?
Aku tatap surat tersebut dan aku lipat perlahan bagaikan menunggu masa menahan aku daripada mengutusnya. Semasa tukang pos mengambilnya dariku, ada perasaan yang hilang di situ. Aku kejar tukang pos dengan harap aku punya peluang untuk menahannya dari menghantar surat ungu itu. Namun hampa mendakap aku.
Saat itu aku tahu, takdir telah melukisnya untuk aku.
dalamnya lautan isi surat ungu…
tak terjangkau akal normal.. 🙂
LikeLike
Sebaliktabir : isi surat ungu hanya serangkap pantun. Hanya serangkap sahaja 🙂
LikeLike
salam …
“ungu” – itu warna “kedukaan” … apakah tanggapan aku ini salah (?) …
LikeLike
Kenapa kau kejar balik surat tu?
Apa yang buat kau nak ambil balik surat tu ?
LikeLike
Zulkifli : benarlah seperti yang dikata. KAlau dalam puisi penyair malaysia ramai yang kata ungu ini membawa warna yang luka, yang duka. Saya ingin melukiskan satu makna untuk warna ungu, warna cinta
Adi : Mungkin bila menyedari ada perasaan yang hilang ketika surat itu dibawa dan berusaha mengejarkan untuk melihat apakah perasaan yang hilang itu, apakah rasa yang tertinggal.
Atau mungkin ‘aku’ tidak mahu surat itu dikirimkan kerana takut kemungkinan akan datang?
siapa tahu kan?
Adi, ‘aku’ dalam cerita ini tidak semestinya adalah aku. Boleh jadi orang lain. Ini adalah cerita pendek. Cerita suka-suka
LikeLike
aku tau kenapa kau kejar tukang pos tu:
-mesti sebab kau lupa taruk setem yang juga perlu bewarna ungu.
kan??
LikeLike
Koboi : Aiseh. Syyy.. diam-diam sudahlah. hahaha
LikeLike
romantis…
kadangkala luahan rasa membunuh hubungan…
kan?
LikeLike
Amerzaman : Ya.. kadang-kala kita hanya mahu bertanya. Untuk mengetahui jawapan. Bukanlah mahu apa-apa pun. Tetapi ada sahaja yang salah anggap.
Jadi luahan rasa sering kali membunuh perhubungan. saya setuju
LikeLike