Belajar bersyukur


Kawan,

Jika kamu fikir dugaan yang menimpa kamu itu maha hebat , maha berat sehingga tidak mampu kamu menanggungnya, percayalah ada yang lebih teruk diberi dugaan dalam hidupnya.

Ya, kita juga harus percaya tidaklah kita diduga melainkan kita boleh menempuhnya.

Bagaimanapun kamu menuduh dunia kejam dengan kamu dan kamu merintih-rintih dan berlara begini? Walhal ada yang diduga lebih berat dari penanggungan kamu dan masih boleh tersenyum dan mengucapkan syukur.

Kalau kamu kata kamu diberi pilihan yang tidak wajar. Pilihan yang kamu tidak mahu dan kamu merasakan pilihan yang lagi satu itu lebih baik, percayalah itu hanya hasutan nafsu dan segalanya dusta belaka. Bagaimana kamu boleh menentukan mana lebih bahagia untuk kamu sedangkan melihat masa depan pun kamu tidak tahu. Anehnya kamu. Sering ingin mengapai bulan dan menginjak rumput dibumi. Cuba sesekali kamu berbaring dan merasa lembutnya rumput-rumput mengapung badan kamu melihat bulan yang angkuh dan tidak peduli itu.

Kawan,

Belajarlah mengucapkan syukur. Kerana dalam syukur itu ada kegembiraan dan kebahagiaan yang kamu tidak tahu bentuknya.


Notakakitangan : Yana, bila kali terakhir kamu mengucapkan syukur?

34 thoughts on “Belajar bersyukur

  1. salam…sama-sama kaseh…saya hanna akmal, kawan napisah…maaf membaca blog anda tanpa izin..,sume saya tertarik dengan hasil2 tulisan saudari…huhu

    Like

    1. Hanna Akmal : Oh, Napisah ada cakap pasal awak. Tidak apa baca blog saya, tak payah kebenaran pun tak apa cuma saya suka berkenalan dengan pembaca blog saya. Saya gembira awak suka membaca tulisan saya =)

      Like

  2. salam ainunl…wah lamanya tak komen sini..how r u? bila habis exam ke baru nak start.hehhhee…btw, fuzah suka entry ni…its motivate me..thank you!

    Like

    1. Matjai : tidak payah pun tak apa. tapi kan melayu terkenal dengan sopan santun dan adat budayanya. ala.. negara kita demokrasi dan masing-masing ada hak individu nak baca blog orang lain. kalau semua kena minta izin, alamat jadikan private sajalah

      Like

  3. ya, kadang2 kita payah betul nak bersyukur…
    dugaan berat yang satu itu juga yang dikeluh kesah…
    sedangkan nikmat dan rahmat yang tak terkira banyaknya Tuhan anugerahkan itu tidak pula kita endah…

    betul kata awk…bersyukur saja. itu yg terbaik. bila kita redha dgn takdir (dan percaya segala2nya ada hikmah), semuanya akan jadi mudah. InsyaAllah.

    Like

    1. Sue : sebab manusia ini mudah lupa. Sebab itu Allah beri duga pada kita, untuk Dia tahu apakah kita bersyukur dengan nikmat-nikmatnya.

      Lalu entri ini mengingatkan diri saya supaya belajar bersyukur kalau diduga dengan Allah. =)

      Like

  4. Perkara mudah yang sering dilupakan…SYUKUR….
    bila terlalu gembira sekadar berkongsi dengan teman2 dan keluarga,
    berterima kasih pada manusia, namun sering terlupa berterima kasih pada
    yang Maha Pemberi,bila terlalu berduka,dengan mudah menyalahkan DIA…

    “Bersyukurlah kamu nescaya aku akan tambahkan lagi,dan jangan kamu kufur sesungguhnya azab Allah itu amat pedih/berat”

    Like

  5. hmm.syukurnya manusia bile doa kita dimakbulkan Tuhan. barulah, dalam hati terdetik nak mensyukuri nikmatnya. jika tak, mnusia tetap lupa dan buat apa mereka suka. saya, anda dan kita semua begitu,kan?

    =)

    Like

  6. re: sebenarnya itu metafora yg menggambarkan betapa kita berusaha, tapi kadang2 hasilnya tidak seperti yg diingini. Ada kesinambungan dengan entri kamu. Ya, syukuri saja apa yg ada. Mungkin itu yg terbaik 🙂

    Like

  7. hahaha. kadang-kadang sopan santun itu agak menjengkelkan. hehe betul pada waktu ke pkataan menjengkelkan tu ?

    koi sopan santun adi kecuali di blog. hehe

    Like

  8. Kenapa semua orang kampung aku dah jadi bersopan santun ni ?
    Menjengkelkan betul.

    Rasa nak tolong mak aku cuci pinggan kat dapur supaya aku juga mahu menjadi bersopan santun macam matjai dan koboi.

    Like

    1. Adi : Adi , kau sebenarnya cemburu atau kau sebenarnya dah cuba banyak kali untuk jadi sopan santun tetapi gagal sama sekali. lalu kau mengeluarkan kenyataan diatas dengan menggunakan perkataan menjengkelkan. huh!

      Tengok, nak belajar bersopan santun pun kau kena basuh pinggan. kau dah tahap kronik ni, perlu makan pil ni agaknya. pil besopan santun. haha

      Like

  9. tersenyumlah untuk kehidupan..
    dan terimalah apa yang dipilihkan Allah untuk kita dengan senang hati..

    Aku kini sedang belajar dan masih harus belajar, belajar tersenyum terhadap apa yang sudah aku dapat. belajar untuk bersabar ada keterkaitannya dengan bersyukur bukan? karena aku percaya dan Allah menjanjikan ” kemuliaan hanya diberikan kepada mereka yang sabar”

    Like

Tinggalkan komen