Aku mahu berpacaran


Masa borak-borak dengan kawan dari dunia zarathustha, tiba-tiba keluar idea bernas ini.

Aku rasa aku mahu berpacaran!

atau dalam bahasa moden nan serba ringkas

Aku mahu ada boyfriend

Aku pula merencana jejaka yang bakal jadi lelaki idaman malaya aku ini


1) Pandai main organ bunyi-bunyian seperti gitar, piano, violin, seruling

2) Mempunyai suara yang lemak merdu disukai ramai

3) Berpersonaliti menarik

.

Ala-ala program mentor atau gadis melayu pula kan? Ini rencana menjadi teruna idaman malaya aku. Lalu siapa di luar sana mempunyai ciri-ciri di atas, kalau tidak 3 ciri yang no 1 itu jadilah. Ada?

 

 

 

 

Ada tak?

 

 

 

 

 

 

 

Haha. Aku mengarut sahaja.

 

Sebenarnya aku terasa mahu orang menukar puisi-puisi aku menjadi lagu-laguan. Aku ingin dengar bagaimana roh yang aku hembus semasa menulis puisi itu diinterpretasikan menjadi nyanyian, menjadi lagu puisi. Bagaimana ya?

Lalu aku perlukan khidmat orang yang baik hati dan tahu bermain alat muzik untuk menyitir nota-nota muzik di atas puisi-puisi aku. Lalu siapa yang baik budi mahu menawarkan khidmatnya?

Tidak semestinya lelaki ya, perempuan pun boleh sahaja kerana aku bukan mahu mencari kekasih sebaliknya aku sekadar mahu mencari seorang kawan nan baik hati =). Lalu ada sesiapa yang diluar sana tidak kira berjantina apa yang mahu merealisasikan mimpi tuan tanah birungu ini?

 

Jika ada, bolehlah hubunginya saya di alamat email ainunl.muaiyanah[at]gmail[dot]com

 

 

😉

 

 

 

p/s : Sebagai ganjaran, saya akan dedahkan proses kreatif, rahsia dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sehinggalah puisi-puisi itu boleh terhasil. hihi

17 thoughts on “Aku mahu berpacaran”

  1. aku kira, kamu memang benar mhu cari pacar..
    rasa mahu turut serta..(kelakar..)
    tapi untuk yang idea barunya…
    agak sukar aku kira..
    tapi moga kamu berhasil mencari apa yang kamu hajati..
    usaha lagi..
    coba cari.
    pasti kamu temui.
    amin.

    Like

    1. ezaaryhana : sedang cuba dengan penuh harap dan doa lah ini. Moga-moga ada yang tersesat membaca entri saya dan kemudian menawarkan khidmatnya. wah~

      p/s : tidaklah mahu berpacaran, sendiri pun masih baik-baik sahaja

      Like

  2. huih! idea bernas tu ainun! aku banyak lagu ni ainun tapi tak ada lirik. haha. tapi kalau nak lagu laju! adi memang pilihan tepat! haha.

    “Orangnya sederhana tidak berlebihan
    Tapi cergas serta pintar”

    koi rasa aok mer dah lebih hebat pada me first gimme2.

    Like

    1. MohdJai : Jai, betul ke kamu mahu buatkan lagu untuk puisi aku? yay! okey, aku setuju. Nanti ita roger-roger.

      Aku rasa adi bukan pilihan tepat buat lagu untuk puisi aku. Mungkin ada satu dua yang sesuai. Nanti aku fikirkan. hehe.

      Terima kasih tau~

      Like

  3. puisi2 yang ditukar jadi lagu memang best utk didengar.
    macam lagu “tetamu senja” dan “permata untuk isteri” dari kopratasa.
    unik dan ada jiwa.

    semoga berjaya mencari pemuzik utk puisi2 kamu yah?
    nanti kalau dah ada, jgn lupa tukar format pada mp3.
    boleh saya donlod free!hihi!

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s