Menyemarak api yang telah padam


Semasa aku di sekolah menengah, 4 majalah ini merupakan bacaan wajib aku iaitu Minda, Dewan Masyakarakat, Fokus dan Dewan Siswa. Ketika itu, semua cerpen dalam dewan siswa siswa aku akan baca dan mudah ingat pada nama penulisnya. Sehingga kini aku sedar, betapa kuatnya pengaruh cerpen-cerpen yang di siarkan dalam dewan siswa dalam ingatan aku. Kadang-kala apabila aku layar ke blog-blog yang ada, aku seakan dejavu membaca nama penulisnya. Seakan-akan nama mereka pernah membesar bersama usia dunia sastera aku dan nama mereka pernah aku jumpa di antara helai cerpen yang pernah tersiar. Ketika itu aku sudah obsesi dengan Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat (yang sudah tiada lagi) dan nama-nama seperti Salina Ibrahim, Faisal Tehrani, Wira Budiman (sekadar menyebut beberapa nama) sudah biasa dalam ruang ingatan sastera aku. Malah aku cemburu melihat nama-nama ini terpilih untuk Minggu Penulis Remaja (MPR). Ketika itu MPR bagaikan trofi untuk pencinta sastera remaja seperti aku

Kini , aku lihat jarang ada cerpen-cerpen remaja di dewan siswa atau tunas cipta yang berjaya memahat dalam ingatan aku kerana kesegaran cerita dan keunikan olahan bahasanya. Tiada yang boleh membuatkan aku tertanya-tanya siapa penulisnya seperti puisi Sekeping Kad ataupun cerpen Bisik Pada Angin dan mengujakan aku untuk terus-menerus mengulang baca seperti cerpen Cikgu Tomok.

Lalu aku rasa aku perlu lakukan sesuatu. Sekurangnya untuk membina tugu memori ingatan pada kumpulan cerpen dan puisi dari khalayak sastera ini. Menulis komentar barangkali?

Lalu aku mencadangkan kepada Nissa’ Yusof, (penyair remaja yang sedang meningkat naik) teman MPR06 untuk menghidupkan blog MPR06 yang seperti hidup segan mati malu-malu. Blog MPR06 dilihat merupakan pencetus kepada penubuhan blog MPR. Namun setelah tertubuhnya blog MPR, blog kami seolah-olah jadi rumah hantu. Tidak berpenghuni. Ialah sudah ada gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Jadi, kami tetapkan begini, kami akan menulis komentar mengenai karya-karya mantan MPR06 yang pernah tersiar. Sebagai permulaan, aku sudah menulis komentar mengenai cerpen NIssa’ Yusof,. Tetapi kenalah beringat, aku bukan sarjana lingualistik mahupun pakar bahasa tetapi aku sekadar mahu menulis mengenai pendapat peribadi dan apa yang aku rasa dan aku faham. Aku menulis sebagai pencinta sastera dan si fakir bahasa yang masih belajar.

Kepada kawan-kawan MPR06 yang mahu karyanya digula-garamkan, marilah menghantar karya yang mahu dikomentar kepada aku. Mari kita menyemarakkan api yang telah padam. Biarkan terbakar! Hehe.

 

 

Notakakitangan : Terima kasih Nissa kerana memberi komentar untuk puisi BAju Kurung Merah Darah. Nanti saya belanja awak choki-choki ya. hehe

Advertisements

17 thoughts on “Menyemarak api yang telah padam”

  1. salam,
    semasa di sekolah dulu, tidak banayk membaca pencetakan dbp. Faktor harga dan susah hendak dapat…

    tapi hidup tetap adil

    alhamdulilah..bulan 5 ini, saya akan bertugas di bahagian majalah di sana
    untuk sementara…

    Like

    1. Anuar Manshor : Iya. sedang menulis dan berusaha untuk menulis. En anuar bolehlah suggest nama saya ya. hehe

      Amerzaman : Dulu saya sekolah asrama. Memang keluar tiap hujung bulan ke bandar yang perjalanannya makan sejam hanya nak dapatkan majalah itu semua.

      Bertugas di bahagian majalah? bahagian apa?

      Like

  2. salam Ainunl,

    lama saya tak singgah sini.

    hmm… dulu masa saya sekolah, tak terfikir pun nak baca majalah-majalah yg ilmiah, apatah lagi buku (kecuali buku teks dan buku nota untuk peperiksaan). Saya tidak cukup bertuah (mungkin belum rezeki waktu itu) utk terbuka minda mendalami hal di luar kelas. Jadi tidaklah matang dari aspek ilmiah. Tapi alhamdulillah bila usia nak meningkat ni, dan ditakdirkan pula terlibat dlm bidang pendidikan/penyelidikan, baru sedar peri pentingnya pembacaan dan mengkaji bidang ilmu secara bebas (independent), jgn tunggu di’suap’ saja. Kena ada rasa ingin belajar dan terus belajar. Ilmu ni kena kejar, kalau tidak kita yang tertinggal (mcm bas merah Selangor Omnibus dulu2 hehehe).

    1 lagi, bagus sebenarnya ada sesi ‘mengkritik’ ni. Kalau tidak kita mungkin syok sendiri apa yg kita buat seolah betul belaka. Ia juga boleh meningkatkan kualiti.

    Sebagai pengkritik pula, kenalah ada niat mengkritik untuk membantu, dan jgn syok mengkritik dan menghentam saja, tanpa mempedulikan rasional di sebalik kritikan kita.

    apapun teruslah berkarya.
    jgn lupa kongsi la ilmu-ilmu tu pd yg lebih muda/baru.

    ‘belajar untuk mengajar, dan dengan mengajar kita belajar’ 😉

    Like

    1. Lelucon : Lama juga tak menyinggah di sini ya. mesti sibuk dengan kerja. Dahulu suka membaca dan tahu perkara baru. Duduk di boarding school tanpa tv buat saya kena cari alternatif lain nak tambah ilmu. Lagipun masa tu saya suka bidang karang-mengarang. jadi kalau tak banyak baca tak tahu apa yang mahu dikarang.

      Sesi kritik mengkritik ini nak semarakkan bidang sastera. Kalau senyap sahaja kita tak tahu kita buat ni betul atau tak. kalau ada sesi kritik mengkritik bolehlah kawan-kawan jadi semangat dan berhati-hati bila berkarya.

      Teruskan menyokong kami ya

      Like

    1. Adi : Dahulu pun aku baca komik juga. Alam perwira, dewata raya dan pedang setiawan
      Aku dari alam komik juga. Aku komen bukan sebab pandai komen dan pandai menilai cuma mahu menyemarakkan bidan ini sahaja =)

      Like

    1. KAk Fazleena : Kak fadz, saya pi pesta buku hari jumaat. sebab hari sabtu ada kenduri untuk anak sedara. Kak fadz ada di pesta buku hari jumaat tak? pleaseeeee..
      mahu CD itu. Mahu. Mahu…

      Like

  3. zaman kanak-kanak aku di penuhi dgn majalah kanak-kanak seperti bujal, adik, dewan pelajar dan bambino. mungkin dah tak ada sekarang ni.
    zaman awal remaja dan keatas aku lebih dipengaruhi dengan komik aksi kung fu dan superhero dari hong kong, jepun dan US. (1 planet dgn adi mungkin)
    dan di usia sekarang, hanya akhbar tempatan yg tertentu je menjadi pilihan harian aku.
    jarang-jarang berpeluang menikmati hasil sastera berkualiti.
    oleh sebab itu, aku hanya tunggu hasil tulisan dari pihak kamu ajelah untuk membantu aku mengetahui perkembangan sastera sekarang ni. hehehe
    semarakkan lah api yang nak padam tu. jangan sampai terbakar sudah. nanti tak pasal-pasal kena call bomba.

    Like

    1. Koboi : InsyaAllah. Ingatkan mahu menulis karya yang baik dan dinikmati dengan oleh kamu. Sebenarnya khalayak sastera ini perlukan pencinta sastera. Pencinta sastera bukanlah yang pandai menulis juga tetapi cukuplah mereka menyintai sastera dan sentiasa membaca karya2 kami. begitulah. jadi orang-orang macam kamu ini penting tau..

      Like

    1. ilhamhafiz : Kalau wujud khalayak pengkritik maka penulis jadi sedikt berjaga-jaga. Menulis berhati-hati untuk menghasilkan karya yang bermutu. Moga-moga kalau mengkritik ini bukanlah meruntuhkan semangat sebaliknya membuatkan penulis sentiasa mahu menulis dengan lebih baik lagi

      p/s : saya suka guna perkataan komen dari kritik. Kritik itu berkonotasi negatif

      Like

  4. Perjalanan Maut

    Ting! Tong!
    Kedengaran satu suara
    Tren akan tiba sebentar lagi
    Peluh dingin mula keluar

    Suara bergema lagi
    Sudahkah anda sedia?
    Cukupkah bekalan yang ada?
    Lutut mula goyah
    Baju mula basah
    Fikiran gundah
    Mengingat dosa yang tak sudah

    Aku bukan di tepi
    Aku di tengah-tengah!
    Menanti saat dan waktu
    Tren melanggar dan memusnah

    Oh Tuhan!
    Ampunilah aku
    Aku taubat kepadaMu
    Sayang seribu kali sayang
    Tren tak pernah melewati waktu
    yus_anakmelayu (14 April 2009-9.28pm-Stesen KTM UKM)

    Like

    1. Yus : selamat datang. Puisi yang menarik. Tentang perjalanan hidup, tren digambarkan sebagai kematian. kalau ditafsirkan secara visual, awak seakan mengambil gambaran satu komik jepun ini yang memberi gambaran roh dibawa oleh tren. benarkah?

      Like

  5. koboi,
    sebenarnya aku memang mulanya nak tulis pasal komik Bujal dan Bambino tu. Tapi aku ingatkan tak ada orang yang tahu.

    Ainunl,
    Aku setuju kau kata khalayak sastera ini perlukan pencinta sastera.

    Like

    1. Adi : Ala apa salahnya menulis pasal komik bujal. Kalau orang tidak tahu dia akan tahu lepas baca. Kita tulis tentang sejarah supaya orang ingat dan mengumpulkan khalayak yang tahu tentang perkara itu. contohnya kau kata di blog aku pasal bujal dan bambino, tiba-tiba saha koboi kata dia tahu. begitulah.

      Benar, buat apa sastera kalau jadi bahan syok sendiri. Karya dibaca penulis-penulis itu juga. Tidak apa kalau seseorang itu buta sastera atau tidak tahu menulis. Cukuplah dia menyokong dunia sastera ini dengan membaca karya-karyanya dan memberi sokongan bila ada program dan buku-buku baru yang dilancarkan.

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s