Terbang Ke Dada Langit sambil berpimpin tangan dengan Dewangga Sakti


Semalam aku terbang ke dada langit selepas puas berlayar ke pulau yang jauh bersama Dewangga Sakti. Cemburu? Aduhai, aku sekadar duduk bersimpuh di Rumah Pena sambil meronggeng bersama Pak Abdul sahaja. Tidak lebih tidak kurang pun. J. Aku berlibur dengan lagu-lagu dari satu zaman ke satu zaman. Dari tahun 70an ke zaman ini. Sekejap aku terbang ke Jepun dan keluar negara sekejap. Sangat santai dan segalanya adalah percuma sahaja. Tidak percaya? Kecewa? Kamu tanya aku pergi kemana dan dimana aku mendapatkannya? Hanya di Rumah Pena dan bersama Dewangga Sakti pada malam tadi pada acara Maskara Showcase.

Si pembaca mantera

Awalnya majlis dimulakan dengan bacaan mantera sehijau lelalang dari Attokz Dikulgai. Dari bait manteranya aku syak dia membaca mantera dari bahasa Jawa halus kerana hanya beberapa perkataan dari bahasa Jawa yang aku faham. Atau mungkin dia menggunakan bahasa lain? Itu aku tidak tahu pula. Pada sesi 1, Dewangga Sakti membawakan lagu Kapal Rimyo, kemudian dengan kata-kata alunan yang santai mereka mendendangkan lagu 4 Dara dan lagu dari album mereka Selembar Kasih dan beberapa lagu lagi. Tetapi aku suka benar pada sesi ke 2. Pemilihan lagu-lagunya antara lagu-lagu kegemaran aku dan lagu yang aku paling sukai ialah lagu Tudung Periuk. Ketika itu aku rasa syahdu dan mahu juga menyapu si ayer mata. Dewangga Sakti juga mengalunkan sebuah lagu Jepun dan Sway. Sebelum mereka menutup persembahan mereka menjemput Sinaganga menyanyi bersama mereka malangnya aku tidak tahu lagunya. Kemudian mereka menutup persembahan mereka yang menghiburkan dengan lagu wajib Johor Sport Club.

En Biola yang menyanyikan lagu Tudung periuk

Aku kehabisan duit untuk membeli 3 buku yang tertulis nama Pramoedya Ananta Toer bertajuk Perburuan, Subuh dan Gulat Di Jakarta sehingga terpaksa meminjam dari Kak Hani. Sempat juga bertegur sapa dengan blogger popular Zamry Mohamad. Mula takut juga nak menegur, maklumlah blogger popular dan orang kuat PTS pula. Ketika berbual dengannya, dia sempat merungut “Macam manalah saya nak buat kawan, kalau orang yang pergi ke blog saya tidak tinggalkan jejak?”. Ialah dia itu blogger terkenal, aku ini blogger ikan bilis dilautan. Masakan enggang berjalan seiring dengan pipit. J. Tidak mengapa, nanti aku tinggalkan jejak di semua blognya. Baru dia tahu. Hahahahaha.

Kak hani dan Ode

Terima kasih kepada Ode dan Kak Hani yang membawa aku pergi ke Rumah Pena. Sudahlah dibawa pergi kemudian dengan muka tidak malu terpaksa meminjam duit sebab mahu membeli buku Pramoedya Ananta Toer. Alahai~😉

Oh ya Aku terlupa aku masih berhutang komentar mengenai album Dewangga Sakti – Mabuk Kepayang di blog ini. InsyaAllah aku akan cuba siapkan.

Anekdot: Kata-kata aluan penyanyi Dewangga Sakti sebelum menyanyikan lagu Sway “Disebabkan saya tidak belajar Sains dan MAtematik dalam bahasa Inggeris maka sebutan BI sahaja ada sedikit kureng (suwey) sikit”

16 thoughts on “Terbang Ke Dada Langit sambil berpimpin tangan dengan Dewangga Sakti”

    1. Zul : en zul, memang seronok menonton dan mendengar. kebtulan lagu-lagu yang didendangkan tidak asing di telinga saya. Saya sudah beli mini album tak sabar tunggu album penuhnya

      Like

  1. hehe.
    sama dengan.
    ini pertama kali juga saya melihat persembahan Dewangga Sakti.

    Mati-mati menyangka mereka itu kumpulan Indie.

    Haha.
    Memang terpana dibuatnya.

    Like

    1. Famia : kita ada bertentang mata tak? lain kali bolehlah bertegur sapa kalau berselisih bahu di mana-mana MASKARA.
      Dah beli CDnya? Saya beli secara pos dan memang berbaloi menunggunya

      Like

  2. assalamualaikum w.b.t.

    ainunl muaiyanah…
    seronoknya… rugi sebab saya kat kampung… huhu… alangkah indahnya dapat bersama dengan kalian… dewangga sakti… aduh…

    Like

  3. Salam Sdri,
    bukan syak lagi ~ mantra yang dialunkan malam minggu lalu memang mantra jawa ~ warisan dari Kanjeng Sunan Kalijaga.
    Kalau sdri bersusurgalur dari titik darah Kejawen, pasti sedikit sebanyak akan mengerti tentang apa yang telah dilafazkan.

    ah! boleh saja lihat dan tabrak ke blog buruk di http://attokz.cjb.net utk terjemahannya.
    😛

    Like

    1. Attokz : Jadi benarlah saya ni bersangka dengan tepatnya. saya ini berdarah jawa tulen tetapi telah diemlayukan. Lalu faham sahaja bahasa jawa kalau membalasnya tidak tahu pula. Kurang cekap menyebut.
      InsyaAllah akan berkunjungan di sana

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s