Surat Kepada Dia (Yang telah kuhapuskan namanya)


Aneh. Kamu datang menjalinkan hubungan yang entah mulanya dari mana. Kemudian kamu menyemai benih-benih menjadi pohonan bunga yang indah dan cantik. Jajaran bunga yang kau tanam menjadi mekar dan mewangi dan entah mengapa aku tidak menghalang untuk kamu menceroboh tanah yang bukan sesiapa mudah untuk menjejakkan kakinya. Kemudian perlahan-lahan kau terbangkan wanginya bunga-bunga itu dan kita saling menjalin rasa pada diri dan kepercayaan. Namun percayakah kamu bahawa tiada apa pun yang perkara yang berlaku dalam dunia ini tanpa tahu Nya. Tiada apa-apa pun bisa kita sembunyikan kerana dunia ini sebenarnya hanya bebola yang kecil dan kita berdiri bersama-sama di atasnya.

Sungguh. Kebenaran sudah terbongkar dan terbongkang!


Aku selama ini berani meneguk racun yang akan kau tawari. Begitulah aku sepanjang waktu ini. Lalu kali ini aku akan meneguk racun yang penghabisan dan mengendahkan kau datang untuk menawarkan penawar seperti yang selalu kau lakukan. Biar racun ini mencengkam ulu hati dan menjerut leher aku sehingga mati. Biar aku lebih rela begitu daripada membiarkan perasaan kasihan kamu yang kamu tukarkan menjadi penawar menyusur ruang tekakku dan tubuhku untuk menyingkirkan racun itu. Biar.

Aku dengan rasminya mengutuskan perisytiharan perang yang tiada akhirnya. Perang yang tiada jalan damai. Aku randai kegalauan ini diantara kita. Ini jurang yang apinya menyala dibawah. Meski kau angkat bendera damai sekalipun, meski kau tawarkan seluruh kerajaan hati kau sekalipun, meski kau sanggup meredah jurang ini dengan tubuh kamu tanpa kebal sekalipun tetap tidak akan aku berpaling dan memaafkan kamu. Tidak. Aku tidak akan belajar untuk memaafkan kamu. Aku akan mengendah untuk mengeja perkataan maaf sekalipun diwaktu apa-apa pun. Perkataan maaf tiada wujud dalam perang kita. Tidak sekali. Perang ini tanpa hujung dan berakhirnya mungkin selepas kita tiada ditanah ini lain. Hanya selepas itu.

Lalu kamu mahu bertanya kepada aku mengapa kamu aku musuhi sepenuh jiwaku melebihkan kebencian Qabil kepada Habil yang merampas adiknya sendiri. Lalu kamu mempamerkan wajah minta kasihan itu lagi nescaya aku tanpa agak-agak akan membakar wajah kau dengan api yang kamu ciptakan. Aku akan menyimbahnya dengan darah aku yang kamu tumpahkan. Cukuplah kamu membunuh aku dengan tingkah kamu. Cukuplah dengan mendengar perkhabaran yang angin lalu titipkan. Cukup. Cukup aku berdepan dengan kebenaran. Cukup.

Aku tidak perlukan helaian simpati dan belas kasihan kamu menjadi jalinan kain yang membalut aku bila kelukaan. Aku tidak perlukan rasa simpati. Aku tidak mahukan kasihan. Tidak mahu.

Jangan kau sebut aku dibakar cemburu. Jangan kamu kata perkataan itu . Tidak! Bukan itu. Aku kecewa dengan sikap talam dua muka kamu. Bukankah telah aku katakan jikalau musuh meski pernah minum secawan, makan sepinggan mahupun tidur setilam tetap namanya musuh dan bukan harus dicampuri. Mana ikrar dan perjanjian kita. Mana? Lalu kini kau mahu tanyalah lagi apa punca perang ini bermula? Sungguh. Perasaan dikhianati oleh seseorang yang kita percaya adalah lebih dahsyat daripada perbuatan orang luar . Seperti dibakar api yang diam-diam duduk di dalam sekam. Pijar hangat.


 

Telah aku isytiharkan perang antara kamu dan aku.

Advertisements

8 thoughts on “Surat Kepada Dia (Yang telah kuhapuskan namanya)”

  1. assalamualaikum w.b.t.

    ainunl muaiyanah…
    terima kasih kerana bersama hakir ke IB untuk menonton Mana Setangginya. karya yang hebat kan?

    memang. memang hidup kita akan sentiasa dikhianati. biar. biarlah andai ianya sudah terjadi. terus. teruskan hidup atas namamu, anak pakcik …. Haha. ;p

    hakir mohon diri dulu. banyak lagi yang perlu dilakukan.

    ilham.hafiz
    18-06-2009
    bangsar.

    Like

  2. salam rindu..

    oh ainunl, meleleh air mata aku bace surat ko ni..
    kata2 yang memang menyentuh perasaan..sampaikan aku tertanya, surat ini ditujukan utk aku ke? haha kenapa air mata ini mengalir time bace surat ni??

    Like

    1. Cikgu napisah : selamat pagi cikgu~(suara ala-ala cerita upin ipin)

      Urm. surat ini untuk seseorang tetapi namanya sudah tiada sebab dihapuskan. Tetapi bukan untuk kau napisah. jangan risau. masakan aku boleh menghapuskan nama kau yang sudah terjalin lama?

      Like

    1. Napisah : mana ada, mana ada (buat muka tidak bersalah dan comel)
      Cikgu, tidak baik tuduh-tuduh tau~ haha. bilalah aku nak melepak rumah kau ya. nanti masa kau dah masuk semester aku tidur rumah kau ya.

      Terima kasih untuk sokongan dan doa ya

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s