Usah Bersedih, Sayangku.


.

Bagaimana aku dapat melupakan kamu sayangku? Kamu yang sentiasa tersenyum manis dan tertawa mesra saat aku hadir padamu. Kamu yang bersedia memberikan aku meneduhkan tangisku di alas pehamu saat aku berduka dan menurunkan nyanyian hujan air mata. Kamu yang sering membelai lembut rambutku sambil bercanda cerita-cerita lucu yang membuatkan aku tertawa kembali.

Sayangku, kamu telah memberi warna cinta hatiku. Warna cinta yang bersimbah rasa percaya dan setia. Warna cinta yang tidak menjanjikan bulan bintang tetapi cukuplah kamu akan ada bila aku berada dalam ketiadaan. Warna cinta yang tidak bersandar untuk memiliki hatiku tetapi ingin mendampingi dan mengampu aku waktu-waktu susahku dan merafakku waktu-waktu senangku.

Tidak sayangku. Tidak mudah aku melupakan kamu yang sentiasa ada waktu-waktu duka dan gembira. Kamu akan setia mendengar ketika aku menghambur amarahku ataupun berlara-lara dengan cerita emosionalku. Tiada sekali pun kamu menyatakan jemu apatah lagi benci pada aku. Tidak sekali pun.

Usah bersedih sayangku. Walaupun masa telah menjahit sawang di tetingkap wajahmu kerana lamanya aku tidak bertamu, tidak pernah sedetik pun aku melupakan kamu. Biarpun hanya sesekali aku hadir menatap kebunan mawar yang kita tanam bersama serta rama-rama yang menari-nari menebarkan warna-warna indahnya, aku tetapi mengingati kamu dalam setiap langkah perjalananku. Sayangku, mari ke rangkulan aku. Marilah. Kita duduk sebentar membenarkan masa berlalu meninggalkan kita dan kita melihat kenangan-kenangan kita bersama memeta menjadi lukisan yang indah.

 

 

 

Notakakitangan : Surat Kepada tanah birungu yang bersenandung nyanyian hujan kerana meninggalkannya tanpa kata hampir berminggu lamanya.

Advertisements

12 thoughts on “Usah Bersedih, Sayangku.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s