3 tahun berperang rasa segalanya tamat dengan hanya 3 saat melenggok langkah di atas pentas. Hanya 3 saat sahaja?
Ish.. ish..
Baiklah dengan rasminya aku mengumumkan bahawa tuan tanah birungu telah selamat menamatkan pengajian dengan aman, damai, tenteram, sentosa, cemerlang, gemilang dan terbilang (serta seangkatan perkataan yang sinonim dengannya)
Maka aku telah siap sedia melambung-lambung mortar boat serta mengibas lengan jubah yang bertenun benang emas itu. Setelah 3 tahun menahan segala perasaan suka duka riang gembira sedih rawan, sengsara derita akhirnya tanah berdebu dan penuh duka itu aku tinggalkan juga.
Sebelum naik ke pentas, pellbagai perasaan bergaul. Berdebar-debar. Kasut tumit tinggi berona ungu setinggi 3 inci itu mujur sahaja tidak membuatkan aku terperosok jatuh. Ya, baju kurung songket pahang bermanik emas itu mujur tidak membuatkan aku dibakar hangat. Segala-galanya menyakinkan 🙂
Majlis ini juga menyaksikan impian aku yang bertahun-tahun itu terlaksana juga. Asyik berkata mahu mencapai awan biru dan langit malam tetapi tidak pernah berjaya kerana kekangan waktu dan kewangan. Lalu aku ke tanah duka itu dengan bersayap putih dan berterbangan dengan riang rianya.
Akhir kata,
Kawan-kawan yang seangkatan. Selamat bergraduasi ya
assalamualaikum w.b.t.
ainunl muaiyanah…
tahniah! semoga kejayaan akan terus mengiringi perjalanan hidup awak.
ilham.hafiz
21-07-2009
bangsar.
LikeLike
Hafiz : Terima kasih.. Moga-moga doa awak diperkenankan.. Amin~
LikeLike
daripada pengalaman hidup pakcik zaman yang paling manis sepanjang kehidupan adalah ketika belajar. Belajar berperang dengan persaan kerana tujuannya hanya untuk mendapat segulung ijazah. Jika itu lah niatnya percayalah nak kamu akan ke medan perang perasaan yang lebih hebat apabila berkerja sekadar untuk mendapatkan wang. Kehidupan kamu akan musnah dan kemanusianmu akan luntur, akhirnya kamu mengalami penyakit jiwalara. Kerana itulah pakcik karangi Kitab Dukun Asmara dan boleh ditatapi dihalaman blog;
klik disini >> http://pakcikli00.wordpress.com/ terima kaseh.
LikeLike
Pakcikli00 : Ada sebab kenapa berperang dengan perasaan. Ada perasaan yang terguris di sana.. terima kasih kerana berkunjungan
LikeLike
wah!!dah konvo yer?
tahniah!! 🙂
p/s: tingginya kasut.gerun saya tgk…hehehe…tp cantik! 😛
LikeLike
Sue : dah dah.. (dengan muka bahagia) .
Ini pertama kali mencuba kasut setinggi ini. kasut ini sesuai untuk naik atas pentas dan terus ditanggal dan diganti kasut yang lebih rendah. Kalau tidak… huhu
Tetapi sangat menyeronokkan menyarung kasut tinggi-tinggi rupanya
LikeLike
YA, seronok. Terutama untuk orang yang katik macam akak. Hahahha….Biar berdiri sama tinggi.
LikeLike
Bayan : aha.. Mahu merasa jadi tinggi-tinggi juga. Nasib baik sama tinggi dengan pemberi skrol.. 🙂
LikeLike
wow…tahniah ye 😀
LikeLike
Zuriaf : Terima kasih.. awak pula baru masuk belajar ya
LikeLike
yuhu!..aku komen jap selepas habis kuliah psikologi..tahniah kawan..minta maaf banyak-banyak jika ada salah dan silap. Kau kerja kat mana weh sekarang? yuhu! kerja elok-elok. Nanti belanja aku. Haha entah bila lah boleh jumpa kawan-kawan semua. Aku kovo lambat lagi la weh. Mac 2010 nanti. Insyaallah
LikeLike
*konvo
LikeLike
Syidah : eh.. jadi kau punya course 4 tahun ke? atau kau sambung master ni? Haha. AKu kerja mana? aku kerja kat putrajaya sekarang. kerja rencam sahaja tetapi seronok!
amboi kalau semua orang minta aku belanja kopak la wei..
aduh aduh… hihi 🙂
LikeLike
Salam birungu,
“tahniah”,
“moga ilmu yang diperoleh itu, menjadikan saudari manusia yang lebih hebat …”
LikeLike
Zulkifli Mohamed : Terima kasih en zul. Memang berharap agar ilmu-ilmu ini dapat membantu saya dan tidak melalaikan saya. Amin~
LikeLike
yea…. tahniah. 3 tahun tak lama mana kan?
LikeLike
Koboi : Tak.. pejam celik bangun duduk akhirnya semua pun tamat begitu sahaja.. 🙂
LikeLike
Tahniah, moga lebih maju ke hadapan. Ini bunga, @};- sekuntum cuma. Tak boleh beri sejambak, mahal.
LikeLike
Indrasakty : Terima kasih.. Tidak apa dapat sekuntum sahaja . yang penting ikhlas yang tidak dapat diukur itu 🙂
LikeLike
Salam.. congrat… 🙂
LikeLike
Mohd Ruzaini : terima kasih kerana berkunjungan dan mengucapkan tahniah. rasanya saya meninggalkan komen pada blog awak tahun lepas ya..
LikeLike
Tahniah, tuan tanah 🙂
LikeLike
Wahyudi : terima kasih pengunjung rumah tuan tanah.. Hihi.. wahyudi. kalau aku pergi shah alam aku bagitau sama kamu ya
LikeLike
Tahniah. Selamat melangkah ke alam kerjaya!!
LikeLike
Aku..dia..kamu : Ingat mahu sambung belajar lagi. apa-apa pun terima kasih ya
LikeLike
cantik kasut…kenapa tidak dimuatkan sekali gambar kamu??
LikeLike
Raden : Gambar saya merupakan perkara yang paling tidak boleh diletak disini. Sekian~
LikeLike
kenapa tidak dimuatkan saja gambar kamu di entri ini?
LikeLike
Raden : Tidak boleh muatkan gambar di sini. nanti ramai yang datang ke blog ini 😛
LikeLike
salam pengenalan…ini adalah kali pertama sy singgah ke sini…
walaupun tlh sebulan berlalu…Taniah diucapkan atas majlis graduasi anda…
wow ungu..warna rasmi tadika persisir pantai, gong badak…adekah anda menuntut di sana??..boleh saya tahu dlm bidang ape???(pergh bru masuk tmpt org dh byk tye…karang ader kne pelangkung nie…)
LikeLike
G_KC : dan en G_K_C ini pula siapa? yang bersembunyi dibalik nama yang tiada siapa pun tahu?
LikeLike