Puisi Merdekalah Hatiku di Mingguan Malaysia


Pagi-pagi selepas menonton wayang bersama kawan-kawan, aku singgah 7eleven beli tambah nilai prabayar. Kemudian nampak akhbar Mingguan Malaysia. Kak hani kata belilah. Aku senyum dan angguk. Aku beli untuk bersarapan bersama karya mereka yang tersiar di ruangan sastera di Mingguan Malaysia.

Lihat bahagian puisi. Tiba-tiba ada nama yang sangat biasa dilihat, sangat biasa ditulis. Deretan aksara itu membentuk nama seseorang yang dekat dengan jiwaku dan itulah aku. Aku terkesip. Mata membuntang. Benarkah? Atau ini mimpi di waktu subuh? Atau mungkin ada pari-pari sengaja menitipkan harapan sahaja?

Ya. Puisi itu nama aku dan puisi yang aku tulis itu tersiar!

Apa?

Karya aku tersiar di Mingguan Malaysia?

Benarkah?

Ya, Puisi Merdekalah Hatiku disiarkan di Mingguan Malaysia. Puisi itu baru sahaja dihantar pada hari Rabu lepas. Baru sahaja. Aduh. Aku telah dikucup oleh impian rupanya.

Lalu , puisi ini mencukupkan matlamat untuk tahun ini. Bukankah telah ku katakan tahun ini aku menyasarkan 5 karya sahaja yang disiarkan?

Ameen~ Alhamdullilah. Doa kawan-kawan dirafakkan ke langit.

Ini catatan pendek. Esok akan aku muat naik puisi tersebut di blog ini. Tunggu ya kawan-kawan.

Puing-puing di Perkuburan


Hari ini aku datang ke perkuburan berbaju kurung polos kapas berintik bunga ungu kecil-kecil. Ada bunga kemboja sedang menguntum di tanah itu dan ada rebas menitik satu-satu dari dada langit. Ada rumput-rumput yang menjalar dan lumut-lumut hijau yang menumpang kasih di batu nisan dari batu sungai itu.

Tiada apa yang berubah. Tiada. Nisan masih di situ. Pohon kemboja masih mekar mewangi dan hujan merebas juga dan jasad yang mengunjungi tempat itu masih aku. Sendiri.

Aku tidak pernah memaafkan kepergian ini kerana aku tidak dapat memaafkan diri sendiri sekiranya aku membiarkan diriku memaafkannya.

PUING-PUING


Tinggalkan aku dan kedukaan

Aku belajar dari masa lalu

Dibunuh dan dikhianati

Dihambur semahu-mahu hatimu


Asmara sudah dibawa pergi

Tertinggal kenangan luka cuma

Menyusup dalam jiwa aku

Mengalir dalam atma aku


Cinta kita hanyalah puing-puing

Di atas runtuhan kota kasih sayang

Tidak bisa dibina kembali semula

Tanpa setia dan percaya dari hati

Tutupkan mataku dan biarkan


Tangisan tlah membasuh segalanya

Keberanian membalut diriku

Tanpa kamu aku masih berdiri

Tinggalkan aku dan pergilah


Lagu : Mohram

Lirik : Ainunl Muaiyanah Sulaiman


Notakakitangan : Semasa waktu senggang, aku mencuba menulis lirik dari pada lagu PUING-PUING dendangan MOHRAM. Tidak tahulah bagus atau tidak. Sekadar mencuba sahaja.