Rindu pada sekeping kad raya


Kalau tiba bulan Ramadan dan Hari raya, benda yang membuatkan aku begitu nostalgia sekali tentunya kad raya yang pelbagai warna.

Dahulu ketika aku di sekolah rendah, sanggup naik bas ke pusat Bandar untuk membeli sekeping dua kad raya. Bukan untuk dikirim pada sahabat pena yang jauh pun, sekadar untuk teman-teman sekelas atau yang duduk sebelah menyebelah. Aku dan kawan-kawan akan jadi tertunggu-tunggu siapalah yang mengirimkan kad raya dan ucapkan terima kasih secara depan-depan kerana mengirmkan kad raya.

Kemudian bila aku disekolah menengah, hari raya selalu jatuh ketika cuti sekolah dihujung tahun. Maka, bila aku pulang ke rumah, aku akan siap sedia membeli sekian banyak kad raya untuk dikirim. Kali ini aku sudah ada sahabat yang jauh-jauh dan dekat-dekat. Sebelum pulang bercuti aku akan siap sedia mengambil alamat kawan-kawan. Ketika itu barulah kita tahu dia ni tinggal dimana asal dimana, orang mana. Rasa seronok apabila kita memilih kad yang beraneka warna dan kartun yang menciut hati. Aku akan suai-padankan cerita kartun itu dengan karektor si penerimanya. Biar berpadanan dan bersesuaian. Biasanya aku akan siap sedia menghantar kad raya diawal-awal bulan Ramadan dan minggu seterusnya aku akan menanti posmen datang ke rumah dan menghulurkan surat-surat beserta kad raya yang bertinta nama aku dengan banyaknya. Sangat mengujakan. Seolah menunggu surat cinta dari pengirim misteri.

Sebelum membuka kad raya yang dikirim oleh kawan-kawan aku akan meneliti setemnya, kemudian daripada mana kad itu dilayangkan. Kemudian aku akan meneliti tulisan tangannya dan mula menebak siapakah pengirim kad tersebut. Kalau betul sangkaan aku, memang menyeronokkan. Kalau tersilap atau pengirim itu misteri sekali dan tidak disangka lagilah menggembirakan. Tidak sangka orang itu akan mengingati kita dan mengirimkan kad raya. Tentulah aku sudah siap sedia kad raya untuk dibalas kembali Itulah aktiviti sepanjang bulan puasa. Tercatuk menunggu posmen di depan rumah.

Menulis ucapan di kad raya merupakan perkara yang mencabar. Apa ya yang mahu kita ucapkan untuk rakan-rakan kita? Tidak semua ucapan sama dan ucapan haruslah tidak membosankan seperti baju raya warna apa? Kuih raya sudah siap? Walaupun klise tetapi itu-itu jugalah pertanyaan yang akan dipilih. Kalau orang itu istimewa mesti ada ucapan tambahan. Haha. Ops. Menulis ucapan biarpun yang asas tiada berpantun-pantun atau kata pujangga ataupun rangkaian kata-kata nan indah tetapi sememangnya amat bermakna kerna betapa si pengirim bersusah payah menumpahkan tinta di atas kad raya kemudian memasukkan kad, dan menulis alamat kita di atasnya, menampal setem dan kemudian mengirimnya. Ditambah dengan apabila dia memilih kad yang sesuai untuk kita, ke pejabat pos membeli setem dan mengirimkan kad raya. Jajaran perbuatan itu yang membuatkan hati lebih menghargai di atas segala susah payah.


Ada waktu itu ada rakan yang cuba membuat onar dengan mengirimkan duit raya sebanyak 1Β sen atau 5 sen di dalam kad raya. Sekadar mahu bergurau-gurau. Namun sepanjang penglibatan aku dalam urusan menerima dan menghantar kad raya tidak pernah aku mendapat kad raya yang besar dan siap ada muzik-muzik itu. Teringin juga hendak mendapatkannya tetapi ialah siapa mahu beri kad yang besar dan mahal itu. Kalau benar pun bagaimana ya posmen mahu menghantar kad yang besar itu dengan menaiki motosikal? Aku

rasa kad yang besar-besar itu hanya boleh dibawa ke rumah si penerima dan berkata ” Ini Kad raya untuk awak.” Hehe. Rasanyalah.

Tahun-tahun dewasa ini aku jarang sekali mengirimkan kad raya dan jarang sekali menerima kad raya daripada orang. Orang semakin tidak tahu kawasan tempat tinggal aku. Rasanya kalau aku tipu aku ini orang Sarawak pun mereka percaya kot. Sesekali apabila pulang ke kampung diwaktu-waktu begini aku akan meneliti surat-surat yang bertimbun dan melihat mungkin ada kad raya untuk aku dikirimkan daripada sesiapa di penghujung benua? Sering sahaja menghampakan.

Kini ramai suka mengirimkan ucapan melalui sms. Panjang dan berangkai-rangkai pula. Segala pantun dan ucapan nan indah. Benar. Kiriman sms ringkas mudah. Pilih sahaja mana-mana sms yang berkenan kemudian forward sahaja ke nombor yang kita mahu. Kadang-kadang malam raya kita menerima berpuluh-puluh kiriman ucapan raya. Paling banyak yang pernah aku dapat dalam seratus lebih kiriman ucapan. Ada juga yang menjadikan sms ucapan raya sebagai koleksi. Contohnya dia mahu koleksi ucapan sms ucapan raya mencecah seratus maka sibuklah dia mengirim kepada semua orang. Aish. aku lebih senang jika ada orang yang sekadar mengirimkan begini sahaja ” yana, selamat hari raya ya.” daripada dia menghantar juntaian kata-kata indah tanpa tertulis biarpun segaris nama aku. Haha. (demand nya kamu yana!)

Percaya atau tidak, tiada satu pun kad raya kiriman kawan-kawan itu yang aku buang dan kad itu masih tersimpan elok dan rapi dalam kotak di rumah. Sesekali bila punya masa aku akan menyelongkar kad-kad raya itu dan membaca kembali kiriman kawan-kawan dan tertawa sendirian.


Ah kenangan.


Advertisements

10 thoughts on “Rindu pada sekeping kad raya”

  1. best entry nie.
    betul lah pasal klise ucapan tu. walau kedengaran macam bodoh pun tetap kita tanya soalan sebegitu. sebab dah memang soalan yang macam tu je yang kena, kan? ya juga pasal SMS tu. sangat bosan dapat SMS raya. sungguh ‘plastik’. hehe.

    Like

  2. betu tu yana..
    tapi aku dah kehilangan semua kad2 yg ak dapat dlu
    gara2 kakak aku wat hiasan kat dinding umah
    tp tu 5 tahu yang lalu

    dulu aku yang sibuk hantar kad raya kat kwn2
    sblm cuti aku akan kumpul alamat mereka
    apa lagi
    aku pos la byk2

    habuannya…
    aku pun dapat byk kad raya
    diorag balas la

    tahun ni pun aku nak wat gitu jgk
    tp x sempat
    byk keje

    alangkah bestnya kalo sempat hantar…

    Like

    1. azuwan : Oh ya, kami tidak pernah buat hiasan gantung-gantung kad itu, biasanya aku dapat kad raya terus sorok dan simpan. baca dan senyum seorang diri.

      dulu-dulu zaman sekolah kan? sekarang ini orang lebih suka hantar sms sahaja. aku rindu pula zaman dapat kad raya. aku dapat satu kad raya tau tahun ini. ya lah daripada tidak ada kan?.. πŸ™‚

      baik, apa kata tahun depan kita berbalas kad raya?

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s