Majlis Membaling Topi!


3 tahun berperang rasa segalanya tamat dengan hanya 3 saat melenggok langkah di atas pentas. Hanya 3 saat sahaja?

Ish.. ish..

Satu-satunya jambangan bunga yang aku terima dan dipaksa tinggalkannya di tanah duka
Satu-satunya jambangan bunga yang aku terima dan dipaksa tinggalkannya di tanah duka

Baiklah dengan rasminya aku mengumumkan bahawa tuan tanah birungu telah selamat menamatkan pengajian dengan aman, damai, tenteram, sentosa, cemerlang, gemilang dan terbilang (serta seangkatan perkataan yang sinonim dengannya)

Maka aku telah siap sedia melambung-lambung mortar boat serta mengibas lengan jubah yang bertenun benang emas itu. Setelah 3 tahun menahan segala perasaan suka duka riang gembira sedih rawan, sengsara derita akhirnya tanah berdebu dan penuh duka itu aku tinggalkan juga.

Kasut ungu berenda perak. Kelintar satu Sg Wang mencari kasut sahaja
Kasut ungu berenda perak. Kelintar satu Sg Wang mencari kasut sahaja

Sebelum naik ke pentas, pellbagai perasaan bergaul. Berdebar-debar. Kasut tumit tinggi berona ungu setinggi 3 inci itu mujur sahaja tidak membuatkan aku terperosok jatuh. Ya, baju kurung songket pahang bermanik emas itu mujur tidak membuatkan aku dibakar hangat. Segala-galanya menyakinkan πŸ™‚

Baju songket kurung pahang. Berona ungu, warna cinta dan bertenun benang emas
Baju songket kurung pahang. Berona ungu, warna cinta dan bertenun benang emas

Majlis ini juga menyaksikan impian aku yang bertahun-tahun itu terlaksana juga. Asyik berkata mahu mencapai awan biru dan langit malam tetapi tidak pernah berjaya kerana kekangan waktu dan kewangan. Lalu aku ke tanah duka itu dengan bersayap putih dan berterbangan dengan riang rianya.

Tiket kapal terbang bersayap putih
Tiket kapal terbang bersayap putih

Akhir kata,

Kawan-kawan yang seangkatan. Selamat bergraduasi ya


Advertisements

31 thoughts on “Majlis Membaling Topi!”

  1. daripada pengalaman hidup pakcik zaman yang paling manis sepanjang kehidupan adalah ketika belajar. Belajar berperang dengan persaan kerana tujuannya hanya untuk mendapat segulung ijazah. Jika itu lah niatnya percayalah nak kamu akan ke medan perang perasaan yang lebih hebat apabila berkerja sekadar untuk mendapatkan wang. Kehidupan kamu akan musnah dan kemanusianmu akan luntur, akhirnya kamu mengalami penyakit jiwalara. Kerana itulah pakcik karangi Kitab Dukun Asmara dan boleh ditatapi dihalaman blog;
    klik disini >> http://pakcikli00.wordpress.com/ terima kaseh.

    Like

  2. Sue : dah dah.. (dengan muka bahagia) .
    Ini pertama kali mencuba kasut setinggi ini. kasut ini sesuai untuk naik atas pentas dan terus ditanggal dan diganti kasut yang lebih rendah. Kalau tidak… huhu

    Tetapi sangat menyeronokkan menyarung kasut tinggi-tinggi rupanya

    Like

  3. yuhu!..aku komen jap selepas habis kuliah psikologi..tahniah kawan..minta maaf banyak-banyak jika ada salah dan silap. Kau kerja kat mana weh sekarang? yuhu! kerja elok-elok. Nanti belanja aku. Haha entah bila lah boleh jumpa kawan-kawan semua. Aku kovo lambat lagi la weh. Mac 2010 nanti. Insyaallah

    Like

      1. Syidah : eh.. jadi kau punya course 4 tahun ke? atau kau sambung master ni? Haha. AKu kerja mana? aku kerja kat putrajaya sekarang. kerja rencam sahaja tetapi seronok!

        amboi kalau semua orang minta aku belanja kopak la wei..
        aduh aduh… hihi πŸ™‚

        Like

  4. salam pengenalan…ini adalah kali pertama sy singgah ke sini…
    walaupun tlh sebulan berlalu…Taniah diucapkan atas majlis graduasi anda…
    wow ungu..warna rasmi tadika persisir pantai, gong badak…adekah anda menuntut di sana??..boleh saya tahu dlm bidang ape???(pergh bru masuk tmpt org dh byk tye…karang ader kne pelangkung nie…)

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s