Ayuh, Kita Bercanda


Jika kamu ketandusan idea untuk memilh tempat berkencan dan bercanda bersama teman tersayang atau orang yang tersayang

Atau kamu sudah bosan kelintar ke semua pusat membeli belah sehingga tidak tahu pojok mana lagi mahu kamu melepak.

Atau teman kamu sudah merungut tiada lagi tayangan cerita yang menarik minat di panggung selepas tayangan Talentime berakhir.

Aduh, kamu sudah runsing mahu memenuhi minat teman kamu (kamu meminatinya) yang pelik dan aneh. Walhal kamu ingin mendampinginya secara serius.

Atau kamu tidak tahu apa lagi yang boleh menarik perhatian si dia yang gemar duduk sahaja di rumah ketika hujung minggu.

 

Ayuh, langsaikan semua kesulitan, kerungsingan, kebosanan kamu, si dia tersayang dan teman-teman ke PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR di PWTC. Lihatlah bagaimana rakyat Malaysia menjadi gila ingin memiliki buku seperti di musim jualan runtuh di Sogo. Hiruplah bau buku yang memabukkan dan biarkan aksara-aksara berwarna warni ini menjungkarbalikkan diri kamu.

Siapa kata rakyat Malaysia ini culas membaca. Kalau berjalan ke pesta buku, kamu akan jadi sesak nafas kerana ramai orang yang gila membeli belah terutamanya dihujung minggu di hari gaji. Kamu jangan rasa nak pengsan kalau lihat ada ibu-bapa yang senang sekali mengeluarkan ribuan duit secara tunai untuk membeli buku-buku di sana.

Oh ya temui aku di pesta buku pada Jumaat, 17 April. Aku akan hadir diwaktu pagi ketika pintu PWTC baru sahaja dibuka. Jangan segan-segan mahu menegur aku, kalau lihat aku bersendirian dan kelihatan galak melihat pelbagai jenis buku.Mungkin aku akan berlama-lama di gerai buku Indonesia yang menawarkan pelbagai buku yang menarik. Tahun ini aku hadir sebagai pembeli, aku harap tahun depan aku hadir sebagai penulis dan ada buku pula. Doakan ya =)

Kawan,

Ayuh kita bercanda

13 thoughts on “Ayuh, Kita Bercanda

  1. Salam alaikum wbt

    Tuan dan Puan dijemput ke gerai buku PTS, ruang legar bawah bersebelahan Canon, di PWTC

    Enam buah buku terbaru tulisan seorang penulis tempatan untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di gerai PTS Publication and Distributor.

    Zamri Mohamad akan berada di gerai buku PTS untuk menemui saudara dan saudari di sana di ruang legar bawah di gerai PTS Publication & Distributor.

    Senarai buku pilihan ramai. Dapatkan tandatangan penulis di gerai buku PTS Publication and Distributor.

    01. Internet Marketing untuk Bisnes Kecil
    02. Bagaikan Khadijah di Hati Rasullullah
    03. Tip Menjadi Penulis Bestseller
    04. Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart
    05. Mengurus Konflik Gaya Streetsmart
    06. Rahsia Bisnes Mamak
    07. Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas
    08. Magnet Cinta
    09. Memahami Bahasa Cinta Lelaki
    10. 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
    11. Geng Genius: Misteri Luqman

    Bagi melihat kulit buku layari http://www.zamrimohamad.com/buku.htm

    Like

  2. aduh,tak mampu pergi.banyak benda yang menghimpit saat ini.
    sedih juga sebab tak pernah pergi lagi…
    insyaAllah umur panjang, tahun2 akan datang pasti akan jejakkan kaki.

    p/s: lepas membeli buku, rekemen kan lah buku2 yg bagus yah?boleh lah dicari nanti. 😉

    Like

Tinggalkan komen