Catatan Yang Terlewatkan – [PPMN 2009, Ayer Keroh, Melaka]


Aku sudah lama pulang dari Melaka membawa banyak cerita, banyak gosip-gosip serta anekdot-anekdot. Namun disebabkan terikat dengan tanggungjawab menjadi moderator dan wartawan tidak berbayar untuk blog MPR, maka aku tinggalkan dahulu segala catatan disini dan menumpahkan sepenuh perhatian untuk menyiapkan lintasan separa lansung dari Melaka khas untuk blog Minggu Penulis Remaja.

Aku terasa letih juga untuk menulis setiap ulasan bagi setiap sesi yang berlangsung. Bayangkan banyak kertas kerja yang terpaksa aku ulang-baca, tekuni, fahami dan menaip ulasan dan ringkasan sepadat mungkin. Paling-paling nipis kertas kerja tersebut dalam 5 muka surat. Itupun yang paling nipis dan paling ringkas, bayangkan yang kalau yang berjela dengan isi dan bahasa ditahap bahasa melayu ilmiah dan tinggi? Lantaran kerana terlalu menelaah kertas kerja adakalanya aku boleh berhujah dan mengeluarkan kata-kata dalam kertas kerja apabila aku dan rakan-rakan yang berdiskusi di meja Melaka waktu itu.

Nasib baik aku sekadar dikehendaki menaip ulasan sahaja. Soal format atau upload gambar-gambar diserahkan kepada moderator lain. Oh ya, secara tidak langsung aku telah dinaik-taraf menjadi moderator blog MPR. Walhal selama ini aku sering sahaja bersembunyi dan tidak pernah menaikkan nama disana serta sekadar menjadi pemerhati bebas sahaja.

Ada kertas kerja yang mahal harganya iaitu kerja kerja Ustaz Azman. Biarpun aku boleh kategorikan ringkas tetapi sangat memberikan makna kepada penulis-penulis baru terutamanya aku. Malangnya aku kehilangan kertas kerja tersebut. Kasihan sungguh. Ini yang kena mengernyit mata dengan Ustaz Azman. Mana tahu boleh dapat salinannya kan?😉

Ada juga kertas kerja yang berat pemikirannya. Sebagai pengulas, aku harus pula membacanya berulang-kali untuk memahami makna yang mahu disampaikan ataupun perkara yang ingin diperkatakan. Ada juga kertas kerja yang memilih untuk menerangkan sesuatu isi dalam bahasa yang kompleks dan ayat yang berjela walhal boleh sahaja diterangkan dalam bahasa yang ringkas. Nah, inilah peri pentingnya kebolehan menyaring ilmu. Kan kawan-kawan~

Secara keseluruhannya, Perhimpunan Penulis Muda Nasional menyimpulkan kenangan-kenangan yang masam-masam-manis. Hehe. Sebenarnya semua kenangan di sana adalah muluk-muluk belaka. (Senyum)

 

Anekdot :

Aku telah dipaksa-rela dan menjadi bidan terjun untuk mengacara majlis bagi sesi 1 dan sesi 2. Sempat juga buat lawak semasa perut semua orang sedang berdondang sayang. Aduh~ Aku jadi malu sendiri. Bagaimana aku boleh terlupa tatacara mengacara majlis?

8 thoughts on “Catatan Yang Terlewatkan – [PPMN 2009, Ayer Keroh, Melaka]”

      1. aduh, aku penghuni setia USM..belum kerja lagi..cadang nak kahwin je..cuma belum ada yang berani bertandang bertemu ayah dan bonda..haha

        weh…kau dah habis ke?

        Like

        1. Syahidah : Haha. InsyaAllah tak ada aral akan grad. bukan kau pun sama ke?
          Ala, kalau lelaki itu baik, minta sahaja dia menyunting kamu di hadapan mak ayah. cepat-cepat.
          Aku sokong kamu

          Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s