Seminar Pemikiran SN Arena Wati – Pertembungan Budaya Bugis Makassar – Tanah Melayu


Aku ke Dewan Bahasa menemani Kak Hani menghadiri Seminar Pemikiran SN Arena Wati. Dipaksa rela sebenarnya. Karya pertama yang aku kenal daripada Arena Wati ialah Sakura Mengorak Kelopak semasa berjalan menyusur rak-rak sastera di sekolah menenganh. Namun aku tidak punya kesempatan yang khusus untuk membaca karyanya. Namun Kak Hani yang sudah hampir melengkapkan koleksi penulis Arena Wati yang terkenal dengan novel-novel triloginya itu sangat menyenangi penulis ini yang dikatakannya bagaikan menulis novel yang penuh konspirasi-konspirasi yang sukar diduga.

Walaupun aku kurang dekat dengan karya Arena Wati tetapi semasa membaca makalah dan kertas kerja yang dibentangkan aku dipagut pesona untuk membeli dan seterusnya membaca karya-karyanya.

Namun semasa di seminar itu, aku terlihat satu peristiwa. Lalu aku terfikir, ada beza juga budaya kita Melayu dengan budaya Bugis Makassar. Mungkin bagi kita kalau buat begini tidak apa, mungkin bagi bangsa lain, tidak boleh. Betapa uniknya manusia yang tinggal dalam satu bumi yang bulat dan tanah serta langit yang sama boleh berbeza budaya, tangapan dan pemikiran sebegitu? Aku terfikir nak sambung Sarjana di dalam bidang sosiobudaya pula.

Semasa aku bersalam dengan ibu Halimah isteri kepada allayarham Arena Wati, dia berkata ” Dinginnya tangan” dan semasa makan-makan bersama Kak Rai, Kak Rai memperkenalkan aku dengan Zurinah Hassan. Dapat juga bertegur sapa dengan dia. Selama ini duduk menyorok sahaja sebab malu.

Notakakitangan:

Aku pernah terbaca, orang Bugis meluahkan amarahnya dengan mata pedang. Benarkah?

6 thoughts on “Seminar Pemikiran SN Arena Wati – Pertembungan Budaya Bugis Makassar – Tanah Melayu”

    1. Kak Rai Cun Melecun : Betul-betul saya dipaksa rela. Cuma tak kena heret sahaj adengan kak hani. hehehe.

      Memang siapa yang tidak pergi rugi. Kertas kerjanya mahal sekali. Nasib baik saya dapat tengok drama tu. kasihan kak rai kena pergi bilik termenung pula.

      Like

  1. alamak yana salah tafsir ke? itu ayat merajuk, sedih & kecewa. lain kali tak naklah ajak yana lagi…sob sob sob. yela…aku tahulah siapa aku ini kan. ada orang pergi tengok teater pun buat tak tahu jer…

    Like

    1. Kak Jhanie Salwah : Tau dah ayat merajuk, hiba sedih dan sebagainya. La tahzan kak hani, jangan bersedih. Ada hikmah tu. Ala kak hani, ajak lah yana lagi. ajaklah. yana sedia ikut . kali ini dengan rela hati (mata berkelip-kelip dan bersinar). huhu.
      Kak Hani kan kesayangan kami semua. Mestilah siapa-siapa di hati kami. (sambil nyanyi lagu wajah kesayangan hamba)Cewah~

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s