Kau patut rasa aneh


Adakah kau patut rasa aneh..?

Bila pejabat yang riuh rendah jadi sunyi-senyap dengan tiba-tiba?-atau jalan ke tempat kerja yang biasanya sesak dengan sekian banyaknya kereta sehingga macet, sesak dan sering membuatkan kau terlewat ke pejabat tiba-tiba jadi lengang seolah-oleh garuda melanda?-atau tempat letak kereta yang selalu sahaja penuh sehingga kau terpaksa meletakkan kereta di pinggir-pinggir jalan tiba-tiba sahaja lenggang walhal waktu masuk pejabat sudah genting benar?


Kau sepatutnya patut lebih-lebih rasa aneh apabila kau masih lagi tidak pulang ke kampung halaman untuk beraya sedangkan orang ramai sudah lama berbuat demikian rupa.


Notakakitangan : Menghadapi kesunyian dengan mendengar lagu raya. Aish. Lagi syahdu

6 thoughts on “Kau patut rasa aneh”

    1. Anuar manshor : sampai saya pun tidak percaya suasana sunyi begini.. seronok benar memandu dalam keadaan begini.
      tetapi ketika hari raya sahaja lah kan.
      kalau hari lain, jalan raya umpama ada semut-semut kecil kalau dilihat dari udara..🙂

      Like

  1. keadaan opis kita mungkin sama. tetapi jalan raya jauh berbeza. di sini secara tiba2 jalan raya penuh dgn kereta. bnyk kucing dan anjing yg jd penyumbang kepada statistik kemalangan jalan raya.

    Like

  2. salam…

    aneh… tapi saya suka kiranya dapat menghadapi situasi yang sama dengan awak. jarang di KL jalan lengang sebegitu. dan saya di taiping ini sudah mula terasa seperti bandar KL pula… jalan sudah mula dibanjiri kereta-kereta… yang kebanyakannya mungkin pulang ke kampung untuk menyambut lebaran yang bakal tiba… walau apapun, selamat hari raya. maaf zahir & batin.

    ilham.hafiz
    19-09-2009
    taiping, perak.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s