Kuih-kuih~ 5 Biji RM1


Baik, iklan lelongan kuih itu ketika aku kecil-kecil dahulu. Sekarang aku sudah besar sedikit (sikit sahaja), maka aku tidak pernah jumpa lelongan kuih semurah itu kecuali di kampung-kampung atau ketika mereka mahu habiskan semua kuih yang tak-laku-dan-keras-macam-batu. Huh!

Kuih Tepung gomak yang manis dan sedap

Kuih Tepung gomak yang manis dan sedap

Aku mengenali kuih-muih sewaktu berbuka ini semasa di sekolah menengah (sebab duduk asrama). Masa aku kecil aku kenal juga kuih-muih tetapi apa yang dibuat oleh ibu dan kami sudah dibiasakan tidak membeli di bazaar Ramadan (sebab itu aku tidak bernafsu sangat kalau pergi bazaar Ramadan, hehe). Ketika belajar di maktab atas kayangan di utara tanah air (tidaklah utara sangat, sebab lokasi maktab itu di Perak Tengah), perbualan kami ketika kelas persediaan petang (atau nama glamour prep) adalah kuih apa yang mahu dibeli pada petang itu. Ketika itulah segala macam jenis nama akan muncul. Dari seri muka, sampan, gomak, lapis, lopes, onde-onde dan seratus satu nama kuih yang aku tidak pernah dengar pun melompat muncul dari mulut kawan-kawan aku. Ada satu ketika itu deskripsi bentuk kuih yang diberi sama tetapi nama yang berbeza, jenuh masing-masing berdebat dan mempertahankan nama kuih masing-masing. Terasa kelas petang yang sepatutnya untuk kami belajar (belajar ke?)menjadi kelas gastronomi pula. Selalunya kelas petang itu punca pahala puasa kami kurang sebab terlalu banyak bercerita tentang makanan-makanan-makanan-kuih—muih. Ish-ish.

onde-onde atau buah melaka. GemoOk~

onde-onde atau buah melaka. GemoOk~

Ada satu kuih kegemaran kami semua iaitu kuih buah Melaka gemoOk (sila lopongkan mulut dan kembungkan pipi semasa menyebutnya). Kuih itu dibuat oleh seorang makcik yang menjual di hujung bazaar Ramadan. Kuih buah Melaka gemoOk itu sememangnya besar dan rasanya sangat sedap. Malangnya kuih itu selalu sahaja habis kalau kami ini terlambat. Masa itu juga aku mula suka kuih-muih dan ada dua kuih menjadi kegemaran aku iaitu kuih gomak dan tepung pelita. Sedap.

aku pulang ke tanah asal, aku sering merindui zaman berbuka puasa di maktab atas kayangan kerana di tanah asal, tiada yang dapat menandingi kemeriahan jualan kuih muih di Perak Tengah. Sudahlah kuih muihnya banyak dan bervariasi serta bernuasa melayu, rasanya sedap dan harganya murah betul. Kuih muih yang dijual di tanah asal kebanyakannya macam hidup segan mati malu-malu sahaja. Kalau kuih tepung pelita di Perak Tengah, rasa lemaknya melimpah dan sedikit melekat-melekit bukannya keras seperti jelly. Kemudian bau daun pandan itu semerbak sungguh. Mengidam lah pula

kuih tepung pelita @sampan

Aish. Agak-agak kan, pahala puasa aku kurang tak bila teringat-ingat dan menulis mengenai makanan dengan ghairahnya?

Tak kan?


14 thoughts on “Kuih-kuih~ 5 Biji RM1

  1. wah. makanan. tett..markah pahala anda telah dipotong.
    silakan sedih. hahaha (tipu).

    kenangan betul.
    memang best kalau ramadhan di kampus/asrama/maktab sebab ada aktiviti yang paling ditunggu – ke pasar juadah. seronok jamu mata sebenarnya. kuih, ragam orang ramai, jantina berlainan (haha) dan suasana meriah yang mengujakan hati untuk beraya

    Like

    1. Dewajiwa : wei, sedih kau potong markah pahala puasa aku. sob2.. mana boleh aku buakn makan, cuma terfikir, terfikir je.. hehehe

      betul-betul. aku selalu mahu jadi volunteer ke pasar juada. macam-macam ada. lepas itu balik pula, kongsi makanan dengan kawan-kawan. Aish jantina berlainan .. tet.. pahala anda telah dipotong.. huhu

      Like

  2. salam…

    hai yana…
    erm, memang betul. kuih-muih yang dijual di daerah Perak Tengah suatu waktu dahulu (ketika saya masih bersekolah rendah dan menengah), sangat banyak dan murah-murah belaka. malah, sehingga kini, kuih-muih di sana masih bervariasi, cuma harganya sudah mengikut seperti trend sekarang, 3 ketul seringgit. huhu.

    insyaAllah, sekiranya berkesempatan, mungkin Ramadhan tahun hadapan, kita boleh buat rombongan cik kiah ke Perak Tengah. saya leh jadi ketua rombongan memandangkan saya ini berasal dari Bota. (atenye teman nih oghang Bote ghupenye…) heheh.

    Like

      1. salam…

        tau xpe… skang nih semua nak mahal2… huhu… apapun, terima kasih kerana mengembalikan memori saya pada zaman kanak2 dan awal remaja di daerah Perak Tengah… ;p

        Like

  3. sebuk pasak tepung gomak, aku teringat time kecik
    bulan posa la

    ada nenek tua, jiran aku jual kuih ni
    inti dia kelapa kan…
    setiap pagi nenek ni wat inti kuih ni

    aku selalu menyelinap masuk kat ‘bangsal kuih’ dia
    tempat dia masak
    curi inti dalam kuali dan makan
    aku wat keje ni 2 org
    sorg2 x berani

    bila teringat mesti senyum sorang
    kat tempat aku kuih ni namanya
    ‘golek abu’
    rupa dia bula, mmg bulat betul, x leper

    huh…sedap

    Like

    1. Azuwan : oh jadi yang selalu curi-curi inti kelapa tu kau lah orangnya.. aish-aish…

      Masa aku belajar kat tempat kau tu, pelik juga tengok kuih golek abu @ tepung gomak itu bulat-bulat seperti kuih buah melaka tetapi rasanya sedap. makanan tradisional sering buat aku terkecur liur.

      agak-agak kan nenek itu tahu tak, kau yang curi inti golek abu dia?

      hihi

      Like

Tinggalkan komen