Hati aku adalah boneka yang dikawal jari-jari akalku


Ada kawan aku bersikap begini. Kalau dia tidak suka seseorang, dia tidak akan bermuka-muka untuk suka. Dia dengan senang hati akan menunjukkan reaksi kurang senangnya. Katanya, aku tahu apa yang aku aku mahu. Kalau tidak suka, tidak sukalah. Buat apa masih mahu bermanis-manis muka pula?

Kau?

Soalnya pada aku. Aku? Aku fikir aku tidak begitu. Aku jarang mahu menarik muka walaupun aku benci orang itu segenap jiwa dan sepenuh hatiku. Aku masih boleh ketawa, aku masih boleh lagi tersenyum dan aku masih ada rasa rasa melayan candanya.

Hipokrit?

Mungkin. Tetapi bukankah lebih baik begitu daripada bermuka kurang senang dan menimbulkan perkara kurang enak. Aku sekadar cuba memupuk suka. Manalah tahu syaitan yang menghasut aku membenci dia kan dan kebencian aku itu bukanlah apa-apa sebenarnya. Siaplah tahu kan?

Tetapi akhir-akhir ini aku sedar, semakin dalam aku membenci orang itu,semakin aku akan cuba menjauhkan diri darinya. Aku khuatir akan menghamburkan perkataan yang kurang molek. Aku risau perkara benci yang tuhan jatuhkan dalam hatiku ini semakin mekar. Aku akan kurang-kurangkan menghadapnya atau menatap mukanya atau berbual dengannya. Aku akan jarak-jarakkan diri aku, mendiamkan diri dan menjadikan diri aku ini orang yang asing. Lantaran fikirku, cara ini sahaja yang boleh buat aku tidak berterusan membenci dan membiarkan hati aku ini masa rehat untuk melupakan kebencian itu sehingga tidak tahu mengejanya pun.


Maafkan aku atas tingkah aku yang kurang menyenangkan. Aku ini hanya manusia. Yang hatinya adalah boneka yang dikawal oleh jari-jari akalku. Mungkin masa itu akalku salah mentafsir dan melukakan hati kamu dan kamu. Maafkan aku.

Tetapi aku juga terluka dengan kelakuan kamu.,

16 thoughts on “Hati aku adalah boneka yang dikawal jari-jari akalku”

  1. ya, kadang2 lebih baik menjauhkan diri daripada terang2an menunjukkan reaksi tidak suka. kerana ia mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan. mana lah tahu org yg kita tidak suka itu masih tidak faham2 bahasa kan?

    saya juga seperti kamu. akan menjadi diam dan menjauhkan diri sahaja.
    lebih senang begitu.

    jangan risau. kadang2 kita perlu sedikit masa untuk merawat diri sendiri.:)

    Like

    1. sue : Itulah. Risau kalau kita akan mengeluarkan perkataan yang kurang molek dan kita menyesal pula kan.

      Tapi itulah, orang yang kita tidak suka ada kalanya tidak faham bahasa. Dia ingat kita ni patung tiada perasaan kah?

      Aish~

      Like

    1. qdetective : betul, adakalanya diam lebih baik. kalau cakap takut kita cakap guna emosi bukan akal..
      lepas kita rasa semua dah ok, barulah kita bercakap kot. Mungkin itu lebih baik..🙂

      Like

  2. aku juga seperti kamu, nyanyian hujan..
    aku lebih tenang mendiamkan diri..

    tapi kamu tahu, akhir-akhir ini aku dilanda ambak kencang laut cina selatan apabila ada rakan yang suka betul memalukan aku depan khalayak ramai.
    dah tak tertahan menanggung geram dan akhirnya, tersembur juga kata2 keramay yang dalam aku simpan..

    hee..kadangkala berdiam diri boleh menyeksa diri..

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s