Hari ini aku datang ke perkuburan berbaju kurung polos kapas berintik bunga ungu kecil-kecil. Ada bunga kemboja sedang menguntum di tanah itu dan ada rebas menitik satu-satu dari dada langit. Ada rumput-rumput yang menjalar dan lumut-lumut hijau yang menumpang kasih di batu nisan dari batu sungai itu.
Tiada apa yang berubah. Tiada. Nisan masih di situ. Pohon kemboja masih mekar mewangi dan hujan merebas juga dan jasad yang mengunjungi tempat itu masih aku. Sendiri.
Aku tidak pernah memaafkan kepergian ini kerana aku tidak dapat memaafkan diri sendiri sekiranya aku membiarkan diriku memaafkannya.
PUING-PUING
Tinggalkan aku dan kedukaan
Aku belajar dari masa lalu
Dibunuh dan dikhianati
Dihambur semahu-mahu hatimu
Asmara sudah dibawa pergi
Tertinggal kenangan luka cuma
Menyusup dalam jiwa aku
Mengalir dalam atma aku
Cinta kita hanyalah puing-puing
Di atas runtuhan kota kasih sayang
Tidak bisa dibina kembali semula
Tanpa setia dan percaya dari hati
Tutupkan mataku dan biarkan
Tangisan tlah membasuh segalanya
Keberanian membalut diriku
Tanpa kamu aku masih berdiri
Tinggalkan aku dan pergilah
Lagu : Mohram
Lirik : Ainunl Muaiyanah Sulaiman
Notakakitangan : Semasa waktu senggang, aku mencuba menulis lirik dari pada lagu PUING-PUING dendangan MOHRAM. Tidak tahulah bagus atau tidak. Sekadar mencuba sahaja.
eh ….nper lagu tu tak ader suara…??he..he..ingatkan nk jugek dengar suara nyayian…..
hu…hu…
LikeLike
Orang Lidi : suara saya tidak sedap. lagipun lirik ini saya tulis untuk suka-suka. Tidak tahu bagus atau tidak. Nanti saya mohon kebenaran daripada mohram untuk menyanyikannya. 🙂
LikeLike
Salam..tersentuh benar dgn alunan melodi lagu ini…
LikeLike
Ckbayu : ya, Muzik mohram boleh bikin hati kita berubah-ubah jadi pelbagai rasa
LikeLike