Aku perlu berhenti mengkritik!


Aku rasa aku perlu berhenti mengkritik!

Semenjak pulang ke tanah asal ini, semakin banyak aktiviti sastera yang dapat dihadiri. Apabila bertemu dengan kawan-kawan sealiran sudah tentu perlu ada buku terbaru yang dibaca,atau pasti yang ada tanya apa karya baru ataupun bertanya pendapat buku-buku atau karya-karya yang mereka baca dan baru-baru ini diminta memberi komen kepada karya-karya mereka untuk proses penambahbaikan. Aduhai~

Sebelum itu selalu mengingatkan kawan-kawan yang mohon khidmat mengkritik supaya bertelinga kuali dengan kritikan aku yang adakalanya berempah ratus dan pedas-pedas juga. Lantaran kalau aku mengkritik berlandaskan pembacaan aku sebagai pembaca dan apa seorang pembaca mahukan apabila membaca karya bukanlah seorang yang serba lengkap dengan segala teori sastera. Walhal aku masih lagi rabun-rabun dengan teori puitika melayu sekalipun.

Namun semenjak terlibat dengan professional pengkritik ini, aku rasa aku sukar sekali mahu konsisten menulis cerpen. Lantaran sentiasa diselubungi mood mengkritik sampai dengan karya sendiri pun nak cari gaduh dan cari pasal juga. Ada sahaja yang tidak kena dengan karya sendiri. Baik dari susunan ayat mahupun penyusunan plot. Ada sahaja yang tidak kena. Walhal kalau tugas pengarang itu haruslah menulis sahaja bukanlah mengedit karya semasa menulis. Tugas-tugas mengedit ini haruslah dilakukan selepas karya itu siap. Tetapi kalau belum habis satu perenggan pun aku sudah kritik karya sendiri bagaimana mahu hasilkan 7-8 muka surat untuk cerpen. Aduh-aduh, payah sekali.

Jadi kawan-kawan yang baik budi, silalah sokong aku dengan menghentikan gejala penyakit mengkritik karya buat seketika. Dalam sehari dua ke? J lepas itu kita sambung balik ya.

10 thoughts on “Aku perlu berhenti mengkritik!”

  1. kau tak perlu berhenti mengkritik, cuma kau perlu berhenti mengkritik yang bukan pada waktunya. kau juga harus tidak kerap menyalahkan sesuatu yang bukan perlu.

    kritik jangan tak kritik…tapi yang membina la ye..🙂

    Like

    1. sebaliktabir : Sekarang ini sedang mengkritik pada yang patut. Jadi mahu berhenti sekejap. Rehat. Penat tau
      Ya, saya mengkritik untuk membina sesuatu yang lebih baik. bukannya mengutuk yang lebih cenderung berkonotasi negatif

      Like

    1. Indrasakty : betul~ Tetapi semasa menulis kita tidak boleh mengedit sangat kerana nanti jadi mental block. selepas mengarang barulah mengedit.

      Ini teknik sayalah tetapi tidak tahulah orang lain bagaimana..

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s