Kepada kawanku yang bernama wanita~


Aku ini wanita yang dilahirkan dengan perasaan yang halus. Bukanlah yang mampu menjahit luka-luka semudah dan sekejap cuma. Mungkin luka di hati aku ini memakan waktu bertahun-tahun atau selamanya aku diberi nafas oleh tuhan.

Lalu bila kau ajukan kepada aku tentang soal hati dan perasaan. Tentang ketegaran yang aku tegakkan. Tentang senyum aku yang manis bergula di dalam pahitnya kopi yang aku hirup. Apakah yang kamu mahu aku katakan?

Sedang dalam hidup ini pilihan bukannya semua diatur ditangan kita.

Betapa sinikalnya hidup kita ada kalanya apa yang kita lakukan dan kita gerakkan bukanlah atas kemahuan kita tetapi atas kesedaran akal budi kita.

Lalu aku dan kau juga adalah wanita. Mengapa kita harus mencipta sengketa yang akan membuahkan senyum pada dia yang tidak punya hati serta perasaan? Yang akan tertawa pada rendahnya tingkah kita?

Bukankah kita wanita, walaupun lahir dari rahim yang berbeza tetapi kromosom yang mengikat kita tetap sama. Naluri kita dekat dan hampir serupa. Bgaimana kamu sanggup bertindak kejam denganku dan bagaimana aku sanggup menyiat hatimu? Tentu tidak bukan?

Hapuskan semuanya. Hapuskan senyum dia yang menjelekkan. Manusia seperti itu bukankah harus diajar bagaimana untuk menghormati wanita seperti kita. Harus diajar bagaimana untuk menghargai hati perempuan seperti kita.

Mari kawanku,raih tanganku dan buangkan segala yang menyesakkan di dadamu. Marilah.

18 thoughts on “Kepada kawanku yang bernama wanita~”

  1. assalamualaikum w.b.t.

    ainunl muaiyanah…
    apa khabar? semoga sihat selalu. kadang-kadang mungkin memang kita lelaki ini sukar untuk mengerti atau memahami apa yang terlintas di benak wanita. saya akui dengan sejujurnya, hingga kini masih banyak yang perlu saya fahami dan pelajari. ya, saya mengaku, saya masih belajar dan saya tidak akan penat untuk belajar. entri awak mengingatkan saya tentang menghargai hati seorang wanita, tambah-tambah hati ibu saya. terima kasih ya. kita lelaki ini kadang-kadang perlu diingatkan juga, walaupun dari seorang wanita. ya, kita punya hati walau mungkin hati kita tidak sama.

    ilham.hafiz
    29-07-2009
    subang jaya.

    Like

  2. hai..tertarik dengan karya puitis anda..
    Sebenarnya ingin meminta nasihat dan panduan untuk menghantar karya ke majalah mingguan wanita umpamanya..
    tq

    Like

    1. Bungasalji : kalau mehu menghantar karya ke mana-mana majalah bolehlah merujuk kepada nama editor dan alamat emailnya ataupun email yang telah dikhususkan untuk menghantar karya. kebiasaannya setiap majalah ada menyatakannya

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s