Puisi Surat Doa Untuk Tuhan : Berita Minggu 27 September 2009


Puisi Surat Doa Untuk Tuhan disiarkan di Berita Minggu!

Surat Doa Untuk Tuhan ini merupakan puisi yang sudah lama aku tulis dan puisi ini selalu aku bisikkan di dalam hati sebelum aku bertemu dengan seseorang. Aku sering sahaja berkata dalam hati, semoga aku memaafkan dia, semoga makna maaf yang polos itu meresap jiwa aku, ke hati aku.

Dibawah langit Syawal ini, aku berharap kita boleh belajar kata maaf, sepolos maknanya.

IMG_5107

Kalau kawan-kawan mahu mengkritik, sila klik disini ya atau di pautan sebelah kanan tanah nyanyian hujan ini

Notakakitangan : Ini karya ke 6 yang disiarkan pada tahun ini. Alhamdulilah.

18 thoughts on “Puisi Surat Doa Untuk Tuhan : Berita Minggu 27 September 2009”

  1. tahniah cik yana!
    saya ada membca puisi itu semalam.
    siap tunjuk pada emak saya lagi.
    “ini kawan blog ila yang tulis”
    haha..tiba-tiba tertumpang bangga sekali.
    apa-apa pun teruskan berkarya.
    puisi-puisi kamu indah.saya suka! =)

    Like

    1. Sue : Aish.. malulah. Rasa nak pakai cone of shame pula (macam dalam cerita UP).
      saya suka bila kamu suka baca puisi saya. Nanti nak usaha tulis puisi-puisi yang bermakna untuk kamu dan semua. saya tidak kisah pun kawan-kawan nak tumpang bangga. lagi seronok!

      semangat!

      notakakitangan : eh mak kamu cakap apa? (sambil pintal hujung langsir sebab malu)

      Like

  2. wah. sangat berinspirasi.
    walau kecil tapi mampu meruntun rasa, macam angin yang dihirup semasa makan gula-gula mint yang sejuk. terasa betul nak meminta maaf pada sesiapa. kena pada harinya kan?

    Selamat Menyambut Aidilfitri.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s